Hari Terbuka Putrajaya 2024

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Seingat anies laa... kali terakhir kami pergi Putrajaya sebelum PKP (hujung 2020) dulu. fuhh... punyalah lama. dari tak ada MRT, sampai dah setahun lebih dah usia MRT tu 😂😂😂 tu pun disebabkan event ni. kalau tak memang sampai ke sudah laa tak tiba tiba...

back to the title... sempena event ni ada perkhidmatan shuttle bus disediakan untuk pengunjung. turun dari MRT, then naik je bas sampai ke Presint 3.

kami ke sini sekadar nak tengok-tengok je apa yang menarik ada kat sini. pada mulanya nak try naik public transport baru iaitu ART. tapi bila tengok Q kemain panjang... hmm... tak apa laa... kita tunggu je bila ART dah dilancarkan nanti. (cerita fasal ART ada kat SINI).

hmm... kita bercerita dengan fotolah ya!

kalau genap 30 tahun nanti tentu lagi meriah, kan? tu pun kalau panjang umur...

shuttle bus khas sempena POD 2024. 

orang ramai tengah beratur tunggu giliran naik ART.

tapak event: depan Istana Kehakiman, Presint 3.

sebaik tiba, kami ke sini dulu. ada pameran ringkas tentang penubuhan Putrajaya, selain booth negeri-negeri yang mempromosikan tempat-tempat, aktiviti dan acara-acara menarik.

YB Dr. Wan Azizah Wan Ismail a.k.a isteri Perdana Menteri hadir untuk merasmikan POD 2024 di Auditorium Tun Azizan Zainal Abidin. FYI Allahyarham Tun Azizan merupakan 'orang kuat' di sebalik penubuhan dan pembangunan infrastruktur Putrajaya.

dalam auditorium sama, ada pameran kucing. 

antara kucing yang dipamerkan...

di luar auditorium... deretan booth yang menjual pelbagai jenis barang. antaranya buah-buahan, anak pokok, snek ringan, pencuci mulut etc.

sebelah auditorium... yang suka memancing tu bolehlah lepaskan gian kat sini hahaha...

mini zoo pun ada.

aneka dessert dijual di sini...

logo POD yang disusun menggunakan cup cake. selepas majlis perasmian, pengunjung boleh ambil cup cake ni seberapa banyak yang korang suka. anies ambil sebiji je. buat raso raso...

depan Istana Kehakiman pun ada 1 khemah besar... jom kita pergi tengok!

kat padang tu, kebanyakan orang lepak sambil makan makan. tapi waktu tengah hari, panas pula tu... tak ramai duduk situ...

suasana kat padang...

ada pentas dan juga konsert... tapi masa ni tak ada konsert pun... mungkin sebelah malam... selalunya macam tu laa...

juga ada LCD screen..

bertentangan dengan Istana Kehakiman... bangunan Perbadanan Putrajaya... di bawahnya ada pelbagai booth dessert dan juga logo POD yang diperbuat daripada cupcake...

'lorong' sebelah khemah besar... Selamat Datang Ke Kampung P.Ramlee...

manakala di sebelahnya... Selamat Datang Ke Kampung Saloma. FYI, both Allahyarham P.Ramlee & Saloma adalah tokoh perfileman & biduanita negara.

suasana dalam khemah besar. kebanyakannya booth kat sini dikendalikan para pelajar dari kolej tempatan seluruh tanahair... selain tu ada beberapa pasar raya besar turut ambil bahagian menjual pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak dan lain-lain.

short video ART...

short video near POD logo made from cupcake

short video cupcakes untuk pengunjung POD...

short video for cats...

short video for orchird...

short video inside the auditorium...

short video Presint 3, Putrajaya...

salam Isra'& Mi'raj... dan... Ramadan semakin menghampiri...


ada sesiapa yang ke sini minggu lepas? acu komen sikit?
okey... tu je perkongsian untuk hari ni. anies lambat BW... sabaq naaa...

thanks for reading
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

35 Words of Lo♥e

  1. Seronoknya! Saya hari tu berkobar-kobar semangat nak pergi. Sekali kena selesema, terus tumbang 2-3 hari. Tengok diorang cover pasal ni kat MHI je sudahnya 😂

    Salam Isra’ Mikraj 😊

    ReplyDelete
  2. Salam ISrak Mikraj juga.. Sama lah entah bila last pergi putrajaya ni.. sebab kalau nak ke sana semata mmg idok ler kecuali bersebab... Seoronok hari terbuka putrajaya ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ada geng juga ni yg lama tak g putrajaya
      nnt ART dah beroperasi boleh laa dtg

      Delete
  3. Ini pameran ya ?...kalau dekat saya datang kesana😀

    ReplyDelete
  4. weh..aku pun tringin nak naik ART tu. huhu

    ReplyDelete
  5. Uncle pun lama tak ke sana... tapi bila pegi ada je event macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu ART dah beroperasi nnt br syok nk jln2

      Delete
  6. zaty pun dah lama tak pergi putrajaya! meriahnyaaa!

    ReplyDelete
  7. https://zatyrosedepp.blogspot.com/2024/02/merci-bien-sis-anies.html

    my 'thank u' for you!! <3

    ReplyDelete
  8. What a beautiful, lovely and colorful photos. Thanks for sharing. I loved the cats but they look abit unhappy. Cuma Mubarak. Greetings.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i think the cat looks depressed maybe because it can't move anywhere...

      Delete
  9. mak datok panjangnya barisan!

    ReplyDelete
  10. Tak pergi pun....nanti Putrajaya ni akan ada tram pulak. So far tak nampak pulak tram lalu kat jalan sana. Banyak juga aktiviti tu anies....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg byk
      tak terlayan nk pergi semua tmpt
      hehe

      Delete
  11. Wah, sampai dah ke Kampung Saloma!
    Teringat masa sekolah rendah dulu, ustaz selalu panggil kita Saloma, padahal dah tahu nama sebenar kita bukannya Saloma. Saje jew hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha
      amboiii ustaz sakan menyakat ya😁😁

      Delete
  12. Kawan Mrs. A ada ajak datang sebab dia ada open booth tapi tulah takde gang ajak Mr. A memang taklah kot sebabnya dia kurang gemar ke tempat crowded macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ya ke?
      kalau tak boleh kita jumpa berborak sakan
      hahaha

      Delete
  13. Last saya pergi Putrajaya, masa masuk Putrajaya Night Marathon, tahun 2019. Hehe..
    Saya rasa, macam kurang sesuai dia guna cupcake. Makanan, tak elok letak bawah, ada orang lalu ye, celah-celah cupcake tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tu...
      diorg nak pecahkan rekod
      ada org jaga kat tepi tu
      crownd x leh msk situ
      kalau nak cupcake
      ada staf tlg ambilkan...

      Delete
  14. Dalam beberapa tahun akan datang Sarawak akan ada ART juga....mungkin ada kesempatan berada di Putrajaya nak cuba naik dulu...ambik feel

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa
      ada dgr juga kuching nak buat ART
      nanti dah beroperasi sy boleh dtg sana

      Delete
  15. Meriah sekali acara POD-nya Mbak.
    Eh sampai ada pameran kucing juga ya...lucu lihat kucingnya.

    Salam,

    ReplyDelete
  16. Terasa semarak suasana, orchidnya nya cantik, tapi kasihan kucing yang dalam kurungan..

    ReplyDelete
  17. Ya ampuuuun dah lama sangat saya tak ke Putrajaya. 😍Trakhir rasanya saat masih kuliah di Penang, lagi liburan, lalu ke KL. Mainlah kesana. Dah lamaaaa.

    Skr dah pasti berubah banyak kan 😄👍. Suka liat acara begini. Apalagi ada banyak tenants yg jualan

    ReplyDelete
  18. Rindunya nak pi putrajaya. Kat sini lah tempat hantar tender dulu, buka puasa kat atas rumput tu, beli baju kat bazar ramadan..aduh rindu betul

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆