✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Satu daripada tarikan di Hatyai... tak lain dan tak bukan... pasar terapung!
sebenarnya, bukan kat Hatyai je yang ada pasar terapung ni. boleh dikatakan hampir semua kawasan pelancongan di Thailand, ada pasar terapung.
Alhamdulillah... ni pasar terapung ketiga pernah anies jejaki. yang pertama dan kedua, korang boleh baca kat SINI dan SINI.
apa yang menarik kat pasar terapung ni? semestinya tentang makanan! peminat masakan Thai of coz laa tak nak lepaskan peluang untuk merasai masakan Thai yang jauh lebih murah dari tanah air.
tapi betul ke murah? nak kata murah sangat tu... tak ada laa. masih affordable. tepuk poket tanya purse... duit cukup ke tak tu?😂😂
walaupun anies memang suka masakan Thai, tapi bukan semua makanan yang ada kat sini anies nak beli. anies just aim 3 benda je. first, Thai milk tea. second, kerabu 'megi'. third, gajus.
Thai milk tu, sekali sedut je dah habis. nak snap foto pun tak dan😂 kerabu megi tu, anies plan nak makan kat hotel sambil layan drama Thai. gajus pula, dapat sebungkus untuk kunyah kunyah.
Alhamdulillah... semuanya sedap.
kawasan parking sini luas betul. tapi tu laa berdebu teruk... anies tak pasti sama ada kenderaan persendirian kena bayar parking atau sebaliknya.
sebelum sampai pasar terapung, kita akan jumpa pasar atas tanah dulu😁 mostly kat sini adalah gerai makanan. walaupun jualannya sama sahaja tapi bagi pengunjung luar, ini boleh jadi rambang mata!
haa sampai daa... tengok tu! punya laa ramai umat manusia! kebanyakannya rakyat Malaysia laa... orang tempatan pun ada juga. tapi rasanya lagi ramai orang Malaysia.
masa kami sampai sini, kiranya waktu puncak laa... tu yang ramai tu... sekitar jam 4.00PM.
selain makanan, pakaian, beg, jajan etc turut dijual di sini. organ manusia je yang tak ada
😂 #ytjt
besar betul kawasan Klonghae Floating Market ni. penat juga nak jelajah dari 1 tempat ke tempat yang lain...
atas jambatan...
kredit kepada kerajaan Thai yang membangunkan kawasan ni dan secara tak langsung merancakkan lagi ekonomi setempat...
deretan 'gerai terapung'...
antara peniaga di pasar terapung...
minuman dalam buluh ni antara yang popular kat sini. auto air jadi mahal kalau guna buluh ni...
anies beli kerabu megi kat sini...
ada persembahan kebudayaan...
cer teka ni buah apa?
beli gajus kat sini. ada macam-macam jenis gajus. seller siap bagi tester. anak seller ni peramah betul...
kerabu megi. pedassss 🔥🔥 yakmat tapi sedappp... berair hidung dibuatnya😁
short video
short video
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. hari ni tak dan nak BW. ada jamuan raya... then esok cuti sempena hari pekerja. blog ni pun cuti juga😁
that's all... daa...