Travel light: my way

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pada mulanya, memang tak terfikir pun nak buat travel light. sebabnya... sebelum sebelum ni, kalau travel... tak sah kalau luggage tak lebih 10KG. kurang daripada tu... boleh dapat anugerah!😂😂

tapi entah kenapa, 2 - 3 bulan sebelum ke Jepun, anies terfikir nak buat travel bajet (baca: travel kedekut tahi hidung masin) yang sekaligus 'melibatkan' travel light ni.

selain tu, daripada pembacaan anies, kat Jepun nanti kena banyak jalan, turun naik tangga, turun naik tren, etc. jadi anies rasa, kenapa nak susahkan diri heret luggage berat sedangkan kita boleh 'travel light'? haa gitu...😁

tambah pula lately anies tak berapa nak suka bawa beg berat berat. even beg kerja pun, anies cuba ringankan (selagi boleh).


dan... ni laa hasilnya... berbulan juga fikir😂 macam buat projek berjuta-juta RM complicated kan, orang perempuan ni? pada hari kejadian, sebelum masuk departure hall, staf AA dah 'tercongok' nak timbang luggage. dalam foto ni, nampak tak staf yang pakai baju merah tu? fuhh... berat luggage ni lebih kurang 7.3KG... Alhamdulillah...

so untuk 'menjayakan misi travel light' ni, benda pertama yang perlu anies buat adalah... beli vacuum bag👆👆! size L. 1 pek ada 2 vacuum bag. so anies beli 2 pek. harga: RM5.90 per pek @ Daiso.

vacuum bag with sealer. sangat mudah nak guna. plastiknya tahan lasak dan semestinya tak mudah Israel koyak.

cara nak guna vacuum bag ni senang je. masukkan pakaian yang dah dilipat. lepas tu, gulung untuk keluarkan angin / udara. then sealed! siap! plastik akan mengecut once angin dikeluarkan. so, no need vaccum pump etc.


cara anies: 1 vacuum bag = 4 helai pakaian. 1 vacuum bag cuma ada sehelai je material yang tebal. untuk tudung (hijab) yang materialnya nipis, anies gabungkan dengan jeans. then, no vacuum bag for undergarments.

next, 1 lagi perkara nak 'jayakan misi travel light' ni, anies bawa tudung 1 colour untuk dipadankan dengan 2-3 helai baju. 

bila dah sampai sana, tudung yang dah pakai, kita basuh and jemur. kalau tak kering, hair dryer kan ada?😂

Alhamdulillah, bila dah masuk luggage... masih ada lagi ruang-ruang kosong. dan ruang-ruang kosong nilah, anies 'sumbatkan' dengan barang-barang lain termasuklah makanan, barangan peribadi, etc. 

done! khalas!


fasal luggage pula, ni haa... beli kat shopee je. sebenarnya luggage ni dah lama anies beli dan guna hanya untuk balik kampung or travel tempat yang dekat je. tapi masa pergi Mesir tempoh hari anies terpaksa bawa luggage ni sebab kami ada bawa banyak makanan. 


anies kongsikan entry ni sebab anies percaya korang juga boleh buat travel light ni. pada mulanya memang payah. renyah. kadang rasa give up juga laa. tapi once dah nampak 'kelebihannya' masa travel... you'll thank me later...😂😂... #justkidding

korang ada tips untuk travel light? mind to share with me?👇👇

that's all for today. BW tak habis lagi🙏🙏🙏
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

41 Words of Lo♥e

  1. wah..hebat. aku ingat lagi kita staycation kat royale chulan pun ko bawak beg ni kan? ni ko bawak gi Jepun. tahniah! travel kat Jepun memang better light. nak memanjat tangga tu siksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul
      beg ni laa
      tu laa tgk farah dgn nora angkat luggage berat trn naik tangga kat sana... waduhh

      Delete
  2. seronoknya..linda pun kalau boleh x nak bawak brg banyak2 p bercuti..tp skang agak sukar nk direalisasikan...sebab baju anak 4 sekali kena bawak..hihihi

    ReplyDelete
  3. Samalah kiteorg pegi Istanbul/UK bulan lepas pun travel light jugak, bawak cabin luggage je sorang satu. Mula2 ingat taknak check in bawak masuk cabin je sebab nak jimatkan masa tunggu beg tapi end up check in jugak sbb nak jalan lenggang-kangkung dekat airport hehe.

    ReplyDelete
  4. nampaknya nak kena beli jgk vacuum beg ni..

    ReplyDelete
  5. senangnyee bawak luggage kecik macam tu. comell jeee! tapi kalau macam zaty pula, ada masalah nak bawak banyak benda end up tak guna pun hahahahha. macam mana eh nak buang tabiat tu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa laa tu org pompuan
      sy pun mcm tu juga dulu
      sekarang dah insaf.... kot? hahaha

      Delete
  6. Saya tak tahu akan kewujudan vacuum bag daiso tu. Thanks for sharing, Anies. Special, ya. Tak perlu vacuum pump. Oh, saya tak ada luggage begini. Saya backpack je. Backpack yang boleh dipanjangkan (bila buka zip) dan dipendekkan (bila barang tak banyak dalam bag). Pakaian semua saya tak lipat, tapi saya gulung. Tudung bawa tudung hitam je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 👍👍👍
      bw tudung warna hitam jg slh 1 tips travel.
      cuma backpack kalau jd terlalu bsr bimbang x lps naik atas flight. kalau ringan kecil x jd masalah

      Delete
  7. Saya kalau pergipun gak pernah bawa tas koper yang besar ,ukuran 20' sudah maksimal, malas ribet😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh nak berlenggang kangkung kan?😁

      Delete
  8. Alhamdulillah, 7 kg lebih jerk... :D.. mudah...

    ReplyDelete
  9. Hehe saya memang mengembara secara ringan. Tidak larat angkut beg berat walaupun beroda.
    Takde tips, cuma kena rajin basuh baju.
    Menarik tips Anies kongsi. Sesuai ikut tempat tujuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.
      kalau baju nipis mmg sy rajin basuh😀

      Delete
  10. OOooo Boleh vacum eh? Baguih la cam ni....

    ReplyDelete
  11. Bagusnya dapat realisasikan travel light! Teringat masa saya ke Jepun, menyesal pun ada bawak makanan prepack tu banyak-banyak. Memberatkan beg, ambil space banyak, end up tak makan pun sebab dah makan di luar, balik rumah/hotel memang kejar nak tidur aje sebab nak recharge untuk esoknya pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullll sgt
      sy pun byk jg bw mknn
      end up sedekah kat pihak hotel
      sbb beg dah berat isi brg lain pula😁

      Delete
  12. wow..tips bagus buat para traveller..i baca jer sbb i travel dalam mmpi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg jenis x nak serabut2 kepala tu boleh laa cuba

      Delete
  13. bagi saya kalau boleh kalau travel nak sehelai sepinggang...lebih rasa selesa...harap kapsul doremon tu wujud...tp kena ade gps nanti tertelan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun nak sehelai sepinggang
      tp apakan daya
      itu dusta semata
      hahaha

      Delete
  14. Buenos consejos. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  15. Wah! bagus tips Anies tak payah lah nak bawak luggage besar gedabakkan

    ReplyDelete
  16. Boleh guna Tips ni nanti. Naniey tak pernah travel lama pun..

    ReplyDelete
  17. Lebih mudah bila travel light ini kan Anies.. Bagus tips yang Anies kongsi ini..

    ReplyDelete
  18. wah terbaik la idea ini...teringin juga nak cuba idea ..mana tahu lepas ini ada juga tarvel-travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. kalau x nk bli extra luggage esp bpa naik AA, ni antara caranya...

      Delete
  19. Kalau backpacking memang elok sesikit yang boleh, ada plan jugak ni. Moga terlaksana hehe. Risau sebab hubby yang suka bawak banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke?
      terblk.pula
      selalu pompuan yg suka bw byk brg😁

      Delete
  20. Pagi tadi saya ada tengok luggage yang boleh duduk dan control jalan pada handle bag kat twitter tu anies. Beli beg tu, time penat boleh duduk je ha tapi nampak macam budak2 tengah main la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. sy dah tgk harga dia menangis dulu😭😭😭

      Delete
  21. Saya tak bisa 🤣🤣🤣. Tapi memang travel light tak sesuai dengan style saya traveling kak 😂.

    Pertama, saya suka winter. Jadi tiap traveling winter, baju dah pasti banyak. Longjhon, winter jacket, sweater dll. Dan tak mungkin bawa 1, Krn saya suka foto 🤣🤣.

    Kedua, skincare dan toiletries saya banyak. Walopun sudah travel size, tapi ttp butuh koper besar sikit.

    Ketiga, saya suka shopping. Sangaaaat 😅. Jadi memang confirm tak bisa light. Even terkadang koper saja beranak sampai negara tujuan 😄

    Makanya salut dengan orang yg mampu nak travel light. Krn itu tak mudah. Tapi tak bisa dipaksa juga.

    Kalo urusan Luggage besar, saya biasanya kirim pakai kucing hitam di jepang. Jadi koper yg akan dipakai utk destinasi selanjutnya, saya kirim duluan ke alamat hotel. Jadi tak lah geret2 koper 😉

    ReplyDelete
  22. imut sekali kopernya mbak
    sepertinya kalau saya traveling dengan koper mini tidak bakalan muat barang-barang saya. Terkadang mengingkan bawa barang dikit, tapi setelah packing malah tetap banyak bawaannya

    ReplyDelete
  23. Boleh juga nih tips travelling light-nya Mbak. Terutama dengan cara pack pakaian.
    Oh ya Mbak, travel light itu kira-kira sampai berapa kg ya?

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7kg. sebab hanya luggage +-7kg sahaja dibenarkan bawa masuk cabin dan free of charge

      Delete
  24. dgn adanya vaccuum bag ni mmg boleh jimat space

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆