Tokyo → Hakodate, Jepun: Hokkaido Shinkansen, Seikan Tunnel, Stesen Shin-Hakodate-Hokuto, Hakodate Liner dan Stesen Hakodate

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

kemain panjang lagi title entry hari ni😂😂 anies gabungkan semua sekali... mana laa tahu... kalau korang cari info nak ke Hakadote nanti, bolehlah skodeng blog ni.

since title dah panjang, jadi... entry ni pun panjanglah, ya! bertabahlah!😂 alaa... bagi laa chance... entry penutup 2023 kannn...


HOKKAIDO SHINKANSEN

sengaja anies pilih destinasi jauh untuk kami naik Shinkansen buat kali pertama. both nora and farah tak komen apa-apa masa anies forward itinerary, seminggu sebelum kami bertolak. cuma diorang cakap:

"wow, kita menjelajah dari pangkal hingga ke hujung Jepun!"😂😂

"eh, rugilah! dah beli JR Pass mahal-mahal... apa salahnya jalan jauh sikit?"

well... dari satu sudut... ya, anies faham... ada orang dia cover 1 tempat je. lepas tu dia akan jelajah tempat tu puas-puas.

tapi kami... tempoh berada kat Jepun ni tak lama. jadi, kami cuba jejaki semua tempat as much as possible. ada rezeki kelak, kami datang lagi dan explore sesuatu tempat tu (lama sikit). korang pula suka cara yang macam mana?


tiket reserved seat yang kami booked kat office JR @ Haneda Airport (baca kat SINI). 

short video. ni laa 'rupa' Hokkaido Shinkansen...

Shinkansen kami dah sampai! lets gooo!


tepat jam 12.20PM Hokkaido Shinkansen berwarna Persian green (betul ke?), berjalur pink dan putih... yang diberi nama Hayabusa, perlahan-lahan meninggalkan stesen Tokyo (info tentang Hayabusa & Hokkaido Shinkansen, boleh baca kat SINI & SINI).

1 perkara yang mesti korang ingat. kat Jepun ni sama ada bas or train or taxi etc, kalau dijadualkan jam 12.20PM, ia bermaksud waktu bertolak (meninggalkan stesen). BUKAN waktu ketibaan, ya! ingat tau!

well... perjalanan ke Hakodate yang terletak dalam Pulau Hokkaido ni mengambil masa 4 jam 10 minit dan akan berhenti di stesen-stesen seperti Sendai, Shin-Aomori, Kikonai etc.

suasana dalam gerabak Shinkansen Hayabusa


seat lebih kurang sama macam flight seat. bezanya, seat Shinkansen ni boleh dipusingkan 360°

dalam gerabak. air cond sederhana sejuk. overall, memang selesa laa...

toilet. bersih👍👍👍

ruang depan toilet.

tempat simpan luggage.

guide to the train.

ruang antara toilet.

entah kenapa anies suka dengan signage bertulisan Braille ni...


hari tu ada yang tanya... macam mana rasa naik Shinkansen ni? hmm... anies tak tahu nak describe macam mana 'rasanya'. so, apa kata korang tengok video ni?


short video. laju ke tak Shinkansen ni? you decide...



SEIKAN TUNNEL

masa kami ke Paris beberapa tahun lepas (baca kat SINI), kami dah get ready nak rasa pengalaman lalu bawah The Channel Tunnel. tapi... tahu tahu je, Eurostar dah sampai atas darat! adoi laa...

ya, kami tahu bila lalu bawah tunnel ni, tak ada apa-apa yang istimewa. gelap gelita. bukan nampak apa pun suasana kat bawah Selat Inggeris tu. tapi... at least nak tengok jugalah keadaannya kan... 

hmm... apakan daya. tak ada rezeki. OTW balik ke London kami tak tunggu pun (nak tengok tunnel) sebab masing-masing tengah sedap membute 💤💤😂

tapi bila dapat peluang lalu bawah Seikan Tunnel (info tentang Seikan Tunnel boleh baca kat SINI) ni, kami dah get ready siap siap!

sebaik sahaja Shinkansen melepasi stesen Shin-Aomori, kami dah standby kamera. kononnya nak rakam laa suasana sebelum masuk terowong.


pemandangan luar sebelum masuk Seikan Tunnel; selepas berhenti kat stesen Shin-Aomori.


tapi........!!! lain pula yang jadi! tahu tahu je suasana dah gelap! (sepanjang perjalanan, Shinkansen banyak melintasi terowong berbukit. jadi kami tak dapat nak bezakan sama ada Shinkansen dah masuk terowong bawah laut atau terowong bukit) tak lama kemudian, kedengaran announcement memberitahu Shinkansen dah masuk tunnel.

adoiii... terlepas sudah... tapi tak apalah. cukuplah video ini sebagai bukti yang kami dah pernah lalu / merentasi Seikan Tunnel... ah gituuuwww...😁


anies malas nak edit bagai😂😂 sori laa... dah macam parkinson pulak video ni...


Alhamdulillah... Allah izinkan kami melintasi the world's longest undersea tunnel (by overall length) dengan selamat. mudah-mudahan ada rezeki anies dan juga rezeki korang untuk melintasi Ryfylke Tunnel & Gotthard Base Tunnel pula lepas ni. amin...


STESEN SHIN-HAKODATE-HOKUTO

Alhamdulillah... tepat jam 4.30PM kami selamat sampai di stesen terakhir Shinkansen yang diberi nama Shin-Hakodate-Hokuto (SHH). 

(mana-mana stesen yang ada perkataan 'Shin' di awalnya, tu bermakna kereta api Shinkansen akan berhenti / singgah sebentar kat stesen tersebut. contoh lain: Shin-Osaka, Shin-Aomori, Shin-Fuji, Shin-Yokohama, etc.).
 
well... daripada pembacaan anies, pada tahun 2030 nanti, laluan Shinkansen akan 'bertambah' sampai ke Sapporo. so lepas ni korang bolehlah naik Shinkansen directly dari Tokyo ke Sapporo untuk main salji. wuhuuu...

BTW, tak ada apa-apa yang istimewa fasal stesen ni. ia sekadar stesen penghubung untuk mereka yang nak teruskan perjalanan ke Sapporo, Hakodate, Oshamambe etc. 


ni jelah foto yang ada kat Shin-Hakodate-Hokuto. sebabnya, sebaik melepasi gate ni, kami terus naik tren lain. memang tak sempat nak snap bagai.


HAKODATE LINER

kaki belum jejak lantai platform lagi, mata kami dah nampak kereta api ni sedang tunggu penumpang. apa lagi? kelam-kabutlah kami turun eskalator dan berlari sambil heret luggage masing-masing!

bila dah masuk gerabak, barulah kami sibuk nak check... betul ke train ni pergi Hakodate? JR Pass cover tak route ni? ahh, sudah...😂😂😂

kalau silap memang naya! dahlah (waktu) senja. kalau salah naik train ni... alamatnya kami sampai hotel tengah malam😂

then anies check itinerary kami dan... yes, nilah kereta apinya. dan... of coz! JR Pass dah cover siap siap! selang 5 minit kemudian, kereta api Hakodate Liner (HL) berlalu meninggalkan stesen SHH. 

masa tu baru jam 4.45PM tapi suasana sekeliling dah gelap. ya betul. penghujung autumn (winter kat Jepun bermula bulan Disember) cuaca dan suasananya sama macam winter. langit dah cerah seawal jam 5.45AM dan sekitar 4.30PM dah mulai gelap.

perjalanan sejauh 17KM ni mengambil masa lebih kurang 30 minit. HL akan berhenti kat beberapa stesen kecil dan berakhir di stesen Hakodate.

BTW, harga tambang dari stesen SHH ke stesen Hakodate adalah ¥440 sehala (tanpa JR Pass).


short video. dalam gerabak HL.

kami dah sampai! ni laa HL. HL ber line ungu + hijau stricking ni menghubungkan stesen SHH dengan stesen Hakodate. info tentang HL, boleh baca kat SINI.


selain HL, alternatif lain yang korang boleh pilih dari stesen SHH ke Hakodate adalah bas dan teksi. both pengangkutan ni tersedia di luar perkarangan stesen SHH. 


STESEN HAKODATE

sebaik tiba, kami tak terus keluar dulu. sebabnya farah nak rekod video... anies okey je sebab kami tak ada apa-apa nak dikejar lepas ni kecuali check in hotel.

udara sejuk menyambut ketibaan kami. bila check suhu, masa tu... 15°C! fuhh!


kalau nak tahu kat mana kedudukan Hakadote ni dalam pulau Hokkaido, sila check kat Google Map ya😂

ruang antara entrance dengan platform. platform kereta api di sebelah kiri foto.

tak tahu laa apa motif snap foto kat mural stesen Hakodate ni😂😂

gate keluar - masuk. masa ni dah lengang. tinggal kami bertiga je yang tak reti reti nak keluar dari stesen😂

well tu jelah perkongsian untuk hari ni. panjang kan? gigih tau anies taip entry ni. silalah baca walau 1 perenggan😂 apa-apa pun... thanks for reading.

HAPPY NEW YEAR, guys! jumpa lagi 'tahun depan'!

daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

44 Words of Lo♥e

  1. Kenapa kena announce kalau masuk tunnel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorg nak penumpang bersedia. ada tekanan spnjg dlm tunnel. almaklum laa kedalaman tunnel ni 240m!

      Delete
  2. Selamat tahun baru Anies. Nak cam HL kena hadam color lah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Bukan train HL ni je. Mana2 train dalam jepun ni, nak cam dia senang je. Tengok warna/line kat gerabak. Senang, kan?

      Delete
  3. I would love to travel this country, happy new year already Anie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah... you'll be there soon... aminnn

      Delete
  4. Rugi kalau sudah jalan "jauh gak keliling", modern keretanya,bersih dan cepat pastinya,terasa goncang dikit yaa,fotonya yang bertiga tu lucuu...unik😁👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu.
      bersih, smooth dan senyap.
      foto bertiga tu dalam mood lapar dan letih...😁

      Delete
  5. Bom dia e um bom final de semana.

    ReplyDelete
  6. Tokyo Japan is such a beautiful and interesting place to travel.

    JULIE ANN LOZADA BLOG
    JULIE ANN LOZADA INSTAGRAM

    ReplyDelete
  7. Suerte con el viaje. Te deseo un feliz año para ti y tu familia.

    ReplyDelete
  8. Lebar tren Shinkansen tu, ya. Laju pulak tu. Betapa modennya Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg lebar. x terasa sempit... tang laju tu mmg sy kagum

      Delete
  9. Muito bom. Muito bom, mesmo. Parabéns. Estou te seguindo. Se você me seguir eu vou adorar.
    Feliz ano novo.
    Bjus

    ReplyDelete
  10. Suerte. Te deseo un feliz año para y tu familia. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. saya baca habis dan tonton video yang sangat pendek..kagum dengan Jepun yang sangat maju dan bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih👍👍
      betul tu. part jg kebersihan tu mmg wajar dipuji

      Delete
  12. tandas dalam keretapi tu macam tandas kat rumah. anies guna tak tandas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly tandas kat jepun ni guna japanese bidets a.k.a washlets (auto bidet)

      Delete
  13. cantik betul bumi jepun ni! best kalau nak gi healing ni heheheheh.

    ReplyDelete
  14. sonoknya jenjalan jepun happy new year anies

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak… yang nama jalan-jalan tu memang seronok… tak pernah tak seronok…

      Delete
  15. Replies
    1. Thanks Kathy! Hope you’ll arrive in Japan soon with your beloved family…

      Delete
  16. Bom dia. Quero agradecer pelo seu carinho e amizade, desejo um Feliz Ano Novo com muita paz e saúde.

    ReplyDelete
  17. Shinkansen emang keren, toiletnya modern dan bersih.
    Kalau masuk tunnel, ya tidak bisa lihat apa-apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kathy! Hope you’ll arrive in Japan soon with your beloved family…

      Delete
  18. sedapnya boleh melancong ke Sapporo dan menaiki Shinkansen. Moga2 Abe Kie pun ada rezeki utk ke sana satu hari nanti...

    BTW, tahniah kpd Anies kerana berjaya memenangi anugerah pengomen tegar bulan Disember 2023. Utk makluman lanjut sila baca pos terkini spt di bawah.

    https://www.zukidin.com/2024/01/pengomen-bertuah-bulan-disember-2023.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Shinkansen adalah bukti teknologi jepun sangat superb!
      Insya allah pasti akan sampai ke sana kelak.
      Terima kasih cikgu atas penghargaan ni. Really appreciate it!

      Delete
  19. Asik banget Mbak berkereta disana ya.
    Keretanya bersih, tempat duduknya dapat diputar, dan toilet pun bersih...

    Btw, foto bertiga depan mural itu seperti Charlie's Angel yang sedang tour ke Jepang....😀

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mas. Itu tak dapat dinafikan. Bersih and superb!
      Hahaha… charlie’s angels yang kepenatan tapi dipaksa untuk bergambar hahaha

      Delete
  20. Terbayang macammana keadaan rakyat Jepun yang terkena tsunami harini, harap semua baik2 saja..Malaysia dilanda banjir, Jepun dilanda tsunami. Semoga yang diuji akan terus kuat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa… tapi mereka dah biasa. Amaran tsunami sentiasa bersedia. Kat Hakodate, sy jumpa banyak speaker kat tiang-tiang lampu jalan raya. Kalau ada siren/amaran tsunami, pasti boleh kedengaran seluruh pelusuk bandar…

      Delete
  21. Bestnya dapat travel ke sana. Tapi kalau tak dapat info lengkap bole mati kutu dan sesat! Yalah negara org kan..

    Moga ada rezeki Cuya untuk travel juga. Aamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cuya! Kalau jenis yang redah je, tu cerita lain. Kami ni masa pun tak banyak. Jd mmg banyak bergantung pada info untuk jimatkan masa.

      Delete
  22. Bnyak info yg di sharing.. Rindu jepun ni.. Ntah bila ada peluang nak repeat huhuu..

    ReplyDelete
  23. Kalau linda nie, mmg kena folo org... Almaklumlah.. Kapal terbang pun x pernah naik... Hahaha...
    Btw, nice Anies.. Bawak kitorg jln2 kt jepun sekali...

    ReplyDelete
  24. Yeah!! Berjaya baca sampai habis.. Pengalaman yang tak dapat dijual beli.. TQ tau share kat sini..
    menarik betul bila dapat ke negara orang.. Sha suka je dua-dua cara yang Anies kongsikan bila jalan-jalan tu..

    ReplyDelete
  25. Wah kena hafal keretapi mana kena naik.
    Belum ada pengalaman lagi.

    ReplyDelete
  26. Saya rinduuuuuuuu Hakodate 😍😍😍😍😍. Terakhir kesana 2019 berdua saja dengan teman.

    Dari Tokyo , lalu LGS naik Shinkansen ke Hakodate. Tapi kami stay di hachinohe. Jadi main ke Hakodate hanya pulang hari lah. Nak makan kepiting salju 😄.

    Tunnel bawah laut tuh memang tak bisa juga di video. Lah gelap gulita 😂. Dan masa masuk, sinyal internet LGS mati. Hidup lagi saat sudah keluar.

    Rindu betul... Tapi mengingat jr pass dah mahal gila, rasanya kalo kesana, saya harus fokus dengan 1 area saja.

    Biasanya saya eksplor dari ujung ke ujung.

    ReplyDelete
  27. Jauh juga tunnel ni ya.....satu hari pasti menjejakkan kaki ke bumi Jepun.

    ReplyDelete
  28. Part ni antara yang best. Tak terkejar masa. Tunggu check in bilik ja.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆