Mabuhay!
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Rasanya, ni trip paling 'gila' pernah anies buat, kot!😂kenapa gila? walaupun dah beberapa kali guna khidmat travel agency (TA) sebelum ni, tapi trip yang bertujuan untuk capai sesuatu ni, memang anies tak pernah buat. apa tujuannya tu? insya Allah dalam entry akan datang anies akan share.
as usual, naik ERL ke airport. kali ni bertolak malam sebab flight pagi. so, terpaksalah overnight kat airport...
usai solat Subuh dan bersiap, terus ke departure hall. Alhamdulillah segala urusan kastam & imigresen berjalan lancar. masa tiba kat sini👆kat skrin tu bukan terpapar perkataan 'Manila' tau! tapi 'Medan'. arghh anies dah cuak lebih-lebih lagi boarding time 7.40AM. so nak hilangkan rasa cuak tu, terus call mama. tak lama kemudian, penumpang pun mula beratur dan anies kembali ke gate 8. lega bila nampak perkataan Manila kat situ...
trip 'solo yang tak berapa nak solo'😁kat sini👆 laa anies baru perasan yang ahli rombongan lain tak bertolak sama-sama! FYI anies (trip ni) beli ground package. sebelum tu @ group WA, ahli-ahli rombongan cuma inform fasal pembelian tiket je.
masa pertemuan F2F dengan admin group, dia beritahu anies ada beberapa orang akan bertolak pagi. tapi rupanya diorang naik flight lain😂 maka kami rakyat Malaysia terbanglah anies berseorangan ke Manila. pun begitu, rasa bersyukur jugalah sebab sebelum tu anies sempat 'study & plan' fasal ibu negara Filipina ni.
walaupun pergi dengan TA, sebaiknya kita study laa sikit fasal negara tu. ikut pengalaman anies, ada yang jenis tak ambil peduli fasal negara yang dilawati. sampaikan perkara yang umumnya sedia maklum pun, dia boleh kata, "i don't know." haihhh... please laa🙏 jangan jadi macam ni...
in flight meal. preorder siap-siap sebab memang dah tahu hari tu confirm tak sempat nak sarapan...
beberapa minit sebelum mendarat... alkisah di sebalik seat tepi tingkap ni👉sebelum berlepas, anies dapat seat tengah. tak sampai beberapa minit ada someone nak tukar seat. anies tanya dia dua kali, betul ke dia tak nak duduk sebelah tingkap? dia jawab dengan muka happy. so, apa lagi? bagai orang mengantuk disorongkan bantal laa kiteee😁😁
Alhamdulillah... urusan kastam & imigresen dipermudahkan. kat sini paling penting adalah eTravel (buat dalam tempoh 72 jam sebelum tiba). lepas tu screen shot siap-siap. nanti masa check passport, buka je SS eTravel tu. confirm tak kena soal banyak.
kiri: tempat order Grab. kanan: pick up & drop off point. kena jalan sikit ke bangunan sebelah...
sebaik keluar, benda pertama yang dicari adalah e-hailing. kat sini ada Grab dan boleh pakai apps Grab yang sama kita guna kat Malaysia. kat tempat order Grab 👆, staf akan bantu kita booking kan kereta. just beritahu lokasi dan bilangan penumpang. lepas tu dia inform harga tambang.
tapi dalam masa sama korang kena standby cash sebab tambang diserahkan terus kepada driver once dah tiba nanti. kalau nak guna apps, boleh je. tapi yang tak best nya kereta sampai agak lambat berbanding cara di atas👆
well... ke mana destinasi anies yang 'solo tak berapa nak solo' ni?😁
stay tuned!






Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆