Thong Bowl @ Berjaya Times Square, KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Lama juga laa simpan 'hasrat' nak makan kat sini sejak restoran ni viral disebabkan teh ais boba gelas gergasi tu beberapa tahun lepas.

dannn sekarang lepas dah dapat sijil halal JAKIM ni, anies pun plan laa nak makan kat sini. 

kenapa kena plan? sebab anies tengok restoran ni sentiasa penuh. so kena laa datang bukan on weekends or public holiday. 

dannn kebetulan anies cuti pada Khamis, so apa lagi? laju je langkah ni ke Berjaya Times Square.


restoran ni kat level LG, sebaris dengan Richeese... anies datang lepas lunch hour. so tak ramai sangatlah pelanggan masa tu...

kat setiap meja dah ada condiment set yang terdiri daripada chili oil, sos ikan (botol) dan serbuk perasa...

kalau dah makan kat restoran masakan Thai ni, Thai ice tea wajib order. walaupun ada je minuman lain tapi tu laa... peminat Thai ice tea kannn😁

shredded chicken & chicken ball noodle (soup). anies pilih glass noodle dan add on beef soup, beansprout dan boiled egg. untuk level kepedasan, anies pilih level 1. so, macam mana rasanya? supnya sedap dan tahap kepedasan tu, masih terkawal. tapi once makan bersama taugeh, kesedapan tu bertambah! anies ni jenis kalau makan mi, mesti nakkan taugeh yang rangup. so, memang ngam sangatlah gabungan suhun + sup + taugeh tu bila masuk mulut. portion yang banyak dan padanlah dengan harganya: RM19.90 (tak termasuk add on). 

short video - inside the restaurant


korang yang dah pernah makan kat sini, acu recommend menu yang best👇👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆