مدينة المنورة، المملكة العربية السعودية: سوق التمر وجبل أُحُد
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
PASAR KURMA
masa buat umrah pertama dulu, rasanya pasar ni belum wujud kot! so, kiranya ia satu pengalaman baru bagi anies bila mana mutawif bawa kami ke sini selepas singgah Masjid Quba'. perjalanannya pun tak jauh.
main entrance pasar kurma...
perkara pertama yang buat anies rasa sayu masa sampai sini adalah bila mana ternampak banyak kucing kat sini. kucing-kucing ni kelaparan, guys... sampaikan anies rasa takut nak bagi makan sebab ia akan bergaduh sesama mereka sebab berebut makanan. tu pun bagi sorok-sorok je sebab nanti kalau kucing-kucing tu bergaduh, nanti mengganggu pelanggan pasar kurma ni...
niat nak habiskan makanan kucing terpaksa anies simpan dalam hati je. then masuk ke dalam dan jenguk-jenguk laa apa yang boleh dibeli. boleh tahan jugalah harga barangan kat sini. end up tak beli apa-apa pun. perut kenyang makan tester je😂
yang lain-lain sibuk makan bakso kat belakang pasar. anies tengok je sebab masa tu terasa kenyang lagi. just beli jus je untuk hilangkan dahaga.
suasana di dalam pasar kurma dan pelbagai jenis kurma + jajan + kekacang, etc yang dijual👆👇
bahagian belakang pasar kurma atau lebih dikenali 'tempat makan bakso'😁😁 dengarnya sekarang tempat makan ni dah tak ada lagi ya?
short video
BUKIT UHUD
hampir sejam kat sini, bas terus menghala ke Bukit Uhud. kalau dah datang ke Madinah ni, tak lengkap rasanya kalau tak ziarah makam para syuhada'. cuaca masa ni sangat-sangat terik. mujurlah anies ada bawa payung.
mutawif sempat beri penerangan tentang sejarah Perang Uhud & Bukit Uhud sebelum melepaskan jemaah untuk mendaki. anies tak naik pun. just tengok dari bawah bersama mutawif. sambil-sambil tu sempat jugalah anies tanya mutawif hal-hal menarik tentang Bukit Uhud ni.
.jpg)
1, 2 & 3: makam para syuhada' Perang Uhud. al-Fatihah (dibaca) dan Masjid Uhud...
Bukit Uhud. antara hadis sahih berkenaan Bukit Uhud: "Inilah bukit yang mnencintai kita dan kita mencintainya. Ya, Allah, sesungguhnya Ibrahim telah menyucikan kota Mekah dan sesungguhnya aku menyucikan di antara dua kota batu hitam (Madinah)." (hadis riwayat Bukhari)
short video
apa cerita menarik korang boleh kongsikan semasa lawatan ke pasar kurma dan Bukit Uhud? jom share!👇👇

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆