Hakodate, Jepun: Chiyogadai Park

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

disebabkan Mt. Hakodate Ropeway ditutup kerana kerja-kerja penyelenggaraan, jadinya kami tak ada destinasi nak dituju.

so, sambil naik tram mata melilau kiri kanan mencari kawasan yang cantik dan ada autumn vibes.

sebenarnya ada je tempat menarik yang boleh kami singgah iaitu Goryokoku Park. tapi lokasinya agak jauh dari stesen tram. tak apalah. ada rezeki nanti kami singgah.

tak semena-mena masa tram berhenti kat satu stesen ni, tiba-tiba muncul depan mata sebuah kawasan ditumbuhi pokok-pokok berwarna kekuningan. apa lagi? kami terus turun tanpa fikir dua kali!

lepas menyeberang jalan kami masuk kawasan taman. masa ni... tak dapat nak gambarkan perasaan teruja yang teramat! macam tak percaya pun ya bila tengok pokok-pokok berwarna kuning dan merah.

speechless! terasa kagum dan terharu melihat nikmat-Nya yang indah ini. kalau kami datang masa musim bunga dan jumpa sakura, rasanya kami boleh pengsan sebab terlalu excited😁

anies tinggalkan farah dan nora kat laluan masuk taman sebab diorang nak rakam video dan terus jalan sampai ke belakang taman.

bila tiba kat suatu tempat, ternampak stadium baseball. area situ tak ada orang tapi dari jauh kedengaran sayup-sayup suara orang sedang berlatih tenis dan berenang.

so anies mengagak sendiri yang kawasan taman ni tak ubah macam Kompleks Sukan Bukit Jalil tapi dalam 'versi' lebih kecil.

sebenarnya... jujur cakap, bila dah balik Malaysia barulah anies Google nama tempat ni dan kawasan-kawasan sekitar. meskipun ia sekadar taman biasa tapi kami tak menyesal.

lepas snap beberapa foto, anies kembali dapatkan farah dan nora dan lepas tu barulah kami snap foto dan rakam video sama-sama.

hampir sejam kami berada kat sini. meski taman ni tak janjikan apa-apa yang 'wow' tapi kami anggap ni sesuatu yang pasti akan menggamit kami untuk kembali lagi ke Hakodate pada masa akan datang.

semoga Allah beri rezeki kepada kita semua untuk hadir (lagi) ke sini. aminnnn...


share dulu peta Chiyodagai Park... yang garisan hitam tu laluan tram...


dan sebahagian foto yang ada. enjoy!


tram berhenti kat sini: stesen Chiyogadai. stesen ni berada di tengah-tengah jalan raya ya. so, nak ke Chiyogadai Park, kami perlu melintas jalan (kanan foto).

cuma kira-kira 10M je dari jalan raya... ni laa tamannya! free entrance. kat tempat anies berdiri untuk snap foto ni, ada jalan berturap di sebelah kiri. kami tak ikut laluan tu. sebaliknya kami terus masuk ke laluan yang korang nampak dalam foto ni.

jom masuk!

antara pemandangan paling cantik pernah anies jumpa. gabungan tiga warna berbeza. kuning, merah dan hijau. diserikan dengan pokok tanpa daun dan langit membiru. Subhanallah! i'm speechless!

tak ada apa-apa yang menarik fasal pokok ni... tapi warnanya... arghhh... once again... i'm speechless!

daun maple warna merah yang sangat sinonim dengan autumn... sebenarnya anies dah pernah experience autumn season masa travel ke Taiwan dulu. tapi autumn kat Taiwan tak sama macam kat Jepun ni walaupun mereka berjiran. boleh baca kat SINI.

tugu Jiro Kuji dan bola baseball gergasi yang terletak bersebelahan stadium. anies datang dari laluan sebelah kiri (foto). nampak macam jauh tapi sebenarnya dekat je. 

stadium baseball Chiyogadai, Hakodate... pada mulanya anies nak jalan ke depan lagi... nak tinjau keadaan dalam stadium. tapi bimbang pula masa tak mencukupi. tak apalah... dapat tengok dari jauh pun dah memadai...

lapangan tenis...

jalan straight terus kembali ke main road... masa bersiar-siar kat sini, ada jugalah jumpa beberapa penduduk tempatan. senyum senyum diorang bila tengok gelagat kami bergambar...

antara foto favourite anies... nice, right?

salah satu benda yang anies nak sangat tengok kat Jepun ni adalah... penutup pembentungan! ini penutup pertama kami jumpa kat Hakodate. menarik kan?

short video

us 💚 credit photo: farah

'a moment's impact can carve a permanent place in the canvas of our minds.' #ChiyogadaiPark #Hakodate #Japan 


tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading.
happy weekend!
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

44 Words of Lo♥e

  1. Sronok dpt ke jepun tu....pokok2 yg dedaun kuning merah cantik bila bergmbr tu

    **Just nk bgtau...xbole Komen thru laptop..dpt notification link blog anies kena blok...ni Guna HP komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg excited bagai nak rak ms smpi sini🤣🤣

      Delete
  2. Menarik koq tempatnya, warna daun yang kuning ,merah dan hijau kontras dengan warna pakaian kalian,cocoklah jadi model😁

    ReplyDelete
  3. hasil jepretan photonya sungguh luar biasa
    pakai kamera apa ya, bisa sejernih itu

    ReplyDelete
  4. Cantik gambar Anies yang last tu. Juga, gambar camera duduk atas tanah. Nice!
    Manhole dia pun lawa. Boleh bayangkan keterujaan Anies dan kawan-kawan. Saya yang tengok daun pokok getah gugur pun suka ambil gambar, inikan pula pokok-pokok musim luruh di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      dia punya excited tu mmg x leh bincang🤣🤣

      Delete
  5. cantik dan bersih betul bandar Hakodate. selamat berjalan2 cari makan ye...

    ReplyDelete
  6. OK! Foto tu favourite uncle juga!

    ReplyDelete
  7. wah..autumn vibe kat Jepun memang best.ko x sejuk ke? rilek je x pakai jaket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorg ni mmg jenis x tahan sejuk😁😁
      sbnr nya x de laa sejuk sgt
      mcm dlm air cond suhu 24 tuuu😁

      Delete
  8. Boa tarde de sexta-feira e bom final de semana.

    ReplyDelete
  9. Suasananya nyaman dan tenang ya, Mbak. Semoga sehat selalu ya. Salam dari Jogja.

    ReplyDelete
  10. Memang cantik dan boleh layan untuk sesi fotografi...kalau utk wedding photoshot memang cun sangat

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, cantik sungguh warna dedaunan tu... tak perlu bunga pun takpe, daun2 dah berwarna warni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn
      sbb tu laa kami terlajak excited🤭🤣

      Delete
  12. Es un bello parque. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  13. Cantik-cantik gambar anies ambik! 😍 ada terasa macam dalam cerita autumn in my heart ke? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada han tae-seok baru terasa kot🤣🤣🤣🤣

      Delete
  14. wahhh bergaya betul semuaa !! your fave photo tu memang pleasing sangat ! love ittt

    ReplyDelete
  15. Wahh cantik cantik semuanya. Nak start buat homework lah untuk trip pergi Jepun yang tak tau bila lagi hehe. Apa2 nanti boleh refer Anies je kan.

    ReplyDelete
  16. Saya terpesona memandang warna daun-daun pohon yang tampak demikian indah, Mbak.
    Eh...yang berfoto bertiga ini siapakah? Charlie's Angels kah? 🙂

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 lagi tu kawan2 saya
      farah tu dulu blogger merangkap geng travel saya...

      Delete
  17. Patutlah teruja, tengok pokok dia memang cantik sangat. View bawah pokok pun dah cantik walaupun cuma ada beberapa pohon tu je yang kaler kuning kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul
      ms ni belum kuning or merah sepenuhnya

      Delete
  18. Kalau sayapun akan asyik tengok pokok-pokok dengan daun kuning, merah. Asyik dan rasa terawang-awang.
    Nasib baik jumpa tempat menarik.

    ReplyDelete
  19. SubhanaAllah.. Cantik sangat tamannya..
    Warna-warna pokok tu.. Lawa..

    ReplyDelete
  20. dh mula autimn ye. cantiknya gambar yg ada pokok kuning, merah dan hijau tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bln 11 kat sn penghujung autumn. winter bln 12

      Delete
  21. Harap-harap dapatlah jejak Jepun suatu hari nanti. Asyik tak jadi jew perancangannya.

    ReplyDelete
  22. Hakodate itu memang bikin kangen ❤️. Saya pun kalo ke jepang lagi, saya pastikan balik sini baru ke Sapporo. Memang sesuka itu dengan Hakodate ☺️. Apalagi banyak tempat saya blm lihat di sana

    Autumn memang cantik, saya baru sekali liburan saat autumn saat nov di Berlin. Tapi tak sukanya hujaaan 😅. Dah lah dingin, hujan pula 🤣

    ReplyDelete
  23. Suka tengok… vibe autumn kat sana memang tenang lagi menenangkan 😊

    ReplyDelete
  24. Cantiknya warna daun. Ni kalau musim bunga, bertambah-tambah cantik.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆