Tokyo, Jepun: The Global Hotel Tokyo

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

dulu dulu, pernah juga berangan nak menginap hotel tube kalau ada rezeki pergi Jepun. 

Alhamdulillah... angan-angan tu Allah kabulkan bila mana kami gagal booked hotel kat Tokyo gara-gara dua sebab ni:

pertama, farah ter'booked' hotel yang dah tak wujud lagi. syukur dia tak bayar apa-apa lagi masa tu. panik jugalah kami dibuatnya sebab masa dapat tahu tu, kira-kira lagi 2 minggu kami nak bertolak.

kedua, hotel kat Tokyo tersangatlahhhh mahal! memang betul cakap cousin anies yang pernah kerja kat Jepun. katanya, tak payah duduk lama sangat. sehari dua pun dah cukup sebab hotel kat Tokyo mahal!

so cari punya cari (kebanyakannya sold out)... akhirnya kami dapat hotel ni walaupun agak jauh dari Stesen Tokyo. anies ingat ingat lupa... seorang kena bayar berapa. kalau tak silap, untuk 2 malam kat sini, RM700++ per person! 

lepas ni kalau korang pergi Tokyo boleh bawa khemah siap siap. 😂😂😂... well, walaupun mahal, kami puas hati laa dapat menginap kat sini. selain kebersihannya yang tip top, kemudahan yang disediakan juga 👍👍👍. staf hotel friendly dan banyak bantu kami.

so, as usual anies kongsikan beberapa keping foto dan... korang nilaikan laa sendiri... suasana dan keadaan tube hotel ni...


main entrance. hotel ni kalau tak silap ada 5 tingkat. tingkat 3 khusus untuk wanita sahaja...



halaman hotel...👆👇



lorong kecil depan hotel. hari terakhir kami kat sini, masa tengah sarapan kat depan hotel, kami nampak seorang nenek tengah menyapu kat lorong ni. tak lama lepas nenek tu beredar, datang seorang lelaki tua naik basikal sambil bawa penyapu lalu dia pun bersihkan lorong ni. anies tak pasti sama ada mereka ni penduduk kat situ atau voluntarily mengemas kawasan situ. hmm... patut laa Jepun ni bersih. sebab adanya individu sebegini.

lobi hotel. nak bancuh air, iron baju, simpan luggage, panaskan makanan, melepak etc. korang boleh buat kat sini.

lif hotel ni kecil. so muat 2-3 orang je. kalau bawa luggage besar hanya 2 orang je boleh masuk. 

ni laluan ke lif untuk pengunjung lelaki. BTW wi-fi hotel yang bedesup bak kereta F1! setakat nak layan 1 episod drama Korea tu, sekejapan je dah selesai...

kaunter hotel sebelah main entrance.

ni laa 'bilik' kami. anies duduk bawah and farah pilih tingkat atas sebab dia suka memanjat😂 katil nora pula sebelah anies... bidai warna hitam tu (kanan foto) berfungsi macam pintu. so, bergegar tak anies kalau orang atas tidur buas? tak terasa pun. even orang sebelah berdengkur pun tak dengar (ke... aku tidur mati?😂)

keadaan dalam 'bilik'. sila ignored katil yang serabut itu ya. well... macam mana keadaannya? bantal empuk, tilam tak keras, suis / USB berfungsi baik, lampu okey, kipas pun okey. kipas dalam bilik ni bukan kipas fizikal. lebih kurang macam air cond. cuma tak ada rasa (hawa) sejuk. 2 malam kat sini, letak kepala je terus hanyut ke lautan sepi...😂😂

loker. setiap loker ada nombor. ikut nombor katil.

peralatan membersihkan diri semua ada kat sini. ramai yang mekap, berus gigi, cuci muka, keringkan rambut korek hidung etc buat kat sini sebab.....

bilik airnya kecil dan sempit yakmat! muat seorang je. then dia punya shower ada timer. sekali pancut 15 saat je. deras pulak tu. sakit badan! so faham faham je laa macam mana kami mandi kat sini. tak puas oiiii!!! BTW, shower foam, syampu dan perapi turut disediakan.

jamban terpaling best di dunia😂😂 woshuretto atau washlet nya tersangat laaa mengasyikkan... siapa pernah guna, then you know what i mean... once guna rasa macam tak nak keluar😂😂 oh ya... both bilik mandi dan jamban hotel ni bersih yakmatttt👍👍👍👍

hotels are the silent storytellers of our travel, where each room whispers tales of rest, rejuvenation and the promise of new adventures. #tubehotel #Tokyo #ShinŌkubo #Japan


korang ada apa-apa nak tanya fasal hotel ni?
drop je soalan kat bawah👇
anies akan cuba jawab setakat yang boleh.

well tu je laa dulu perkongsian untuk hari ni. selamat berhujung minggu.
thanks for reading
daaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

29 Words of Lo♥e

  1. Hotel ni kategori berapa bintang? Kemas dan cukup kemudahannya.

    Untung ada aras untuk wanita sahaja. Hotel Malaysia ada tak macam ni?

    ReplyDelete
  2. kemas.. dan bersih.. suka kalau penginapan begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa
      jepun... mmg tak lari dgn kebersihannya

      Delete
  3. Jarang dengar ya ada hotel yang lantainya ada khusus buat wanita saja, apa saya yg memang kurang pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hotel tube or hostel lazimnya memang dia akan asingkan lelaki dan wanita...

      Delete
  4. Agaknya kenapa ya mereka ada khususkan tingkat untuk perempuan dan laluan lif untuk lelaki?
    Hotel muslim-friendly di negara kita pun tak buat gitu 😀

    Memang tak puas mandi ni...shower pun ada timer 😄

    ReplyDelete
  5. Nice places, thanks for your sharing

    ReplyDelete
  6. Ooh..begitu ya...ok..baru paham saya.

    ReplyDelete
  7. as usual, hotel dekat jepun mesti bersih dan neat ! selesa betul tengokk

    ReplyDelete
  8. Wifi berdesup? Okeh! ini pilihan uncle!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya x legging lgsg
      mmg best
      wi fi kt jepun ni antara yg terpantas

      Delete
  9. Es un lindo hotel. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Kitaorg masa ke Tokyo, tido hotel dekat luar bandar sket tapi walking distance dgn train station la. And bilik kitrg tu sharing bathroom, sharing kitchen, and sharing tempat makan. Walau 3 tingkat hotel nyer. Yang best nyer waktu pagi mostly yg menginap situ org yg sewa utk sebulan dua terus gitu. Time pagi semua sibuk masak brkfast dan mostly yg menyewa situ Vietnam, chines, Philippines dan org jepun sendiri. Semalam RM70.00 hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah tuuu
      tp tu laa kami cari last min tu yg dpt hotel mahal
      sbnr nya kami x kisah kalu hotel jauh sket janji murah
      tapi apakan daya dpt yg mahal😁

      Delete
  11. sempit hotel dan ia mahal...memang ok juga kalau berbulan madu berdua di tempat begini hehehehe

    ReplyDelete
  12. Boa tarde e um excelente sábado minha querida amiga.

    ReplyDelete
  13. hotel mewah mestila mahal xpala kan

    ReplyDelete
  14. wow, meski kecil tapi nampak nyaman pula. Apalagi ada lantai khusus wanita, terasa lebih aman.

    ReplyDelete
  15. Boleh tahan mahal jugak harga satu tube semalam RM300++. Tapi nasib baik bersih kemas walaupun sempit kan

    ReplyDelete
  16. beautiful post thank you very much :)

    ReplyDelete
  17. It looks like a nice hotel. Have a good week Anies :)

    ReplyDelete
  18. Kalau urusan kebersihan, memang jepang nomor satu. Bersih sekali keadaannya ya Mbak.
    Ya ampun...Mbak itu tempat tidurnya sekecil itu? Bisa nyaman tidur disana Mbak?

    Salam,

    ReplyDelete
  19. Pertama kali dengor shower ada timer. Huhu..
    Saya pernah terbaca, talian internet di Jepun adalah yang paling pantas di Asia. Hebat, tak macam kita. :D

    ReplyDelete
  20. Eh gimana , air shower tuh hanya kluar 15 sec?? Trus mati? Atau nanti hidup lagi? Tak cukuuuup 15 second untuk mandi 😭😂😂😂😂. 15 mins okelah.

    Kenapa tak Airbnb kak?

    Saya dulu stay di Tokyo 3 malam di Airbnb. Kami ber5 waktu itu. Jdi memang tak nak hotel. Tokyo betullah mahal. Saya pun LBH suka tak usah lama di sana.

    ReplyDelete
  21. pernah baca yang di Jepun ni tube hotel lagi mahal dari hotel biasa sebab pengalaman tu yang buatkan ia mahal. tu sebab kitorang dulu amik airbnb je. huwa..teringin lah. tido yang kat Sepang jelah nanti. nakkan suasano.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh laa kite g jepun
      dpt ko tido kat hotel ni
      🤭

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆