✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kalau bukan kerana walimah Azim (boleh baca kat SINI), tak ada maknanya kami saja2 nak duduk sini 🤣🤣🤣
boleh je nak ulang alik dari rumah ke Subang. tapi tu laa... sesekali berkumpul dengan family di 'luar kebiasaan'... apa salahnya kan?
so, kami anggap menginap 2D 1N kat sini sebagai family staycation. sebelum tu azim dah booked 5 bilik tapi mana laa cukup untuk family besar macam kami ni. so kenalah tambah bilik lagi.
fikir punya fikir, anies decide untuk booked bilik lain bagi anies dengan mama.
maka dengan ituwww, bermulalah proses mencari harga
walaupun masih dalam PKP, harganya tak mungkin boleh dapat bawah RM100. tapi... kalau dah nama rezeki, pasti tak ke mana, kan?
Alhamdulillah, anies dapat bilik double bed dengan harga RM93 je (tanpa breakfast). ya betul, RM93 je daripada harga asal yakni RM200++.
so, bila dah dapat harga macam ni takkan nak tengok je kan? haruslah disambar sepantas yang boleh. fast action fast result gituuu
uiii panjang laa pula mukadimahnya pada hal nak share fasal bilik je.
Alhamdulillah, overall bilik sangat selesa dan puas hati. bilik luas, bersih, air paip pun laju, toiletries pun lengkap selain kettle, iron, iron board dan wi-fi yang laju semestinya.
parking pun murah je. RM2 sehari. tu pun kalau korang rajin claim kat kaunter lepas bayar. kalau tak harga asalnya RM4.
since PKP, breakfast kat sini agak terhad. korang kena order menu yang disediakan dan jumlah menu yang disediakan tak banyak... kalau tak, pergi je resto mamak belakang hotel or terjah je Mydin USJ. situ ada food court, resto etc...
ni laa hotelnya... gambar lama ni...tak silap 6-7 tahun lepas. sebab landasan LRT masih dalam pembinaan... credit gambar.
bilik anies dan mama... dia punya bantal memang empuk. letak je kepala terus zzzz sampai ke pagi 🤣🤣🤣 bantal extra ada dalam almari.
kami ditempatkan di tingkat 20 dari 21 tingkat yang ada... syukur lifnya laju...tak perlu tunggu lama...
dari pintu masuk... sebelah kiri gambar - bilik air. sebelah kanan, almari baju dan kabinet.
toilet. belakang pintu ada bath tub. air paip laju.
bilik kami, 2004.
view bilik dari pintu masuk... jangan tanya kenapa banyak sangat mejanya...
macam biasa, TV selalu jadi pak pacak.
koridor / laluan depan bilik...
lif hotel. ada 4. tapi hanya 3 sahaja yang berfungsi...
dining hall... kalau tak PKP rasanya memang penuh kawasan ni...
kaunter reception. staf hotel yang friendly... i loikeee!
lobi hotel...tampak mewah...
okey tu je yang anies nak share untuk hari ni.
di kesempatan ni, anies nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63. #SayangiNegaraku
merdeka! merdeka! merdeka!