RM90?!!

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

*gambar sekadar hiasan*


Jumpa buah ni masa kami berhenti kat salah sebuah RnR kat Perak. anies memang dah lama aim nak beli sebab kat KL ni, kemain mahal lagi! lepas tu saiznya lebih kecil daripada yang ni. 

bila dah jumpa ni, dalam hati mengagak... mungkin murah sikit daripada harga kat KL. 

baru je nak melangkah mendekati gerai buah ni, tiba-tiba muncul seorang lelaki.

"berapa ni?" tanya lelaki tersebut kepada penjual.

anies tunggu kat belakang lelaki tu sambil 'pasang' telinga.

"RM90, bang!" jawab penjual sambil mengangkat segugus buah kundang.

"hah?!!"🤯

hanya tu saja respon yang anies dengar daripada lelaki tu and then... kami terus beredar ke parkir. dalam hati sempat mengomel... dah kalah harga durian musang king!

tak tahu laa kenapa harga buah kundang ni semakin mahal. mungkin disebabkan tak ramai petani yang menanamnya secara komersial. tapi kalau tengok saiz buah ni, rasanya ia diimport dari Thailand. ke... ada kaitan dengan faktor cuaca akhir-akhir ni? wallahu a'lam.

nanti kita tengok kat Thailand pula. buah ni murah ke... mahal?

BTW, kawan-kawan di Indonesia... buah ni apa namanya? jom share!👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

35 Words of Lo♥e

  1. Humangaiii mahal bona! Memang taklah beli kalau dah harga macam tu kan. Kalah harga durian.

    ReplyDelete
  2. uuuisshh dah jadi buah kayangan..rasanya dulu tak lah mahal macam ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa
      penah beli sekilo rm3 je
      mkn smpi cirit🤣

      Delete
  3. rm90 tu sekilo ke?awat mahai beno...

    ReplyDelete
  4. Sepertinya buah Gandaria kalau saya lihat..mirip sih..tapi gak tau berapa harganya..jarang juga melihat buah ini di jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya di sana pun tak ramai yang jual

      Delete
  5. Mahalnya....... kat Nilai baru RM20 sekilo dan manis pula.........

    ReplyDelete
  6. uiiii mahalnyeee ! betul la apa yang sis anies cakap tu. setaraf dengan harga durian dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa... kdg musang king pn x de laa smpi harga mcm tu. tekedu kejap!

      Delete
  7. thanks for sharing have a beautiful day :)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. tu la.. ni bkn takat cekik darah. tulang temulang pn dia cekik jg

      Delete
  9. Me dio ganas de probar esa fruta. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Boa tarde de quarta-feira minha querida amiga.

    ReplyDelete
  11. tu harga selepas ke sebelum sst? hehe

    ReplyDelete
  12. umangaiiii bapak an mahal..nasib bukan peminat buah2 masam

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa yg bsr ni krg masam. harga dia je kurang hasam!😁

      Delete
  13. Buah kundang mahal tau. Hari tu pergi pasar raya terkejut tengok harganya beli beberapa biji je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... kat aeon aritu jumpa rm15 entah brape biji je. dah tu kecut2 je

      Delete
  14. takpela. Cuya beli pisang dekat family store jela, lagi sedap XD

    ReplyDelete
  15. eh, mahalnye harga di sana... kami di sini xde lah sampai mcm tu..

    kalau yg manis memang sedap, kalau kene yg masam... ya Allah.... berkerut sampai esok..

    yang pasti buah ni tengok gambar pun dah cair air liur.. telan je lah.. :D

    ReplyDelete
  16. Awalnya saya pikir itu kurma muda . Saya sukaaaa kalo kurma muda. Kurma yg sudah matang, saya tak nak. Makanya saat dulu umroh, rombongan pada beli kurma, saya tak mau. Krn memang tak suka

    Tapi saat coba kurma muda, yg masih kuning, itu sedaaaaap weeey.

    Dan di Indonesia hrgnya juga mahal kak. Tapi berbaloi lah dengan rasa.

    Krn dia masih crunchy, rasa macam jambu ❤️. Apalagi kalo masuk freezer. Beuugh sedaap.

    Tapi ternyata ini buah Gandaria yaa, kalo di Indonesia disebut Gandaria.

    Saya biasa buat utk campuran sambal kak. Enaak sambal Gandaria. Ada sempet dan masamnya. Cocok untuk cocolan ayam goreng, tahu atau ulaman 😄👍. Dulu asisten saya pandai buatnya. Tapi dah resign dia. Dan buah ini agak susah dicari di jakarta. Jadi memang agak mahal. Krn banyak tumbuh di Indonesia timur.

    ReplyDelete
  17. Mak aiii . Mahal betul kalau dah letak harga RM90 tu

    ReplyDelete
  18. Pergh!! 90 perginya.. Memang tgk jelah kalau harga macam tu..

    ReplyDelete
  19. Ada nampak kat pasar sabtu bota. Tak tanya harga pula, sebab tak berapa minat nak makan. Saya panggil buah ni 'stare'. :D

    ReplyDelete
  20. Anies, semalam jumpa buah ni kat pasar ramadan. Tapi dia tak jual kilo. Jual ikut pinggan. Satu pinggan RM5. Adalah dalam 10-15 biji sepinggan. Meh la datang pasar ramadan pasar manjung. Murah, murah. Hehe...

    ReplyDelete
  21. mahalnya harga, kalah harga ikan laut..tapi kalau terliur, beli la empat lima biji anies. buat ghaso orang kata

    ReplyDelete
  22. tu dia harga buah kundang skrg. mama tak penah beli selalu org bagi

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆