Knight Flower

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

selepas suaminya meninggal dunia pada hari perkahwinan mereka, Yeo-hwa menjadi janda muda dan wajib pakai hanbok putih setiap hari selama 15 tahun serta tidak dibenarkan keluar rumah melainkan dengan izin mertuanya.

disebabkan dia sebatang kara selepas abangnya hilang, jadi keluarga mertua yang juga 'noble family' menjaga Yeo-hwa dengan baik. namun dalam masa sama dia perlu bertafakur di kuil sepanjang hari sebagai tanda 'menghormati' mendiang suaminya.

tanpa pengetahuan sesiapa kecuali pembantunya, Yeon-sun; 'karektor' Yeo-hwa berubah menjadi satria bertopeng - memanjat bumbung dan pagar pada waktu malam; demi membantu insan-insan miskin dan teraniaya.

'tugas' ini dibantu Madam Jang, pemilik rumah penginapan yang juga antara individu pernah dihulurkan bantuan oleh Yeo-hwa suatu ketika dahulu.

penyamaran Yeo-hwa diketahui pihak tentera. Soo-ho yang curious dengan kemunculan 'makhluk' bertopeng pada waktu malam cuba menyiasat identiti misteri itu.

namun pertemuan demi pertemuan dengan Yeo-hwa, baik waktu siang atau pun malam, lama kelamaan ia membongkar rahsia Yeo-hwa selain berjaya menjentik perasaan lelaki itu. ketika bunga cinta mulai mekar, tidak semena-mena muncul 'suami' Yeo-hwa!

siapa lelaki tersebut? mampukah Yeo-hwa menerima kehadirannya? bagaimana pula dengan Soo-ho setelah mengetahui dalang kepada peristiwa pembunuhan ahli keluarganya pada 15 tahun yang lalu ada kaitan dengan Yeo-hwa dan keluarganya?


official poster. credit


review:

best yakmat! plot laju. senang nak faham walaupun kadang kala ada flashback. tapi semua tu related dengan cerita asal.

peminat movie / drama Korea tentu dah kenal siapa Lee Honey. apa saja watak yang dibawa pasti mencuit hati meskipun dia bukan pelawak.

dalam drama yang diadaptasi daripada webtoon dan menggunakan judul sama, bekas Miss Korea ni mampu deliver watak menantu yang baik dan sopan then bertukar identiti sebagai satria yang tangkas dan mahir berlawan pedang menentang musuh.

so anies tak nak komen banyak fasal Lee Honey sebab lakonannya memang bagus, berkesan dan sememangnya fit dengan watak Cho Yeo-hwa.

pada awal cerita gandingan Lee Jong-won dan Lee Honey agak janggal. tambah pula age gap yang besar (11 tahun), so Lee Jong-won kelihatan seperti 'adik' bila bersama Lee Honey atau BBNU sekarang sebut noona-dongsaeng pair gituuu...

namun episod demi episod, penonton boleh nampak keserasian kedua pelakon ni. itu pun pada anies, ia disokong dengan watak-watak sampingan yang mantap. jadi kejanggalan tu dapat ditutup dengan baik.

overall, ni satu permulaan yang baik untuk pihak MBC khususnya bagi drama saeguk di awal tahun 2024. walaupun drama ni tak berapa nak hype bagi penonton antarabangsa, namun penonton di Korea sangat menyukainya. 

buktinya, episod akhir rating drama ni meroket hingga 18.4% sekaligus memecah rekod (rating) drama The Red Sleeve serta mengekalkan Lee Honey sebagai 'queen drama rating tinggi'.

adengan romantik boleh katakan tak ada langsung. walaupun sekadar main-main mata je, tapi both Yeo-hwa dan Soo-ho punya acting tetap manis leting tahap potong kaki. auwwww... anies pasti korang juga akan suka hubungan Yoon-hak dan Yeon-sun. so korang boleh tonton drama ni sampai habis dengan jayanya bersama anak-anak.

so, berbaloi tak tonton drama ni? ya berbaloi sangat dan sebab tu laa anies bagi ⭐⭐⭐⭐ untuk Knight Flower.

oh ya, disebabkan sambutan menggalakkan pihak produksi menambah minit tayangan sebanyak 5 minit dan menjadikan episod akhir berlangsung selama 85 minit.

p/s OST Knight Flower ni pun sedap-sedap belaka. korang boleh search kat Youtube. layanzzz...

judul: Knight Flower / Night Blooming Flower
bilangan episod: 12
network: MBC
tarikh tayangan: 12/1/2024 ~ 17/2/2024 (Jumaat & Sabtu)
tonton online: DI SINI


trailer. credit.



antara barisan pelakon... credit.

selamat menonton!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

29 Words of Lo♥e

  1. dah habis kan cerita nie...nanti baru nak tengok..hihihi..hr tu dah tgok ep 1...

    ReplyDelete
  2. ldy suka drama korea.. jln cerite ni best.. teruja pula nk tengok.. adula.. dlu2 zmn bljr suka hantu korea.. skrg dah tua2 still xleh tinggalkan crite2 korea..

    ReplyDelete
  3. Cantik pulak pelakonnya. Dulu confuse ni tulisan Cina ke Korea....Dania pun ajar...kalau ummi nampak ada bulat2 tu...tu Korea. Haha baru la akak tahu....Kena tonton la citer ni pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huisshhh mmg cantik
      miss korea kot?
      dpt no 3 miss universe dulu
      hangul lg sng nak belajar drpd mandarin
      tak silap ada 30+ huruf je dlm hangul
      vocab dia yg susah hehehe

      Delete
  4. Tak terbayang 15 thn berkabung dan tak boleh keluar tanpa seizin kluarga, gimana kalau jaman sekarang.masih berlaku..agak sulit ya...di satu sisi dia sebagai istri yang setia pada mendiang suami,di satu sisi lagi menjadi seorang tokoh bertopeng yg membela rakyat jelata, cukup menarik kayaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa
      kesian yeo hwa kena hadap semua tu. padahal dia ditipu bapa mertua sendiri🥹

      Delete
  5. kena pakai hanbok putih 15 tahun!
    mak aihhhh lamanyaaaa T___T

    ReplyDelete
  6. boleh la tengok nanti... lee ha nee kalau berlakon mmg best. kelakar

    ReplyDelete
  7. Gracias por la reseña. Tengo pendiente ese dorama. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¡Vamos chica! ¡Puedes verlo hasta el episodio final!

      Delete
  8. zaty jarang tengok k drama, maybe zaty boleh try tengok yang ni hehehe

    ReplyDelete
  9. ok boleh tengok dah. sekarng ni dok gatal tgk drama melayu layang-layang perkahwinan... Ya Allah...bapak lembab ceritanya. bila letak pace 1.5x jadi mcm kartun la pulak. siap skip2 episod lagi.

    Ammi suka gak tengok Drakor...tapi tak kenal pelakon. ahaksss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tgk gitu2 je drama tu🤭😁
      tgk laa drama ni bestttt

      Delete
  10. Cukup menarik drama Korea nya. Apakah Yeo Hwa akan menemukan lelaki idamannya setelah kematian suaminya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suaminya tak mati
      yeo hwa ditipu bapa mertuanya

      Delete
  11. Tak start tengok lagi niiiii alaa.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa cpttt tgkkkkk
      sekali hadap je dah habis
      sbb epi x byk

      Delete
  12. Terus rasa nak tengok.. tq reviewnya Anies..

    ReplyDelete
  13. Macam best jer hahahaa.. so far dalam life pernah tgk 3 jer drama korea A-Z..

    ReplyDelete
  14. Yay! Anies dah share cerita baru. Cerita last anies share aritu saya dah tengok, memang best. Lepasni nak tengok knight flower ni pulakla. Anies try la tengok marry my husband. Best jugak, geram tengok bff rupanya selama ni musuh dalam selimut..yang penting happy ending

    ReplyDelete
  15. Ok, kalau yg ini saya cek nfirm pasti nonton. Karenaaaa yg main lee honey 😍😍😍😍😍😍😍. Sukaaaaaa sangaat dengan dia ❤️❤️. Akting bagus, main lucu bisa, main serius pun oke. Memang best dia. Saya jadi sukaaa sangat dengan lee honey sejak nonton fiery Priest 🤣🤣. Sakit perut karena ketawa 😂😅

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆