Restoran Kapitan @ Amcorp Mall, PJ
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tertengok video JJCM (bukan yang rancangan tu ya) kat FB. katanya ni antara kedai nasi ayam tersedap yang pernah dia (owner video) makan sejak beberapa tahun lepas.
dannn kitonyo ni mudah terpengaruh😂😂 bila dah tahu... hahhh kenalah cuba nampaknya...
ni laa restorannya. masa anies datang ni betul-betul tengah lunch hour. so meriah laa sikit shopping mall ni😂 siapa yang kenal Amcorp Mall mesti tahu akan 'kesenduannya' berbanding mall yang lain... tapi laa ni anies tengok dah meriah sikit sebab dah ramai tenant. tambah pula sekeliling Amcorp Mall ni pun dah banyak bangunan pejabat (baru tahu ada pejabat KWSP kat sebelah tu)...
kat sini self service ya... beratur, order menu, bayar (QR code & cash only) dan collect hidangan. sup, sos cili, kicap dan bawang putih kisar boleh ambil sendiri kat meja yang disediakan (sebelah kanan foto tapi tak nampak)
senarai menu. boleh nampak tak?😂 selain nasi ayam, restoran ni juga famous dengan mi kari. dulu katanya ada asam laksa sedap tapi menu tu tak jual lagi.
anies pilih nasi ayam set B yang terdiri daripada nasi, ayam dan taugeh. sup, cili dan bawang putih tu add on sendiri. nak refill pun boleh. FOC. untuk minuman anies pilih jus oren. total: RM14.50. nak komen ke fasal menu ni?
overall, sedap dan puas hati kecuali kuah kicap ayam tu agak masin. portion taugeh dan nasi sangat banyak! terkial-kial jugalah nak habiskan dua-dua ni😂 nak repeat lagi? yes! sebab nak try mi kari pula. tengok meja sebelah order mi kari, nampak sedaplah pula😁
short video @ suasana depan restoran...
well... to warga KL / Selangor kalau nak try nasi ayam yang sedap bolehlah ke sini. lokasinya kat Level LG, Amcorp Mall...
that's all for today
daaa





Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆