✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alhamdulillah...
walaupun keadaan / suasana sekeliling tak mengizinkan disebabkan pandemik (Covid-19) yang entah bila akan berakhir, tapi rezeki kami untuk menjejakkan kaki di sini nampaknya dipermudahkan-Nya.
meski pada awalnya entah berapa kali Air Asia (AA) ubah jadual penerbangan selain berita kluster baru muncul di Sabah, namun andai ini (rezeki) untuk kami, maka kami terima dengan hati yang terbuka.
3 hari sebelum berlepas barulah pihak AA muktamadkan jadual perjalanan kami. masa tulah baru kami plan sebaiknya terutama hal 'macam mana nak sampai KLIA 2 3 jam sebelum berlepas'?
flight kami jam 8.20AM. menurut SOP yang dikeluarkan kami perlu berada di airport 3 jam lebih awal; which means, 5.20AM kami dah berada di airport. bincang punya bincang, akhirnya kami memutuskan untuk overnight kat airport.
so pada Isnin malam anies bertolak bersendirian ke KLIA 2 dengan ERL manakala family members yang lain naik grab dan juga bas. ya, ni family trip.
first time overnight kat airport, dia punya feeling.... letih!!! letih sebab tak cukup tidur, letih sebab menahan kesejukan air cond yang mencengkam sampai ke tulang hitam😅 dan letih sebab tidur secara duduk. well, cukuplah ini saja pengalaman overnight @ airport. no more... 😅😅
so.... kenapa kami ke Semporna?
so.... kenapa kami ke Semporna?
adakah sebab kami nak tolong berkempen sempena PRN Sabah?
atau kami pergi untuk 'berjimba-jimbi'?
atau kami nak beli rokok Sampoerna A?bunyi pun nak sama😂😂
atau... ada sebab lain?
jeng jeng jengggg....
atau kami nak beli rokok Sampoerna A?
atau... ada sebab lain?
jeng jeng jengggg....
stay tuned....
sebelum ni, masa pergi Kota Kinabalu (boleh baca kat SINI) pihak imigresen minta passport sebelum masuk Sabah. tapi kali ni, guna IC je. kat KLIA 2 pun sama. diorang minta IC sebelum masuk balai berlepas. btw, sama ada passport or IC, kedua-duanya boleh guna. yang penting passport masih valid dan IC bukan tahun 2000 punya🤣🤣🤣
anies naik ERL last train jam 11.17PM dan tiba KLIA 2 lebih kurang 11.45PM... ingatkan tak ramai penumpang. rupanya ramai... mungkin ada yang baru balik kerja...
suasana KLIA 2 sebaik anies sampai (hampir pukul 12.00AM)
macam ni laa suasana kat luar KLIA 2...sangat2 sunyi kalau dibandingkan sebelum pandemik melanda... anies snap gambar ni dalam pukul 2.00AM...
masa ni jam 5.00AM. orang pun dah mulai ramai. terasa sedikit janggal bila tengok suasana yang tak crowded macam ni...
Alhamdulillah... kami selamat mendarat di Tawau Airport pada jam 11.00AM. awal 20 minit dari jangkaan. kami disambut hujan rintik2 air bergelombang
menuju ke arrival hall dan bersedia untuk health screening...
kami diberi borang ni... syukur semuanya sihat dan tiada apa2 symptom. dari mula kami sampai, hinggalah hari kami balik. Alhamdulillah..
nak jadi cerita... masa tengah isi borang, tiba-tiba salah seorang pegawai kesihatan tu ambil IC mak cik anies lalu menegur:
"Puan S*****?"
apa lagi, terkejutlah mak cik dibuatnya.
"ya, siapa ni?" soal mak cik.
"saya student puan kat institut K***. Nama saya A****!"
ya Allah... kecilnya dunia... apa lagi lepas tu diorang berborak sakanlah... kitorang jadi patung cendana tunggu diorang habis berborak🤣🤣🤣
di luar arrival hall... sementara tunggu yang lain pergi toilet...
kami charter van ni dari airport ke Semporna and return. murah je bayarannya. nanti anies share details fasal service van ni ya.
Alhamdulillah... kami dah sampai Semporna. atau lebih tepat, Bandar Baru Semporna. perjalanan dari Tawau Airport ke Semporna memakan masa lebih kurang 1 1/2 jam. cuaca agak redup ketika kami sampai sebab baru lepas hujan.
okey tu je laa mukadimah cerita kami di Semporna. nanti kalau rajin anies sambung 🤣🤣🤣
thanks for reading.
daaa...