بندر سري بݢاوان بروني دارالسلام : كامڤوڠ اير

12:45 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Entah kenapa boleh terlupa fasal cerita jalan2 ke Brunei ni hahaha.... aduhhh... amnesia sekejap.

tapi sebelum tu, korang boleh klik kat SINI, SINI, SINI untuk mengetahui cerita jalan2 kat Brunei yang pernah anies share sebelum ni. silalah ketik tanpa ragu2 ya hahaha...

hari kedua kami di Bandar Seri Begawan (BSB bukan Backstreet Boys ya) lepas sarapan kami terus ke Pasar Tamu Kianggeh (PTK). kalau sehari sebelum pasar ni agak lengang, tapi hari ini suasananya agak meriah. so banyak barang2 yang kami tak jumpa semalam, boleh diperoleh hari ni.

mama bila nampak penjual ikan bilis, dia dah tak boleh duduk diam. sempat lagi dia rembat ikan bilis. lepas ikan bilis, rembat buah cempedak. at the end, bilik kami berbau cempedak sampai ke sudah.

dari PTK, kami terus ke 'jeti' berhadapan PTK. dari info yang kami dapat, kami boleh ke Kampong Air (KA) dari 'jeti' ni. tapi bila tunggu bot tak sampai2, akhirnya ada seseorang tawarkan bot milik suaminya yang juga seorang jurumudi bot.

tambang yang dikenakan untuk satu bot cuma BD25 (kalau tak silap). okey laa tu sebab naik 8 orang. tempoh mengelilingi KA lebih kurang sejam.

bot membawa kami mengeliling keliling KA. kalau ke Brunei, memang wajib ke sini sebab di sinilah kita dapat lihat 'sisi lain' Negara Brunei Darussalam. sepanjang naik bot tu, macam2 soalan kami tanya kat jurumudi. tapi dalam banyak2 hal, kami kagum dengan cara mereka menjaga kawasan perairan ini. sangat bersih!

selesai 'tawaf' KA, kami singgah pasar minggu yang terletak berhadapan Taman Haji Sir Omar Ali Saifuddien. antara yang dijual di sini adalah makanan, pakaian, barangan lama dan lain2. harga pun berpatutan dan boleh tawar menawar.

dari pasar minggu, kami ke Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. di sini tak ubah macam shopping complex. dan harga barangan yang ditawarkan agak pricey. so kami cuma cuci2 mata je kat sini...

yang lain2... tengok gambar je yek!

okey, bot kami dah sampai. cer teka bot yang mana satu kami naiki?

perlahan-lahan meninggalkan jeti. tapi lepas tu bot mula 'mengganas'. habis kami melambung-lambung dibuatnya. mak cik dah menjerit2 minta slow kan bot hehehehe

dah sampai di tengah2 laluan... masa ni barulah enjin diperlahankan. so, masa ni melilau tengok sekeliling sekitar Kampong Air...

bot juga melewati beberapa tempat tumpuan ramai di BSB. tiba-tiba teringat time kami naik bot di Bangkok. boleh baca kat SINI.

bila tengok rumah2 atas air ni, otak teringatkan pula rumah atas air kat Tasik Tonle Sap, Siem Reap. boleh baca perkongsian anies kat SINI.

lama juga kami menyusuri kawasan rumah air. akhirnya jurumudi bot bawa kami mencelah2 di antara rumah2 penduduk di Kampong Air untuk melihat lebih dekat suasananya...

salah sebuah sekolah di Kampong Air. memang tak ada chance untuk korang ponteng atau menyorok. mana nak lari kalau dah keliling sekolah air semata! heheeheh

bangunan sekolah 2 tingkat... tiba2 rasa seronoklah pula bila jumpa sekolah tak ada padang ni hehehe...

sebelum tu kami melewati jambatan ni... sorry tak tahu nama jambatan ni... tapi bukan kat Pulau Pinang ya hehehe

lepas naik bot, kami ke pasar minggu yang terletak bersebelahan Taman Haji Sir Omar Ali Saifuddien... kalau kat Johor ia mungkin dikenali sebagai Pasar Karat... nak cari barang2 murah, boleh terjah di sini. tapi dibuka cuma hari Ahad dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (kalau tak silap laa)

dari tapak pasar minggu kami ke Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. kat sini macam shopping center. tapi ada satu situasi, kami jumpa sekumpulan pekerja asing sedang bekumpul di sebuah kedai emas. bukan seorang tau, tapi ramai. masing-masing tengah membelek rantai laa, gelang laa, cincin laa.... dasat ooo... kerja kat Brunei dah boleh beli emas. agak2nya berapa ya gaji diorang? nak kerja kat sanalah hahaha

okey laa tu je perkongsian untuk hari ni... thanks 4 reading walaupun cerita ni dah agak basi sebab terlupa hahaha

daaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

45 Words of Lo♥e

  1. Pas baca judul postingannya, teringat saya sama masa kecil saat belajar bahasa tulis arab-melayu. Jadi bisa sedikit membacanya, hehe. Oiya kak, sekolahnya itu boleh gak di datangi pengunjung lain? Pingin lihat bagian dalamnya, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus bagus... kalau sekolahnya dibuka, boleh sahaja datang / masuk tapi kami datang hari ahad. sekolah tutup

      Delete
  2. pernah sekali je ke brunei. tapi x pusing habis. hehe

    ReplyDelete
  3. Agaknya apa eh perasaan belajar dekat sekolah atas air ni? Tertanya-tanya pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsyok x leh lompat2 nnt papan patah masuk dlm air #gurau

      Delete
  4. Menarik bila sekolah dekat atas air dan tak de padang.. Part memonteng tu susah nak cakap Anies.. bebudak sekolah nie kreatif.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. Kalau tengok foto rumah di atas air dan bot, jadi ingat Bengkalis, Riau, Indonesia

    ReplyDelete
  6. teringin gak nak ke sini .
    tapi semua orang tak suka..
    cam ne tu.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya mem besar dan bunda berbelanja dari pasar ke pasar 😊

    Sorry lama tak menjengah ke mari.

    ReplyDelete
  8. hehehe Backstreet Boys hehe.. depa comeback laguuu baru =D

    menariknyaaa sekolah atas air tu. soooo unique dan structure pun lawa. rasa macam di Semporna sikit sikit. tapi KA lagi kemas. nampak lebih bersih dan terancang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psl. sangat2 teruja!

      sbb tarikan pelancong tu sbb diorg kena sentiasa nmpk bersih

      Delete
  9. Kampung Air tu kawasan dia nampaknya sgt bersih.. seronok juga klu dpt belajar kat sekolah atas air mcm tu hehe

    ReplyDelete
  10. Kalau lihat sampan atau Bot, saya jadi ingat masa - masa saya sewaktu kecil, yang kesehariannya selalu bersahabat dengan sampan. Sampai sekarang saya masih rindu dengan sampan, tapi sampanya rindu ngak yach dengan saya, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya... saya suka persekitaran begitu... sekarang mana sampannya? masih ada?

      Delete
    2. Kalau sampan kami sudah lama pensiun alias sudah rusak,heheheh...

      Tapi kalau sampan tetangga kayaknya masih ada, mau pinjam yach Mbak ? heheheh.*bercanda*

      Delete
    3. okey. nanti beritahu jirannya, saya mahu pinjam / rental sampan. tapi kena tunggu saya datang ke sanalah nanti hahaha

      Delete
  11. Punya rumah di kampung air mungkin sangat menyenangkan kali ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin. bebas dari masalah ketiadaan bekalan air hehehe

      Delete
  12. jarang dengar orang pergi bercuti ke Brunei.
    Nampak macam menarik

    ReplyDelete
  13. bestnya dapat jalan-jalan kan. harap dapat juga pergi brunei nanti

    ReplyDelete
  14. Sekali dgn cikgu tak boleh lari...hehe

    ReplyDelete
  15. Sekolah atas air tu still beroperasi ye wak? Uniknya..macam zaman dulu2 je rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya masih beroperasi khas utk nak2 yang tinggal kat KA

      Delete
  16. Kalau nak pergi sekolah tu memang kena naik bot dulu ke?
    Kalaulah sejenis mabuk naik sampan/ bot haru jugak jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg jauh mungkin naik bot yg dekat, ikut titi. tp kebanyakan rumah diorg bersambung (dgn titi) kira mcm 'jln raya ats air' laa

      Delete
  17. Brunei negara kecik...

    saya pun belum pernah pergi.

    kalau saya pergi hari tu...mungkin terserempak dgn awak hahaha

    ReplyDelete
  18. Nanti dtg balik ..tak sempat nak baca🤣🤣

    ReplyDelete
  19. Lihat jembatan jadi ingat Jembatan Balerang

    Sama ya Jembatan dengan jerambah

    ReplyDelete
  20. Satu jam ditempuh naik sampan sekecil itu ? .. wuaah bikin aku kepengin nyoba ikut naik sampannya juga, kak ... seru !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas. 1 jam naik sampan. tapi puas. kalau mau naik datanglah ke Brunei

      Delete
  21. teringat kt tonle sap.. nk ponteng tak pasal kena baham buaya

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆