Santai With Rapid KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Dari Sungai Buloh, singgah sini sekejap. tapi anies tiba awal sangat. tak apa laa... bukan nak buat apa pun. just nak cari cromboloni yang tengah viral tu... mana laa tau... kalau ada jual kan... bolehlah buat raso raso...

eh... korang dah try ke cromboloni tu? sedap tak? ke... macam roti canai sarang burung?😂😂

bukan apa... teringat cerita viral pembeli yang kena scam dengan penjual cromboloni acah acah tu... haihhh... orang nak jual, dia pun sibuk nak jual. tapi bila dah jual, macam hauk je perangai!


dah lah. baik cerita fasal event ni yang berlangsung kat bawah stesen Kwasa Sentral.

bawah khemah besar ni ada banyak stall kecil yang menjual pelbagai jenis makanan. popcorn, kuih-kuih, char kue teau, kopi etc. ya, ada yang jual cromboloni tapi tu laa... dia jual label je... cromboloninya elek!😂 kena scam di siang hari!😂😂😂

masa ni tak ramai orang sebab masih awal lagi. sekitar jam 11am. event ni bermula jam 12.00pm...

kat sebelah khemah besar, ada sekumpulan peniaga lain. kat sini kebanyakannya jual barang-barang seperti aksesori wanita, mekap, baju etc. harga mampu milik...

since cromboloni tak ada... jadinya anies carilah dessert tak pernah makan lagi. ternampak kek batik indulgence matcha ni. so moh ler kita cuba. sedap ke idok? hmm... just nice. tahap kemanisannya sedang-sedang je. tapi rasa matcha tu macam tak ada je? 😁 harga: RM6 per slice.

mostly dessert yang dijual kat sini anies dah pernah makan. pilih punya pilih... anies beli biscoff burnt cheese cake. biscoft tu cuma pada biskut, crumbs dan spread je. bukannya dicampurkan biscoff dalam adunan cheese cake tu. dari segi rasa, okey laa... tak manis dan tak muak. harga: RM7 per slice.

last but not least, teh tarik ais. manis yakmat! tak habis minum secawan ni. lebih banyak rasa gula. bukan susu. harga: RM3 per cup

short video. suasana kat event ni...


kat event ni ada mini konsert. tapi anies tak dan nak layan. bukan sebab tak minat. tapi ada hal kat tempat lain lepas ni.

well ada sesiapa yang datang ke sini tempoh hari? jom share!

thats all for today.
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

25 Words of Lo♥e

  1. x rasa lagi crombolini tu.. bombolini pun x mkn sbb tgk mcm manisssss je terus mcm x ingin nk mkn... kesian anies.. awal² dh kena scam kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa pasal... dia dah letak label. then sy tggu laa dia keluarkan cromboloni tu sbb diorg tgh setup meja. smpi ke sudah x keluar2 pun... sy pun blah.. mls nk tggu

      Delete
  2. kuih hijau tu nampak sedap...

    ReplyDelete
  3. Rapid KL memang sesuai buat event cam ni... sebab dia ada banyak tempat! Boleh buat road tour lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. bahagian promotion rapid kl kena aktif selalu

      Delete
  4. eh kak anies pergi jugak event ni? saya singgah kejap je haritu sebab kebetulan nampak masa nak naik MRT haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. tp sy smpi awal sblm event mula
      farhana dtg kol brape?

      Delete
  5. Me dio ganas de los pasteles. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. Ntahlaah, cromboloni itu saya belum ada rasa nak coba 🤣🤣. Lihat krim nya, dah kebayang maniiiis sangaat pasti 😂. Naik pula gula darah dibuat nanti hahahah.

    Tapi kalo semisal ada orang bagi, atau suami tetiba beli, saya nak coba sesuap saja 😅🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang kata manis. ada yang kata tak manis. sebab mereka refer kepada doh cromboloni tu. even dah sejuk still rangup lagi. dan ada yang liat😁
      sebab tu sy nak try🤭

      Delete
  7. Cromboloni seperti nya lagi viral yaa...

    ReplyDelete
  8. teringin juga nak makan crombooni...barang baru mesti best kan....barang lama dah x excited sangat hehehe

    ReplyDelete
  9. saya senang datang ke event seperti ini, seperti bazaar yang menyediakan bermacam-macam produk jualan, dari pakaian sampai makanan

    ReplyDelete
  10. Tak tahu pun apa itu cromboloni. Macam-macam makanan viral sekarang, ye.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah try lagi cromboloni, nampak proses nak buat tu macam leceh jugak. Ada terbaca pasal seller cromboloni curi gambar orang tu. Kalau beli dengan seller camtu memang boleh bikin hati kuciwa dan panasss

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg leceh. yg betul2 chef dessert je yg bleh buat dgn baik. yg acah2 tu x yah laa buat. buat skt hati org je

      Delete
  12. Tak ada pula yang jual cromboloni tu kat sini.. Best juga event macam ini..
    Macam-macam ada..

    ReplyDelete
  13. wow, Cromboloni tenar di mana-mana, tetapi saya belum coba kak

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆