Hakodate → Tokyo, Jepun: sayonara Hakodate!, Stesen Tokyo dan Stesen Shin-Ōkubo

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebaik turun dari tram kat Stesen Hakodate Ekimae, kami terus berlari ke hotel untuk collect luggage.


suasana depan hotel... sedihnyaaaa nak balik...😭😭😭


segalanya kena buat secepat yang mungkin. dari hotel kami ke Stesen Hakodate (SH). tapi... sebaik melangkah masuk ke ruang menunggu, satu tren pun tak ada kat situ!

sebenarnya, kami pun silap juga sebab tak check schedule tren. bila jadi macam ni, tak ada apa yang mampu kami boleh buat kecuali berdoa agar tren Hakodate Liner (HL) muncul segera.

berpandukan electronic board yang tergantung kat siling stesen, HL akan sampai pada 2.15PM dan bertolak ke Stesen Shin Hakodate-Hokuto (SH-H) pada 2.18PM!

dalam kepada dah congak. kami akan sampai sana sebelum 2.48PM. kalau tak, kami terpaksa naik Shinkansen jam 4.00PM! no way! dah lewat sangat tu. nanti kami tiba Tokyo jam 8.00PM. then nak ke hotel lagi... tidakkk!

'bunyi' 8.00PM tu macam awal, kan? tapi sebenarnya suasana sekeliling macam dah jam 11.00PM... sebabnya, sekitar 4.30-5.00PM langit dah gelap.


short video of HL. tren muncul tepat pada masanya. 


tanpa berlengah, kami terus masuk gerabak sambil mata tak henti-henti tengok jam. tepat 2.18PM HL pun beredar meninggalkan SH.

mungkin Allah SWT dengar doa kami. HL sepatutnya berhenti di 4 stesen sebelum tiba SH-H. tapi hari tu, HL cuma berhenti di 2 stesen je. it means, kami boleh sampai lebih awal di SH-H!


suasana dalam HL. nak duduk pun hati tak tenang selagi tak tiba SH-H.


memang betul! kami tiba SH-H 7 minit sebelum Shinkansen berlepas. tapi... nak jadi cerita, masa kami keluar dari tren entah kenapa kami kena tahan! kami tak dibenarkan masuk platform Shinkansen. keadaan kat situ agak sesak dengan orang ramai yang beruniform. anies mengagak diorang tu mungkin pelajar universiti. 

farah dan nora dah tak keruan bila kami tak bergerak (terperangkap dalam crowds). then, tak semena-mena kami nampak ada penumpang yang tak hiraukan arahan dan terus 'merempuh sekatan'. kami pun ikut walaupun polis bantuan tu terjerit-jerit (dalam bahasa Jepun). mungkin dia marah sebab ada yang tak dengar arahan.

sebaik melepasi orang ramai, kami nampak platform Shinkanshen. lega sangat sebab tak perlu naik eskalator/tangga. platform Shinkansen cuma bersebelahan je dengan platform HL


reserved seat ticket


sebaik kaki jejak lantai platform, kami nampak Hokkaido Shinkansen dah ada kat landasan! tanpa menyemak reserved seat ticket terlebih dahulu, kami terus melompat masuk gerabak

masa tu... rasa macam nak putus nyawa! tak sampai seminit kami masuk, pintu Shinkansen pun tutup. fuhhhhh... Alhamdulillah...


dalam kalut-kalut tu sempat lagi snap platform Shinkansen SH-H...


ya Allah... rasa nak sujud syukur je kat situ. bila Shinkansen dah bergerak barulah kami simpan luggage then cari seat. oh ya, kami naik Shinkansen yang sama masa kami datang ke sini. so korang boleh baca perkongsiannya kat SINI.

sayonara Hakodate! panjang umur, murah rezeki... kami datang lagi! 😭😭😭


STESEN TOKYO

short video. view perjalanan ke Tokyo... tak tahu laa masa ni dah sampai mana...

Alhamdulillah... kami dah selamat tiba di Stesen Tokyo...


sebaik tiba, kami terus cari platform JR Yamanote Line (JY). sekali lagi... nak jadikan cerita, kami tak jumpa platform JY!

adoiii... pusing punya pusing... tak jumpa-jumpa! pelik pun ada. kami sesat ke? tak juga. sebabnya, kami jumpa platform JY tapi itu laluan ke Shibuya. kami boleh je naik tren. cuma tempoh masa untuk sampai tu agak lama.

dah laa letih. memang tak laa kami nak berdiri lama dalam tren. masa tu orang ramai masih baru balik kerja. jadi... kami pasti, tren akan sesak dengan penumpang.

hampir 10 minit jugalah kami cari platform JY. masa tu memang nak give up dah. tapi entah macam mana... kami toleh belakang... eh, nilah platform nya!

adoiii... bila fikir balik, macam mana kami boleh tak nampak ya? pada hal platform JY tu ada kat area sama... aduhhh...😓😓

tanpa buang masa, kami terus naik ke ke atas dan tunggu tren sampai. 


STESEN SHIN-ŌKUBO

perjalanan dari Stesen Tokyo ke Stesen Shin-Ōkubo (SS-Ō) mengambil masa 1/2 jam. syukurlah kami dapat tempat duduk dan sempat juga terlelap kepenatan... 😁😁

sebaik tiba di SS-Ō, ada something yang buat kami ketawa. kami jumpa lif yang mana ia berfungsi untuk turun je. so dalam lif tu cuma ada button buka dan tutup pintu sahaja😁😁... Jepun jarang menghampakan...


suasana depan SS-Ō. agak sesak dengan orang ramai dan kenderaan lalu lalang...


dari stesen ke hotel, kami kena jalan kaki lebih kurang 10 minit. agak jauh juga tu. tapi... kalau tak sesat tu memang tak sah!

ya... kami sesat! entah berapa kali tersalah masuk lorong. so perjalanan selama 10 minit tu bertukar jadi 1/2 jam!

syukurlah luggage anies tak berat. dalam pada tu kesian jugalah kat farah dan nora yang terpaksa heret luggage besar.


lorong menuju ke hotel. entah kenapa anies suka dengan suasana lorong-lorong kat Tokyo ni. sentiasa ada orang lalu lalang. so kalau jalan seorang seorang pun tak takut...


Alhamdulillah... hotel yang dicari akhirnya jumpa juga. selesai check in dan simpan luggage, kami keluar sekali lagi untuk cari makanan kat area SS-Ō. tapi restoran halal tu tutup😭😭

last last kami singgah Lawson beli keledek bakar dan telur rebus. malam tu, cuma makan apa yang ada. biskut, roti dan kopi. cukuplah... janji kenyang. lagipun kami dah letih sangat.

well... nak tahu kenapa kami pilih hotel dalam area SS-Ō ni? nanti next entry anies share fasal hotel pula...


travel not just to reach a destination, but to discover the stories that unfold along the way. #HokkaidoShinkansen #Hayabusa #Tokyo #Japan


well tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

36 Words of Lo♥e

  1. Putus nyawa rasa baca kisah ni..adventure sungguh la..mujur bukan sorang..klo x dah panik

    ReplyDelete
  2. letih betul main kejar2 train ni. lagi2 jika bahasa n tulisan yg dipakai di sana kita x faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe
      tu laa nasib travel buat sendiri ni hahaha

      Delete
  3. Thank you bawak SS jalan2 kat Jepun .ehhehehe Baca entri dan tengok gambar2 ni SS rasa mcm dibawa2 ke situ pulak. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama
      sesekali bercerita
      mcm tu laa sy hehe

      Delete
  4. Waduh Mbak sampai terburu-buru begitu ya... Alhamdulillah tidak terlambat.
    Lorong menuju hotel tampak sepi, tapi ada saja orang yang lewat ya Mbak? Aman kah disana Mbak?

    Salam,

    ReplyDelete
  5. Amboi.... "Termenung keluar jendela" nampak...?

    ReplyDelete
  6. aku yang baca pun penat gak ni. paling stress kan mencari stesen atau hotel kat Jepun. uish ko dah sampai Tokyo. Aku punya voucher AA tu entah2 burn macam tu je nanti. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa pasal...
      sesat itu wajib bla smpi jepun
      hahaha
      valid lg mek
      smpi 2027
      aussie next?

      Delete
    2. Aussie leceh. kena isi form macam-macam. adeh

      Delete
    3. jepang
      main salji kat sapporo!

      Delete
  7. Kenapa kena tahan masuk platform Shinkansen tu?

    Dapat makan keledek bakar Jepun pun dah best tu. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu laa kenapa...
      keluar2 tren je dia suh berhenti
      kalau nak kasi org ramai tu naik HL supposed kena laa bg kami keluar dulu... adehhh
      sejuk2 mkn keledek bakar pun sodapppp

      Delete
  8. Entri penuh suspens. Nasib baik ye. 😊 Dah sampai Tokyo dah dia.

    ReplyDelete
  9. Semput baca tapi memang seronok kan. It's the journey, not the destination. Kami pun plan tak nak drive kalau diizinkan ke Jepun nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. public transport jepun mmg terbaik
      sesat mcm mn pun pasti akan jumpa pangkal balik
      trust me!
      rs nya lg murah kalau guna public transport kat sana
      sbb petrol kat sana mahal

      Delete
  10. Watashiwa Nasuha desu. Watashiwa nihonggoga wakarimasen =P

    ReplyDelete
  11. Boa tarde e um excelente sábado minha querida amiga.

    ReplyDelete
  12. cerita perjalanan yang penuh saspen atau mendebarkan...syukur alhamdulillah kerana semuanya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau travel sendiri mcm tu laa
      tak sah kalau tak ada drama
      hehehe

      Delete
  13. Es un genial lugar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  14. Syukur alhamdulilah gak ketinggalan, kalau nggak berantakan semua rencana, di sana ada Shinkansen, di sini sudah ada Whoose loh🤭,walau saya pun belom pernah naik hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa... syukur tak kena tggp shinkansen😀
      ada rezeki nnt sy nak naik Whoosh..

      Delete
  15. Seram pulak baca pintu train tutup selepas semua lepas masuk train. Turut berdebar membacanya.

    ReplyDelete
  16. Pergh!! Betul-betul mendebarkan.. Sha yang baca pun rasa macam nak putus nyawa.. huhuhu.. Memang pengalaman sungguh..

    ReplyDelete
  17. Hang berjaya buat aku baca dengan penuh suspen weiii hahahahaha.. :P

    ReplyDelete
  18. Bila train bergerak ikut timing yg betul senang utk kita rancang perjalanan.. Mmg kena buat calculation kalau nk tukar tukar train ni di Jepun. Lorong2 di jepun tak pernah sunyi kan.. seronok jer berjalan-jalan walau diwaktu malam. Bila tgh travel ni dpt makan apa je pun dah syukur kenyang..

    ReplyDelete
  19. Nampaknya, dalam betullah memikirkan unfolding stories.

    ReplyDelete
  20. Macam ikut berkeringat saya bacanya 🤣😁😁. I know the feeling lah, saat mengejar kereta api tuh. Takut terlewat jdwal kan. Apalagi kalo bawa koper berat.

    Tapi sbnrnya Krn itu juga saya selalu buat jarak waktu lebih lama, supaya tak terburu2 😅. Kalau dipikir sekali pernah merasakan ini juga, mengejar kereta ke Narita. Tapi ternyata kereta jam 12 dah tak ada. Padahal pesawat saya pagi 🤣🤣. Terpaksa menunggu bus yg baru start jalan jam 2 pagi hahahaha. Di tengah winter hrs antri di luar. Untungnya koper2 sudah saya kirim pakai Kucing Hitam. JD tak berat bawaan.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆