Hatyai, Thailand: Kasah Muslim Kitchen Branch 3

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

memandangkan anies tak ada cerita fasal Aidilfitri tahun ni disebabkan sakit mata, jadinya... moh ler kita sambung cerita jalan-jalan ke Hatyai.

selesai membeli belah kat Nora Plaza, kami terus naik bas dan tuju ke destinasi. bila tengok jam, dah pukul 12.00PM++. perut pun dah 'kencorong'. sepanjang perjalanan ke restoran, our tour guide sempat share beberapa menu best kat restoran ni.

bila dia sebut tomyam, dalam kepala anies dah fikir macam-macam. tomyam Thailand memang tak dinafikan... antara menu best dan wajib makan kalau dah sampai Thailand. kalau tak silap anies, tomyam Thai ni antara 100 makanan terbaik pernah disenaraikan dan menjadi signature Thailand (lapar laa pula bila sebut tomyam ni... haihh)

lebih kurang 10 minit perjalanan, bas pun berhenti tepi jalan. restoran ni terletak di tengah-tengah bandar. jadi, kawasan parking agak terhad.

sebaik tiba ada sebuah bas rombongan (dari syarikat sama) terpakir di situ. ahli rombongannya dah selesai menjamu selera. bila kami masuk, mereka pun mula beredar. 

well, cakap fasal menu yang ada kat sini, secara peribadi anies agak terkilan jugalah dari segi rasanya. pilihan makanan memang banyak. cuma dari segi rasa tu, agak mengecewakan. hanya tomyam je yang menepati selera. yang lain-lain... entahlah... maaf cakap... tak sedap.

mungkin hari tu bukan rezeki kami. tapi tak apa laa... dah makan dah bayar... but untuk repeat lagi in the future... mungkin tidak. maaf ya kalau terlajak jujur ni... 🙏🙏🙏

dan macam biasa... anies sertakan beberapa foto masa kami singgah sini...


depan restoran... yang pakai baju pink tu tour guide kami di Thailand...

view restoran dari seberang jalan. besar juga restoran ni... yang pasti, tiang letrik kat Thailand ni akan curi tumpuan😁

ahli rombongan lain yang baru tiba. kat sini konsepnya layan diri... nak repeat makan banyak kali pun tak apa sebab dah bayar kan...😁

suasana dalam restoran... nampak tak deretan bas tu? bagi kenderaan persendirian, anies tak pasti kalau parking kat situ, kena saman atau sebaliknya...

kalau nak makan sambil berbumbungkan langit (bahang mentari), boleh laa try duduk sini...😁

antara menu yang disediakan... dalam periuk tu, tomyam campur... yang lain-lain: kari hijau, kerabu kaki ayam, ayam goreng, telur dadar, kerabu suhun, keropok lekor, pisang goreng, terung masak asam rebus, hati/paru ayam masak kunyit... yang warna putih tu bihun.

what did i have for lunch? nasi putih, kerabu suhun, kerabu kaki ayam, tomyam campur dan air oren.

lepas makan nasi, try yang ni. laksa Thai. terdiri daripada kuah kari hijau + bihun...

short video

hari tu anies ada share fasal buah kundang (baca kat SINI). kat tepi restoran ni ada orang jual buah-buahan. lepas makan anies saja tengok-tengok buah yang dijual. ternampak buah kundang ni. bila tanya harga... lebih kurang sama je macam yang anies jumpa kat RnR Perak tu... kalau korang terer, acu teka berapa Bath harga buah kundang ni?


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. salam 7 Syawal... 
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

37 Words of Lo♥e

  1. kalau untuk tempat makan yg sedap, sebenarnya yang tak viral n di kampung2 lagi sedap.. nnti kalau Anies dtg sendiri, boleh masuk kampung jalan2..

    ldy suka laksa thai, lembut laksanya.. dan kuahnya mcm kuah gulai ikan.. biasanya makan dengan daun ape nth namanya tu, daunnye bulat2 kecik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bw kereta sendiri mmg syok sggh tmpt2 yg tersorok. g dgn rombongan mcm ni suka o x kena hadap juga...

      org resto tu yg beritahu, tu laksa thai... sy angguk je... sbb nk try...

      Delete
  2. Gezmek her zaman güzeldir. Tadını çıkarın. İyi eğlenceler dilerim. 😊

    ReplyDelete
  3. nampak mcm menyelerakan kari hijau tu hehe

    ReplyDelete
  4. Resto Thailand tapi banyak menu" Melayu juga kah, kalau liat menu"nya seprtinya kenal dengan namanya yang sering kawan"posting di blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sebab selatan thai ni ramai orang melayu muslim. so makanan diorang banyak pengaruh melayu...

      Delete
  5. Laksa thai?

    Klau kat sini namanya bihun sup... kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. staf resto tu ckp laksa thai. sy angguk je hehehe

      Delete
  6. Tak apalah menulis review yg jujur kak, yg penting kita sampaikan dengan baik kan. ada juga yg menulis review jujur, tapi pakai kata makian.. Itu yg saya tak suka. Sayang juga kalo banyak menu tak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita just jujur. sedap, cakap sedap. tak sedap, cakap tak sedap...
      yg suka makian tu jenis kurang kasih sayang kot
      hehehe

      Delete
  7. di thailand masih gampang untuk cari makanan halal ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. kawasan selatan thai ramai muslim. jadi tak sukar untuk cari resto halal

      Delete
  8. Tak pandai nak meneka, Anies oi. :D
    Tengok gambar makanan, memang berselera. Lagi-lagi hari ni masih puasa.

    ReplyDelete
  9. Parece un buen restaurante. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sí. Desafortunadamente, los alimentos no tenían sabor ;-(

      Delete
  10. Taqabbalallahu minna waminkum. Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin ya Anies.

    Get well soon tau. Pergi klinik ya jumpa Doctor mata.

    ReplyDelete
  11. Tak sedap tu memang taklah nak singgah lagi kan. Tomyam je lah yang win kalau ke Thailand. Jarang dengar tomyam tak sedap. Tiang letrik Thailand memang mencuri tumpuan. Pertama kali masuk Thailand dulu pun itu je yang jakun tengok. hihi..tak tahu lah nak kira berapa harga dia. kalau Malaysia cecah RM30 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. dia punya rasa mcm kurang garam...
      tomyam tu nasib baik masam lbh. sbb dlm rs tu, ada rs manis yg agak ketara juga laa...

      tu laa... lain mcm dia punya tiang letrik

      RM30 + RM50. tu harganya hahaha

      Delete
  12. Mana gambar sakit mata nya hahahhaa :D

    ReplyDelete
  13. okay restoran tu taks edap hanya tom yam jer yg boleh masuk tekak.. kita cop nama restoran ni siap2 kalau ke hatyai nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. better g tmpt yg x pemes utk cari mknn kt sn

      Delete
  14. mungkin dalam 200 bath sekilo buah kundang tu :D

    ReplyDelete
  15. Benim yorumum kayıt altına alınmadı mı acaba? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslında ilk önce bloğunuzu ziyaret edeceğim. o zaman yorumunuzu burada yayınlayacağım...

      Delete
  16. Mungkin bukan rezeki Anies.. Mujurlah tomyam nya masih sedap.. ada lah juga yang best..

    ReplyDelete
  17. buah kundang tu nampak fresh la. tak dpt nak agak harganya.. RM10? mama tembak je ni haha..

    ReplyDelete
  18. Mahal ye buah kundang ni? Tak pernah beli pun sebab selalu terbayang masam..

    ReplyDelete
  19. Saya tak tahu harga buah kundang, jadi tak dapat nak teka. Ala, shian Anies sakit mata masa raya ye…

    ReplyDelete
  20. Pilihan lauk memang banyak juga ya, tapi sayang rasa kurang uummmphhh pula.

    ReplyDelete
  21. First time tengok laksa Thai tu… sedap tak?

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆