Hakodate, Jepun: Yukura Shrine
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebelum beredar dari Chiyogadai Park, farah tanya: "kita nak pi mana lepas ni?" then anies jawab: "apa kata kita naik tram sampai stesen hujung? kalau ada apa-apa yang menarik kat sana nanti, kita singgah. kalau tak, kita patah balik."
cadangan anies disambut dengan anggukan daripada nora dan farah. then, kami melintas jalan dan tunggu tram tiba.
perjalanan dari Stesen Chiyogadai ke Stesen Yunokawa mengambil masa lebih kurang 15 minit. sama macam sebelum ni, sepanjang perjalanan kami ralit perhatikan pemandangan pinggir bandar Hakodate ni.
tiba di stesen Yunokawa, dari jauh kami ternampak pagar Torii. terus kami menyeberang jalan dan masuk ke dalam. tiada bayaran dikenakan untuk masuk Yukura Shrine (YS) ni.
korang jangan salah faham ya... kami ke sini sekadar nak bergambar dan rakam video je. tak ada niat lain pun. lagi satu, kami just nak tengok je suasana dan keadaan kat dalam kawasan YS tu.
sebelum ni cuma baca je dalam manga, tengok drama or movie kalau sebut fasal shrine ni. so bila ada peluang, why not kami singgah? jangan risau... insya Allah akidah kami masih sama...
back to the title... sebaik melangkah masuk, benda pertama yang kami notice adalah... kawasan YS yang begitu lapang dan bersih. tanpa berlengah kami terus jalan sampai ke dalam sambil cari spot untuk bergambar dan rakam video.
sementara tunggu farah selesai rakam video, anies ambil kesempatan untuk merayau-rayau. keadaan kat sini sunyi dan tenang. sesekali terdengar bunyi orang sedang berbual dalam bangunan sebelah YS.
sambil merayau tu sempat juga laa anies perhatikan adalah jenis kayu yang digunakan untuk bina YS ni. walaupun tak tahu jenis kayu yang digunakan tapi binaannya tampak kukuh lagi berseni.
kat sebelah YS ada pagar Torii mini. tiba-tiba anies teringat Fushimi Inari Shrine kat Kyoto. so tanpa berlengah terus posing kat sini.
well... sama macam Chiyogadai Park, dah balik Malaysia baru anies Google fasal YS ni. so korang boleh baca kat SINI untuk ketahui lebih lanjut tentang rumah ibadat yang bersejarah ni.
dan macam biasa... anies sertakan beberapa foto yang sempat kami bidik sepanjang berada kat sini!
enjoy!
dah sampai kat stesen Yunokawa a.k.a stesen tram terakhir. nampak tak pokok warna kuning tu? kat situlah lokasi YS. so jom lintas jalan!
pagar Torii ni besar tau! dan sebelum masuk, harus daki tangga ni. tak tinggi pun...
siapa pandai baca, tolong translate kan apa yang ditulis atas signboard tu?😉
korang boleh tengok peta sebelum masuk YS ni.
ni laa Yukura Shrine... kami masuk sampai ke dalam (kawasan) kecuali dalam bangunan...
pagar Torii... view dari dalam kawasan YS...
maaf laa ya... anies tak.ada info untuk dikongsi menerusi foto-foto di bawah... yang pasti, semuanya berada dalam kawasan YS.
short video kat main entrance YS. video credit: farah.
short video sebaik melangkah masuk kawasan YS. video credit: farah.
short video dalam kawasan YS.
again... 3 of us... before leaving the YS...💚 photo credit: farah.
"each destination becomes a chapter in the book of our lives, and every memory, a stamp on the passport of our experience." #ToriiGate #YukuraShrine #Yunokawa #Hakodate #Japan
well tu jelah perkongsian untuk hari ni. BW tak habis lagi. sabaq naa...
that's all. thanks for reading. happy weekend!
daaa...
37 Words of Lo♥e
cantiknya view
ReplyDeleteSaya pun selalu masuk ke dalam tempat ibadah agama apapun kak. Gereja, kuil, wihara, bahkan Sinagog untuk yahudi . Krn saya hanya penasaran bagian dlm seperti apa, dan arsitekturnya. Tak ada maksud lain. Kalo akidah, insyaallah selalu kuat 😁😄. Lagian, semua tempat ibadah ada 1 kesamaan. Selalu merasa tenang dan damai di dalam. Krn agama apapun tak ada yg mengajarkan keburukan 😊
ReplyDeletesebab nak elak salah faham
Deletesekarang ni kan ada orang semua benda dia nak sensitif. jadi kena laa explain awal2. kalau kena kecam tu, maknanya dia malas nak baca🤣
Benar, kadang takutnya kita masuk kuil Budha dikira apa, padahal bisa jadi tempat wisata.😂
DeleteKuil ini sejarahnya cukup lama ya?...ada pemandian air panas juga di sekitar kuil, dan ada cerita juga di baliknya, itu saya lihat di google.
ReplyDeleteya betul tu.
Deletesaya pun tak sangka lepas baca sejarah YS ini...
beautiful view, japan is the best. sangat terawat dengan baik fasilitas, sarana, dan destinasi wisata di sana ya. amazing
ReplyDeletebetul tu. mereka sangat peka dalam hal sedemikian
DeletePokok daun merah pun ada. Cantik. Angin kuat yek.
ReplyDeleteya ada kala angin kuat. tp still under control. almaklum laa dkt dgn laut...
Deletecantik betul ye YS ni.. seni bina dalam YS memang menyerlahkan lagi tradisi Jepun! teringat cerita anime kimi no nawa!
ReplyDeleteada berangan jg nak jejaki 'lokasi2' anime... insya allah ada rezeki nnt bleh buat
DeleteKat Jepun banyak shrine macam ni kan?. Suka tengok warna daun....macam2 warna.
ReplyDeletebanyakkk sangat. paling famous Asakusa dan Inari Fukushima shrine...
DeleteWhat a nice places, thanks for your sharing
ReplyDeleteSubhanallah, cantiknya.. meleleh air liur tengok.. Allahuakbar.. indah nian..
ReplyDeleteDok ralit nampak pokok2 yang berbagai warna tu, cantik nya.
ReplyDeletecantik aweks jepun bertudung hijau tu..krm salam eh..:)
ReplyDeletewaalaikumussalam😁
DeleteKo tak feeling macam dalam movie memoirs of a geisha ke, lari2 kt shrine? Hehe
ReplyDeletetak teringat lgsg. ralit dok belek2 binaan yg ada kat situ...😁
DeleteAcho que já falei. Seu blog é bonitinho e você muito legal. Adorei. Bju!!!!
ReplyDeleteindah suasananya
ReplyDeleteso amazing weather:)
ReplyDeleteCantik la YS....sesuai sangat untuk sesi fotografi para pelawat terutama peminat budaya Jepun
ReplyDeletepakai yukata or kimono then bergambar kat sini mmg cun sgt
DeleteHai Anies.. Bestnya dia jalan².. Lama ibu tak jenguk sini.. Moga sihat selalu ye.. ;)
ReplyDeleteTerbit rasa seronok pulak tengok video!
ReplyDeleteammvoii jepang tuh., hehe
ReplyDeleteBoa tarde de domingo e bom início de semana minha querida amiga.
ReplyDeletecantik view dekat sana , musin gugur lagi cantik kan , tengok dedaun pokok pun happy
ReplyDeleteWah mantap, tiga dara mau visit shrine , thanks videonya
ReplyDeleteOk cantik cantik.. Biasa kat jepun mmg unik masuk kawasan shrine ni..
ReplyDeleteCantik sekali di dalam YS ini Mbak.
ReplyDeleteDaun-daun pohon warnanya demikian cantik. Saya terpesona dengan warna-warna dedaunan yang beraneka warna.
Perjalanan three ladies ini sangat menarik untuk disimak...
Salam,
Tempatnya cantik juga tapi kalau tempat ibadah ni memang tak masuk sampai dalam. Tengok luar ajer lagi pun kadang2 ada tempat pemujaan kan. Bab ni akak seram sikit.
ReplyDeleteCantik view… tenang je tengok pokok2 hijau sekitar kawasan tu. Kena dengan all the seni bina
ReplyDeleteAnies paling sempoi.
ReplyDeleteShrine kat sana besar-besar kawasannya.
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆