Hakodate, Jepun: Hakodate Park

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

dari Yukura Shrine, kami tiada destinasi lain untuk dituju. so, sekali lagi anies cakap kat farah dan nora, "kita naik tram sampai ke stesen last."

sebaik tiba kat Stesen Yachigashira, farah terus ajak ke Lawson sebab nak cari tape. tak semena-mena tripod farah patah masa dalam tram.

dapat je tape, farah terus ikat bahagian yang patah tu. lama juga nak baiki sebab keadaan yang patah tu, kalau letak handphone, ia akan jadi berat (menunduk). korang faham tak maksud anies?

jadinya farah terpaksa lilit tape sampai tripod tu boleh tampung berat handphone. kesian farah... hilang mood dia nak bergambar bagai...

sebaik selesai, kami terus ke taman ni. bila tengok jam, rupanya kami tak boleh nak berlama-lamaan kat sini. kami cuma ada 1/2 jam je dan perlu beredar sebelum 2.00PM.

jadinya foto kat taman ni tak banyak. dan kami cuma jelajah 'suku' je daripada taman ni. apakan daya... masa sangat mencemburui.

dan macam biasa... anies sertakan beberapa foto untuk tatapan korang....

hanya mampu snap signage taman dari dalam tram. tu pun OTW balik baru perasaan... alahaiii...

ni laa Stesen Yachigashira. stesen terakhir untuk route merah. boleh baca kat SINI untuk ketahui lebih lanjut fasal Hakodate City Tram ni.

 tengok dari jauh je Mt. Hakodate Ropeway (MHR) ni. apakan daya. masa kami datang, MHR tutup. dah balik Malaysia baru kami tahu, mostly ropeway kat Jepun ni ditutup/diselenggara ketika autumn... 😭😭😭😭

antara rumah penduduk yang ada berdekatan Hakodate Park... bila tengok rumah-rumah kat sini, tetiba rasa membuak-buak nak pindah ke sini lepas pencen...😂😂😂

anies pun tak tahu apa motif snap foto ni😂😂😂

ni laa tamannya... kiranya ni baru masuk, tau! belum jelajah lagi. yang berpagar tu, laluan untuk basikal...

dari pintu masuk, kami nampak mini zoo... wah... taman macam ni pun ada mini zoo. tapi tak banyak pun haiwan kat sini...

dalam rumah kaca ni ada pelbagai jenis burung...

farah tengah bergambar tu...

one of my favorite photos... cantik, kan?

short video suasana 'kampung' depan Hakodate Park... tenang je kan? arghhh.... nak datang sini lagi!!!

short video. dalam banyak banyak video, both farah dan nora paling suka video ni...

geng gosip drama Korea...😁😁😁

geng sembang deras😂😂😂

"in autumn's embrace, memories descend like falling leaves, each carrying the hues of moments past, painting the canvas of our minds with the warm nostalgia of seasons gone by." #HakodatePark #Hokkaido #Japan


tu je laa peekongsian untuk hari ni. di kesempatan ni anies nak ucapkan Gong Xi Fa Cai buat rakan-rakan yang meraikannya di seluruh dunia... 

kepada yang bercuti, pergi jalan jalan or balik kampung, semoga perjalanan korang selamat sentiasa.

see you on Tuesday... daaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

45 Words of Lo♥e

  1. Cantik pulak pokok besar tu macam mushroom je bentuk dia. Park pun cantik la masa musim luruh. OOTD pun cantik kat park musim luruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai owner rumah trim pokok kan?
      baru teringat sy snap foto tu sbb bongsai yg lain drpd yg lain

      Delete
  2. Mmemang ramai yang mengkagumi negara matahari terbit ini. Katanya, rakyatnya sangat berdisiplin dan pembersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak! yg kami jumpa spnjg kat sana mmg berdisiplin dan pembersih

      Delete
  3. Indahnya foto foto di negeri Jepang.😀

    ReplyDelete
  4. Gambar dekat bangku di taman tu macam gambar poskad

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaau nk buat poskad foto tu ambil laa... then pos ke sy hahahaha

      Delete
  5. Boa tarde de sexta-feira e bom final de semana. Excelente matéria, parabéns.

    ReplyDelete
  6. Cantik tamannya, Anies. Anies ambil gambar pokok tu sebab cantik kot, macam cendawan. Rajin owner dia trim bentuk bulat je. Rasa aman baca entri ni. Kalau saya, boleh duduk berjam lamanya, kat kerusi di taman tu, healing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy baru teringat
      sy snap pokok tu
      sbb bongsai yg lain drpd yg lain
      ;-)

      Delete
  7. cantik betul pemandangan di Hakodate ni seperti ia memanggilku utk pergi ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi musim sejuk
      lagi syokkk
      bleh main salji😀

      Delete
  8. cantikknyaaa gambar ! beautiful poem there ! rumah kat sana macam dalam cerita doraemon eh hehehehehhe. comfy dan tenang je jom pindah sana hahahahahhah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya
      senibina rumah kat jepun mmg mcm tu
      simple je. x besar mana pun

      Delete
  9. Cantik betul gambar kat pokok pokok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dpt member yg pandai snap gmbr
      tu laa hasilnya
      ;-)

      Delete
  10. Tak dapat dinafikan Hakodate Park memang cantik....memang layan kalau dapat 'berhoneymoon' kat sana hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg tak nak blk honeymoon nnt
      sbb dah plan nk ddk hakodate trs
      hahaha

      Delete
  11. wahh, dh smpi jepun tuuh., bestnyerr

    ReplyDelete
  12. Fotonya keren-keren Mbak...
    Sampai ada foto geng gosip segala... Keren foto ini dengan tema kursi kayu dan background dengan dedaunan berwarna cerah ceria.

    Salam,

    ReplyDelete
  13. salam anies.. mohon maaf sebab tanya di entry ni.. :

    daun pokok tapai tu mcmn anies?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam
      nnt sy jumpa sy share ya😀

      Delete
  14. Senang hati duduk-duduk di taman saat autumn. Dedaunan pun menguning.

    ReplyDelete
  15. Geng gossip & sembang tu sweet sungguh kat situ dgn background pokok2 & dedaun hijau kuning. Best la Jepun ni. One fine day Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😁😁😁org pompuannnn

      insya allah. aminnnn

      Delete
  16. Cantiknya kawasan tu. Ok, saya pun feeling2 masuk senarai nak pindah sana lepas pencen 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh laa!
      tp sblm tu
      kita belajar bahasa jepun ya
      nnt sng nk lulus
      duduk sn
      hahaah

      Delete
  17. Gambo geng gosip geng sembang tu cantik berseni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnr nya dah kehabisan idea nak posing mcm mn
      hahahaha

      Delete
  18. Tripod patah tu pernah jadi kat kami. Masa tu naik roller coaster Scooby Doo kat Movie World, Australia. Terpelanting kami punya tripod tu sebab roller coaster tu jalan terbalik. Instead of ke depan....dia ke belakang.....Bila jumpa balik dah patah. Nasib baik rail tu ok...idak tak jalan la roller coaster tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiiii bahayanyaaa
      kalau terkena org tuuu
      waduhhh
      mujur x de apa2 insiden berlaku

      Delete
  19. Issssh cantiiiik warna hijau tudung kakak 👍👍👍. Serasi dengan background foto. Nampak hidup 😁

    Kenapa patah tripod nya? Jatuh kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan je tu fanny. hari tu kami sepakat nk pakai warna hijau😀

      farah tgh setting hp. tiba2 prak! nak kata ada retak, tak juga. nak kata jatuh, tripod tu dari kami datang memang farah pegang 24 jam sebab dia suka rekod video dan selfie guna tripod tu..padahal baru beli tu

      Delete
  20. lain kali bawak aku, boleh sembang Wataru Endo

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jumpa endo dia duduk Yokohama... jauh nau dari Hokkaido ni ;-)

      Delete
  21. cantiknya! tengok gambar je dah rasa tenang. kalau tinggal kat sana mesti taknak pindah dah

    ReplyDelete
  22. Kagum tengok view kat situ.

    Mini zoo tu macam mana? Boleh masuk atau tengok dari luar?

    ReplyDelete
  23. Ok faham kenapa tarik luggage sebab bergambar cantik diutamakan hahaha :D
    Cantik nya.. rasa nak repeat balik jepun la.. hahaha.. dulu zaman student tak berduit sgt nak terjah banyak tempat huhuuu :D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆