Tokyo → Yamanashi, Jepun: Stesen Shinjuku, Limited Train Fuji Excursion (Azusa 79) dan Stesen Ōtsuki

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas sarapan, kami terus ke stesen Shin Ōkubo. suasana pagi agak santai. dan masa ni laa baru nampak wajah sebenar area Shin Ōkubo.

perjalanan dari stesen Shin Ōkubo ke stesen Shinjuku cuma mengambil masa 3 minit je sebab stesen ni cuma bersebelahan.


STESEN SHINJUKU

antara stesen terbesar di Tokyo dan pernah tercatat dalam Guinness Book of Record sebagai stesen tersibuk di dunia. ia pernah mengendalikan penumpang kira-kira 3.5 juta orang dalam sehari! so korang boleh bayangkan betapa ramainyaaa umat manusia di bawah satu bumbung!

tapi masa kami sampai tu, hari Sabtu. jadi suasana tak crowded. cuma yang buat kami risau adalah, nak cari platform Azusa 79 tu.

stesen ni ada banyak exit. tu tak termasuk pintu-pintu di stesen bawah tanah. memang pening dan boleh sesat. kami cuma berpandukan itinerary yang anies buat tu. dalam hati cakap, kalau jumpa... jumpa laa... kalau tak jumpa, mesti cari sampai dapat!


jumpa akhirnya... signage kat stesen ni mudah je. tapi kalau tak faham, boleh pening. since kami tiba awal, jadinya kami tak naik ke platform dulu. kami ke toilet dan buang segala isi perut dulu. lepas tu baru naik.

fasal tiket, since Azusa 79 ni sebahagian daripada rangkaian kereta api JR, jadinya memadai guna JR Pass sahaja. pun begitu kami buat juga reserved seat ticket sebab hari tu, hari Sabtu. so confirm penumpang mesti ramai punyalah! oh ya. kalau tak ada JR Pass, harga tambang sehala dari stesen Shinjuku ke stesen Ōtsuki adalah ¥2360.

lebih kurang 20 minit sebelum bertolak, kami pun naik ke platform. macam ni laa keadaan kat platform Fuji Excursion...

snap info ni sekadar untuk rujukan sahaja. kat stesen Shinjuku ada banyak info macam ni...


LIMITED TRAIN FUJI EXCURSION (AZUSA 79)

ni laa train nya. terlupa nak snap yang real punya... nak baca info lanjut fasal Azusa 79 ni, klik kat SINI dan SINI.

jom naik!

dan lagi snap dari luar...



suasana dalam Azusa 79👆👇. seat lebih kurang sama macam seat Skinkansen. bersih. air cond pun sederhana sejuk.



jangan risau... tulisan Roman tetap ada... dari pembacaan anies, ramai yang risau bila pergi Jepun ni, tak ada tulisan Roman esp signage. hei, come on laa! Jepun dah 2 kali jadi host sukan Olimpik. takkan laa perkara macam ni pihak kerajaan Jepun tak ambil berat...

seat kami asing-asing tapi masih lagi dalam 1 barisan. farah punya laa khusyuk edit video sampai kite snap foto ni pun dia tak perasan...


STESEN ŌTSUKI

Alhamdulillah... perjalanan kami selama 58 minit smooth je. sebelum tiba, Azusa 79 ada berhenti di dua stesen dan berakhir di stesen Matsumoto yang terletak dalam Nagano prefecture. 

oh ya... ada 1 fakta menarik fasal stesen ni. sebenarnya stesen Ōtsuki ni dah berusia lebih 100 tahun, tau! ia dibina pada 1902. tapi binaan yang korang nampak menerusi foto-foto yang anies share ni, adalah binaan yang dah mengalami beberapa perubahan.

nak tahu info lanjut fasal stesen ni, klik kat SINI ya!


kami dah sampai! untuk ke sini, penumpang harus naik jejantas dari platform di sebelah. jangan risau... tak jauh pun... untuk naik kereta api seterusnya, kami kena beli tiket lain sebab JR Pass tak cover. korang boleh beli tiket sama ada di kaunter (kiri - foto) atau kat mesin tiket.

senarai stesen sepanjang laluan ni... 

masa kami sampai, penumpang tak ramai. lepas 20 minit, rasa sekejapan je dah penuh stesen ni dengan umat manusia.

tu bukan kereta api yang kami akan naik...

kat sini ramai pelancong luar. Azusa 79 dan stesen Ōtsuki adalah antara laluan alternatif untuk ke Gunung Fuji.

foto ni anies snap sebelum kami kembali ke Tokyo. simple je kan stesen Ōtsuki ni?

siapa suka Naruto? nah, ni kereta api Naruto. short video of Naruto train @ Ōtsuki station.


well, tu je laa perkongsian untuk hari ni. selamat berhujung minggu.

thanks for reading
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

27 Words of Lo♥e

  1. Baca dan ambik info dari Anies, moga² ada rezeki boleh buat trip gini jugak 😀

    ReplyDelete
  2. bersih dan tersusun je kan... besar pula tu..

    nampak masih baru walaupun dah berusia 100 tahun.. kalau di tempat kite ni dah nampak ketinggalan zaman kalau usianya begini.. dan mungkin dah ditinggalkan spt yg berlaku d kebanyakan tempat di Malaysia.. huhuhuhu.. semoga Malaysia bolehmaju spt Jepun suatu hr nanti. ameeennnn

    ReplyDelete
  3. Wow... Japan neee..... Jauh yer jalan 🇯🇵

    ReplyDelete
  4. sonoknya naik ketapi laju jepun berdesup rentas masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni slow sket kak banding shinkansen tp masih lg selesa dan efisyen

      Delete
  5. Tu la pasal... nasib baik dwi bahasa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..org jepun pun lbh terbuka laa ni. malah sudi membantu wpn mereka x pandai ckp BI

      Delete
  6. Enaknya kalau berangkat bersama teman, kalau salah jalan bisa cari" sambil bercanda..coba kalau sendiri bisa bingung....kalau gak ada huruf Romawi buka kamus dulu😁..usia stasiun otsuki sudah sangat tua yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau solo, dah sesat saya dibuatnya😁
      ya. dah 100 tahun. tapi masih terawat lagi binaannya

      Delete
  7. Memang kena study banyak sebelum pergi Jepun ni, train dll. School mate ada business trip sekarang di Jepun, kelakar dia post di fb, pening di train station tak jumpa jalan.

    ReplyDelete
  8. Boa tarde de sexta-feira e bom final de semana. Um excelente mês de março minha querida amiga.

    ReplyDelete
  9. Es una cuidad muy linda Y su tren es muy linpio. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. wonderful photos, have a nice weekend :)

    ReplyDelete
  11. I am sure you had great fun moments.

    ReplyDelete
  12. I would like to visit the Land of the Rising Sun, Japan, one day. All the best!

    ReplyDelete
  13. wahhhh kereta api naruto !! jepun dengan anime berpisah tiadaaa

    ReplyDelete
  14. syok kan sekali sekala berjalan tempat orang. Luas pemandangan.

    ReplyDelete
  15. wahhhhhh bestnya la hai jalan-jalan jepun hehe

    ReplyDelete
  16. wah..jangankan gunung fujiyama..eh ternyanyi plak. terer la korang tak sesat dekat Shinjuku. stesen train kat Jepun ni memang gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni the Gadys ke?🤣🤣
      yg tukang buat iti ni kalau ko nak tau. dia punya study stesen shinjuku ni klh org buat tesis phd🤣🤣🤣🤣

      Delete
  17. di Jepang suasananya memang sunyi ya kak kelihatannya, ya walaupun di sana sebenarnya ramai. Selain itu kebersihan transportasinya pun terjaga sekali. Pasti sangat nyaman di sana

    ReplyDelete
  18. Bersih...rapi...tertata dengan baik...Jepang memang juara dalam hal penataan dan kebersihan lingkungan.
    Itu kereta-nya cantik banget. Bagian dalamnya juga luar biasa...keren sekali...
    Eh ada kereta Naruto ya....

    Salam,

    ReplyDelete
  19. Bestnya tengok. Seronoklah naik keretapi dorang ni, bersih dan selesa. Platform dorang pun bersih. Mujurlah masa pergi tak sibuk sangat kan.

    ReplyDelete
  20. Rinduuuu naik kereta api di jepang ini. Btw, saya lebih pandai baca rute dan petunjuk di stasiun jepang drpd Korea selatan 🤣. Yg di jepang saya blm pernah get lost. Tapi Korsel, ya Allah pening 🤣. Untung ada husband saat itu..jadi bisalah jugak ketemu.

    ReplyDelete
  21. Happy betul baca perkongsian Anies ini.. Boleh take note.. Manalah tahu rezeki tak disangka kan.. kikiki

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆