مدينة المنورة ← جدة، المملكة العربية السعودية: زيارة الوداع والتوجّه إلى المطار

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. bohonglah kalau cakap tak rasa sedih nak tinggalkan bumi Madinah ni😭

usai solat subuh, kami terus buat ziarah wada'. kalau boleh memang laa nak solat sunat dekat dengan (dalam) Raudah. tapi faham-faham je laa keadaannya... tambah pula, tepat jam 7.00AM bas akan bergerak meninggalkan hotel.

sebelum tidur pada malam sebelumnya, kami dah kumpulkan luggage depan lif. then masa nak ke masjid untuk solat Subuh, kami turun bersama beg / barang lain dan terus check out. so, lepas solat subuh dan buat ziarah wada', kami akan naik bas untuk ke airport.


usai membuat ziarah wada' 😭😭ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai yang terakhir. rezekikanlah aku untuk kembali dalam keadaan sihat walafiat. aminnn

suasana perjalanan menuju ke Jeddah...

@ airport. lepas collect air zamzam, kami terus ke kaunter untuk check in luggage. masa ni memang betul-betul menguji kesabaran. hampir sejam kami beratur, barisan tak bergerak-gerak. bukan barisan kami je. barisan lain pun sama. masalahnya, kalau kaunter tu tutup, of coz laa tak ada staf kat situ, kan? tapi kat situ ada 3 staf! kami tak tahulah apa yang diorang buat dan 'sidai' kami macam tu. haihhh...

boarding time...

nak balik daa😭😭😭

King Abdulaziz Inter. Airport... insya Allah, ada rezeki kami pasti kembali...


maka dengan ini, tamatlah perkongsian perjalanan mengerjakan umrah kali ni. Alhamdulillah... Allah kurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada kat sini dan dipermudahkan segala urusan, dari mula hingga akhir...

mudah-mudahan kawan-kawan yang baca & ikuti entry ni dari awal sampai yang terakhir ni, dikurniakan rezeki untuk menjadi tetamu-Nya, sama ada menerusi umrah atau pun haji. aminnn..

terima kasih sudi baca dan komen...
daa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆