Ke Semporna, Sabah

9:42 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ 

Alhamdulillah...

walaupun keadaan / suasana sekeliling tak mengizinkan disebabkan pandemik (Covid-19) yang entah bila akan berakhir, tapi rezeki kami untuk menjejakkan kaki di sini nampaknya dipermudahkan-Nya

meski pada awalnya entah berapa kali Air Asia (AA) ubah jadual penerbangan selain berita kluster baru muncul di Sabah, namun andai ini (rezeki) untuk kami, maka kami terima dengan hati yang terbuka.

3 hari sebelum berlepas barulah pihak AA muktamadkan jadual perjalanan kami. masa tulah baru kami plan sebaiknya terutama hal 'macam mana nak sampai KLIA 2 3 jam sebelum berlepas'?

flight kami jam 8.20AM. menurut SOP yang dikeluarkan kami perlu berada di airport 3 jam lebih awal; which means, 5.20AM kami dah berada di airport. bincang punya bincang, akhirnya kami memutuskan untuk overnight kat airport.

so pada Isnin malam anies bertolak bersendirian ke KLIA 2 dengan ERL manakala family members yang lain naik grab dan juga bas. ya, ni family trip

first time overnight kat airport, dia punya feeling.... letih!!! letih sebab tak cukup tidur, letih sebab menahan kesejukan air cond yang mencengkam sampai ke tulang hitam😅 dan letih sebab tidur secara duduk. well, cukuplah ini saja pengalaman overnight @ airport. no more... 😅😅

so.... kenapa kami ke Semporna
adakah sebab kami nak tolong berkempen sempena PRN Sabah?
atau kami pergi untuk 'berjimba-jimbi'?
atau kami nak beli rokok Sampoerna A? bunyi pun nak sama😂😂
atau... ada sebab lain?

jeng jeng jengggg....

stay tuned....

sebelum ni, masa pergi Kota Kinabalu (boleh baca kat SINI) pihak imigresen minta passport sebelum masuk Sabah. tapi kali ni, guna IC je. kat KLIA 2 pun sama. diorang minta IC sebelum masuk balai berlepas. btw, sama ada passport or IC, kedua-duanya boleh guna. yang penting passport masih valid dan IC bukan tahun 2000 punya🤣🤣🤣

anies naik ERL last train jam 11.17PM dan tiba KLIA 2 lebih kurang 11.45PM... ingatkan tak ramai penumpang. rupanya ramai... mungkin ada yang baru balik kerja...

suasana KLIA 2 sebaik anies sampai (hampir pukul 12.00AM)

macam ni laa suasana kat luar KLIA 2...sangat2 sunyi kalau dibandingkan sebelum pandemik melanda... anies snap gambar ni dalam pukul 2.00AM...

masa ni jam 5.00AM. orang pun dah mulai ramai. terasa sedikit janggal bila tengok suasana yang tak crowded macam ni...

Alhamdulillah... kami selamat mendarat di Tawau Airport pada jam 11.00AM. awal 20 minit dari jangkaan. kami disambut hujan rintik2 air bergelombang 

menuju ke arrival hall dan bersedia untuk health screening...

kami diberi borang ni... syukur semuanya sihat dan tiada apa2 symptom. dari mula kami sampai, hinggalah hari kami balik. Alhamdulillah..


nak jadi cerita... masa tengah isi borang, tiba-tiba salah seorang pegawai kesihatan tu ambil IC mak cik anies lalu menegur:
"Puan S*****?" 
apa lagi, terkejutlah mak cik dibuatnya. 
"ya, siapa ni?" soal mak cik. 
"saya student puan kat institut K***. Nama saya A****!" 
ya Allah... kecilnya dunia... apa lagi lepas tu diorang berborak sakanlah... kitorang jadi patung cendana tunggu diorang habis berborak🤣🤣🤣


di luar arrival hall... sementara tunggu yang lain pergi toilet...

kami charter van ni dari airport ke Semporna and return. murah je bayarannya. nanti anies share details fasal service van ni ya.

Alhamdulillah... kami dah sampai Semporna. atau lebih tepat, Bandar Baru Semporna. perjalanan dari Tawau Airport ke Semporna memakan masa lebih kurang 1 1/2 jam. cuaca agak redup ketika kami sampai sebab baru lepas hujan

okey tu je laa mukadimah cerita kami di Semporna. nanti kalau rajin anies sambung 🤣🤣🤣

thanks for reading.
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

75 Words of Lo♥e

  1. Wuaah ternyata profesi kak Anies itu dosen ya ?.
    Karena aku penasaran sempoerna itu lokasi apa, kusearching informasinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... itu rahsia, mas...

      semporna, salah sebuah daerah di Sabah.

      Delete
  2. wah coti2 ke Semporna seronok tu

    ReplyDelete
  3. Pergi Sampoerna sebab hendak pergi pulau kan?

    ReplyDelete
  4. Di KLIA ternyata suasana sepi ya mbak Anies, ini pasti karena virus Corona.

    Ditunggu kisahnya di Soemporna mbak.😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas sunyi sangat. semut jatuh pun boleh dengar😆😆😆

      Delete
  5. Cik pasti senang sekali ya ada bekas murid yang menyapa. Smg perjalanan Cik selalu aman yah, covid sepertinya belum mereda nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saya yang disapa tapi mak cik saya. terasa kecil sangat dunia ni😊

      Delete
  6. Boa noite. Espero que você faça uma boa viagem.

    ReplyDelete
  7. Cuiden sen mucho tanto tu tía como tu. Parece un lindo lugar te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. gracias, JP. tienes razón. Semporna es uno de los lugares maravillosos para visitar en Malasia. entonces, espere mi próxima entrada. Compartiré más sobre este lugar.

      Delete
  8. Hai Kak, wah jalan-jalan terus nih. Sekarang ke Semporna Sabah. Tempatnya enak nggak Kak? Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia digelar Maldives Malaysia... boleh Google lihat keindahan Semporna😊

      Delete
  9. Hmmm, cheq try teka naa...trip family untuk pi majlis kenduri kawin ka? 😆

    ReplyDelete
  10. buat apa ke Sabah,pergi mengundi ke?

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing this. actually, i love to visit your country.

    anyway, i hope you can comment to this blog entry --> http://www.itsjulieann.com/2020/06/press.html

    i just really need this for my potfolio... thank you so much :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome to my country once covid is gone😊

      Delete
  12. Wuuuuuu dah sampai Semporna dah kak Anies kita ni heheheh. Nak dengar pickup line tak?
    .
    "Akak takyah pergi Semporna pun akak dah cukup sempurnaaa bagi Hana" hahahah sweet tak? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemain lg pick up line dia yaa... mamak, kasi teh tarik satu kt bdk ni😆😆😆

      Delete
  13. Love your review as always ))

    ReplyDelete
  14. Baru kepikiran nih kalau sampul paspor Malaysia bewarna merah, kalau di Indonesia warna hijau gelap ka. Oiya ngomong-ngomong warna sampul paspor ka, ada gak pengaruhnya dengan ijin tempat yang bisa dikunjungi ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada, mas. itu cuma warna identity passport setiap negara. kalau Malaysia, larangan masuk negara luar adalah Israel

      Delete
    2. Ok ka, thank you informasinya

      Delete
  15. Asik sekali ya bisa jalan-jalan dan masih dimudahka rezekinya
    Saya belum bisa kemana mana nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa, mas. duduk rumah lg bagus sama2 jaga kesihatan😊

      Delete
  16. Ditunggu lanjutan ceritanya, mbak. Penasaran :D.

    ReplyDelete
  17. Assalamu alaikum Cik.
    Happy monday

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mas.. happy monday too😆

      Delete
  18. Syukur pergi dan balik dipermudahkan dan tak ada symptom. Risau juga kalau ada yang bercuti ke Sabah tu.

    ReplyDelete
  19. Ada SOP tu apakah terkait covid19?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, mas. semua tempat perlu ikut SOP. gagal patuhi, bayar denda RM1000

      Delete
  20. xpernah sampai samporna lgi....bestnye dpt jenjalan....

    ReplyDelete
  21. Semporna dah jadi red zone. How are u over there? Semoga semua berjalan dgn lancar & stay safe ya.

    ReplyDelete
  22. Oh, sudah bisa bepergian ya sekarang ...

    ReplyDelete
  23. Salam kak. sowieee GV lambat kunjung balas blog akak. Terima kasih kak kerana sudi komen kat blog GV. GV hargai sangat. terima kasih kak. Semoga akak sentiasa murah rezeki. InsyaAllah. Aamin. Akak pergi semporna. Balik mengundi ke kak. huhu. GV belum pernah ke sana lagi. huhu.

    ReplyDelete
  24. Woww... berjimba di Samporna yerk... Plan teman nak ke Sabah nampak gayanya kena tangguhkan dulu laa...

    ReplyDelete
  25. overnight di airport memang melelahkan ya kak.
    Sejak pandemi Covid-19 ini aku belum pernah travelling kak, dirumah saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mbak. sangat2 tidak selesa... terutama air cond. nya... sejukkkk

      Delete
  26. Very interesting post! Thanks for sharing! Have a wonderful day my friend ❤️❤️💗!

    ReplyDelete
  27. Bestnya jalan-jalan dgn family. Teringin nak ke sebelah Tawau Sabah ni, InsyaAllah ada rezeki nanti.

    ReplyDelete
  28. Bestnya. Kitaorang pun patutnya family trip tahun ni nak pergi sabah. tapi sebab COVID ni, memang sabah cancel, lain2 trip semenanjung pun cancel. Ni pulak covid datang balik. Tak tahu lah bila pulak dapat berjalan-jalan lagi.

    ReplyDelete
  29. Kecil betulkan dunia ni. Boleh pula dah lama tak berjumpa tapi jumpa di sana

    ReplyDelete
  30. semoga cepat tulis sambungannya..

    ReplyDelete
  31. Covid19 membuat segala hal terjejas. Termasuk urusan urusan kecil. Misalnya Lebih banyak prosesur harus dilalui.

    Tak ade tayang gambar selfie sikit pun hhh

    ReplyDelete
  32. Sabah itu di Pulau Kalimantan/Borneo kah kak. Dan kak anies dari Semenanjung Malaya mahu ke Borneo haruslah guna passport ya? Padahal kan masih dalam satu wilayah Kerajaan Malaysia? Atau macam mana tuh kak?

    ReplyDelete
  33. semporna ada kes covid kan sekrg..

    singgah sini ^^Y

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    ReplyDelete
  34. Ala baru nak ajak bermalam kat airport Tokyo. Hehe

    ReplyDelete
  35. Apa ceritanya ke Semporna tu? Harap bukan cerita covid heheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng kena laa tggu next entry😊

      Delete
  36. Pergi ke Semporna tu tak sah kalau tak mandi dalam laut yang membiru..mandi tak wak?

    ReplyDelete
  37. ni mesti tidur dekat tingkat 2 tu kan, tempat segala mesin urut tu? timm pun selalu tdo kat airport kalau pape, mmg bertabah lah jugak, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap tp kami tidur kat dlm. kat luar ramai dah kongker😆

      Delete
  38. Harap semua nyer baik baik ajew... Cepat buat yer entry semporna✌️

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah.. Dipermudahkan perjalanan pergi dan balik Anies.. Syukur..

    ReplyDelete
  40. Wah, sempat juga cuti-cuti Semporna dengan keluarga! Bestnya! Bab jadi patung cendana tu boleh imagine hahaha

    ReplyDelete
  41. Cuti-cuti makan angin dan makan kenduri ye

    ReplyDelete
  42. rindunyaaa nk naik flight kt kl.. tunggu cik anies kita. sama2 naik erl. hahah

    ReplyDelete
  43. pekan nampak sunyi sepi mcm pekan koboi

    ReplyDelete
  44. Saya dari masa depan datang baca entri ini sekali lagi :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆