Ke The Exchange
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
hari ni pula nak share fasal sebuah lagi mall baru, bertempat di kawasan berprestij. lain tak bukan... di TRX (Tun Razak Exchange) dan mall ni diberi nama The Exchange.
sebelum tu anies ada terbaca kat aplikasi X yang mengatakan pada hari pertama pembukaan, orang ramai dah serbu mall ni. pada hal masa tu hari bekerja.
tapi tu laa kan... anies rasa salah satu sebab kenapa orang ramai 'sanggup' ke sini adalah kerana access yang mudah.
hanya dengan menaiki MRT je, mereka dah boleh sampai sini. then, tak perlu berjalan jauh kerana, sebaik keluar dari stesen, orang ramai dah terus masuk ke dalam mall.
berbanding Pavilion Damansara Height pengguna MRT terpaksa menapak jauh disebabkan bangunan belum siap sepenuhnya.
compared to The Exchange, mall ni dah siap sepenuhnya dan kedai-kedai di dalamnya hampir semua telah beroperasi.
anies ke sini pada hari kedua selepas pembukaan. tu pun still kena hadap dengan orang ramai esp. kat kedai-kedai baru seperti supermarket Seibu.
apa yang menarik kat sini? bagi anies, first, mall ni mudah untuk diakses. kedua, layout kedai yang simple. tak macam KLCC dan Pavilion Bukit Bintang. kena pusing sana-sini semata-mata nak cari kedai yang dituju. The Exchange ni... lurussss je dan setiap tingkat, dibahagikan ikut kategori.
contoh, tingkat 2 untuk kedai-kedai jenama mewah. tingkat 5 untuk kedai-kedai gajet etc. jadi kalau orang ramai nak tuju kedai handphone, mereka boleh terus ke tingkat 5. tak perlu tawaf satu mall, baru jumpa kedainya.
well... macam biasa anies sertakan beberapa foto + short video untuk korang. kalau mai KL nanti bolehlah singgah sini. naik MRT je. tak perlu drive (plus harga parking agak $$$)!
sebaik keluar dari stesen MRT, korang akan nampak signage ni...
opening hours...
tangga tu menuju ke stesen MRT...
bila dah dekat Krismas... haaa faham-faham je laa... sana sini penuh dengan deco Krismas...
suka anies tengok tangga ni dihiasi deko Krismas... macam deko perkahwinan pula. ramai bergambar, posing, buat video kat sini...
LED billboard banyak kat sini... besar besar belaka...
pintu menuju ke H.I.G.H Park...
laluan menuju ke The Exchange 106. sebelum ni dipanggil Menara TRX. The Exchange 106 merupakan pencakar langit kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Merdeka 118.
peminat matcha boleh serbu kafe ni sebab everything about matcha ada kt sini...
entrance dari stesen MRT. korang akan jumpa dua laluan. kiri dan kanan. kalau masuk salah satu laluan ni, OTW balik akan jumpa kat sini semula...
ya... masih ada lagi kedai yang belum beroperasi...
Cha Tra Mue - jenama teh dari Thailand buka kiosk pertama dan selama 3 hari, mereka offer buy 1 free 1 cup of drink. sebab tu queue panjangggg giler!
ada macam-macam design bangku kat mall ni. sayangnya... jumlahnya tak banyak...
short video
short video
short video
short video
sebenarnya ada lagi tempat kat The Exchange yang anies tak jejak lagi. mungkin next time kot. lagi pun bukan lari ke mana pun kannn mall ni😂😂
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. malam nanti baru BW. thanks for reading
daaaa...
18 Words of Lo♥e
Mall nya keren dan modern banget....nah yg saya suka kalau ada gerai "khusus yg sudah di pisah"..lantai satu khusus pakaian, lantai dua khusus makanan, lantai tiga gadget dst...jadi gak bingung lagi, kalau campur baur pusiiing🤔😁
ReplyDeletetu laa... kalau datang nak cari barang terus tuju ke level berapa.
Deleteya.penat berjalan je. barang tak jumpa jumpa😁
menarik nie...bila2 boleh pergi..MRT pun x terai naik lagi
ReplyDeleteya. naik mrt lg mudah. cuma 1 je laaa bla beli brg byk berat nk angkut smpi ke stesen
Deletemall-nya kereeen banget kak
ReplyDeleteya. sebab masih baru berusia seminggu😁
DeleteIih cantiiiik dia punya Deco 😍😍😍. Saya pun LBH suka mall yg tak payah pusing2 cari toko yg di nak. Terlalu besar pun sakit kepala carinya kan 😂.
ReplyDeleteDan lagi 1, kenapalah bangku di dalam mall ini memang tak banyak diletak. Sama saja dengan mall Indonesia, bangku atau kursi utk istirahat sedikiiit sangat. Memang dipaksa berjalan saja kita tiap ke mall 😅
Wahhh menarik ni blh jalan2 nanti. Thanks kongsi :)
ReplyDeleteLindo centro comercial . Te mando un beso.
ReplyDeleteWow that Mall looks great and very warm. I loved the Christmas decoration.
ReplyDeleteehhhhhhhh, kita belum sampai lagiii
ReplyDeleteFirst time dengar The Exchange mall. Kalau ke KL, rasanya saya akan sesat sebab awal-awal baca saya ingatkan The Exchange tu tempat tukar duit (money exchange), rupanya adalah sebuah mall ye haha. Tapi kalau ada mall yang buat division floor by products camni, senang orang nak tuju. Takdelah kena berpusing-pusing dalam mall nak cari kedai kat mana kan
ReplyDeletewah dh smp die mall baru....ada tgk juga org share...mcm ala2 kt overseas gitu..bole tahan besar....aritu kwn yg dr jitra pun dh singgah..ckp kt dia tkpe kasi chance org jauh dlu hehe
ReplyDeleteCakep mall nya ya Mbak. Walau beberapa toko belum buka, tapi pengunjung sudah ramai.
ReplyDeletesalah satu yang menarik itu design bangkunya unik banget...
Jadi Mbak belanja apa saja disana?
Salam,
mall bru macam tu laa mas...
Deletesaya cuci mata dahulu. nanti dapat gaji baru beli barang di sini🤣
boleh exercise kaki besar tempat ni. sana sini mama ternampak youtuber cerita pasal trx ni
ReplyDeletewah dh buka.. nanti boleh terjah. hehe. senang setiap tingkat ada fungsinya. xperlu nk tawaf 1 mall
ReplyDeleteMudahlah kalau macam ini.. Naik mrt je.. xyah pening pasal parking.. Susun atur kedai pun memudahkan.. xde nak pusing-pusing cari..
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆