Hakodate, Jepun: jalan-jalan malam

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas rehat, makan, mandi dan solat… kami decide nak keluar sambil hirup udara malam Hakodate. since Hakodate ni tepi laut, jadi kami dah bersedia dengan cuaca sejuk. tambah pula dah penghujung autumn. suhu mungkin dah drop sampai 10°C.

memang betul tekaan kami. sebaik pintu terkuak, angin sejuk menyapa muka. tapi tahap kesejukan tu, masih boleh tahan lagi. taklah sampai menggigil menggeletaq tahap Parkinson tu...😁

BTW, hotel yang kami inap ni cuma 2M je dari jalan raya. so bila tengok keadaan jalan yang lengang, kami rasa happy. memang jaranglah jumpa bandar yang lengang pada waktu malam. selalunya sibukkk memanjang. kan...?

so bagi anies pemilihan Hakodate ni tepat for our escapism yang busyyy sokmo. siang kerja. malam sibuk dengan family. then bila dapat ketenangan macam macam ni, buat kamk rasa relaks dan enjoy.

langkah kami tak bertujuan. kalau boleh nak jelajah semua tempat. but finally kami decide nak jalan-jalan kat kawasan yang terang je. it refers to kawasan-kawasan restoran atau bar yang masih lagi beroperasi pada masa tu.


boleh kuak lentang atas jalan raya ni😂 siapa nak try? jom!

Hakodate yang relaks... sorry foto blur...


ada sesuatu yang menarik bila tengok keadaan bar dan restoran. tak hiruk-pikukmemekak bising macam kat Malaysia. kat sini, tenang je tengok warga tempatan menjamu selera. yang tengah beratur kat luar restoran tunggu giliran nak baling kerusi makan, tampak santai je.

dan kebanyakan restoran yang kami temui, mereka menjual sajian berasaskan makanan laut. macam anies cakap tadi. Hakodate ni tepi laut. so no wonder seafood menjadi pilihan utama pengusaha restoran.


kalau ada nasi lemak... pekena dengan ikan bakau cicah kicap cili... fuh! heaven mat!

antara restoran makanan laut yang ada...


lama jugalah kami merayau-rayau kat kawasan sekitar. kalau tak tengok gelagat manusia, kami layan kenderaan yang lalu-lalang terutamanya kereta-kereta buatan Jepun yang tak dijual kat Malaysia.

geram je tengok design MPV, van or kereta yang comel-comel ni. kalau dari segi jenama pula, mostly kami jumpa brand Honda atau Suzuki.



bila dah puas berjalan, kami decide nak balik hotel. tapi sebelum tu, singgah sekejap Family Mart (FM). ni FM pertama (kat Jepun) yang kami singgah.

seperti ramai sedia maklum, Jepun dan convenience stores memang tak dapat dipisahkan. anywhere. everywhere. FM, 7E, Lawsons... just name it!

paling menarik kat FM sini adalah, pelbagai jenis frozen food memenuhi chiller. chiller pula bukan sebuah je. ada 2 3 buah chiller! bento, sushi, ayam karaage, yakitori, kek, dessert, etc... kalau semua ni halal, confirm migrain kami nak pilih!😂😂

lama juga kami membelek-belek barang kat FM ni esp farah dan nora. tak tahulah... apa yang diorang nak beli. anies; dah dapat telur rebus, terus je bayar.



dalam FM...


jam menunjukkan hampir 8.00PM. tanpa berlengah kami terus balik hotel. masa untuk recharge 'bateri'. sebabnya, hari berikut kami dah start naik sheikh jalan-jalan.

so, ke mana destinasi kami lepas ni? insya-Allah minggu depan anies sambung lagi. stay tuned!

thanks for reading.
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

42 Words of Lo♥e

  1. Tahun 2016 dulu masa melawat adik dekat Fukui, Osaka pun sama jugak macam ni. Malam2 sunyi je bandar. Kedai pun tak byk yg bukak. Nasib baik adik yg jadi tourist guide kiteorg so dia tau restoran mana yg masih beroperasi dan apa makanan halal yg boleh dipesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg best bila ada org kat sana. boleh bantu mcm2
      kalau sy ada sedara kat sana mmg dtg bw duit dgn bdn je😁🤭

      Delete
  2. Hah! Anies la meniaga nasik lemak ikan bakau kat sana! Mesti laku keras!

    ReplyDelete
  3. susah gak nak cari makanan halal di Jepun kan? semoga kenyang semasa di sana. Aamiin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg susah esp kota2 yg x berapa nak pemes. tokyo, osaka x de masalah sgt

      Delete
  4. Pergh!! Memang betul betul bertenang suasananya.. Terasa tenang jiwa dan mata melihat...
    Ini bukan takat kuak lentang, semua jenis kuak boleh buat.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sha. dah laa tenang sejuk pulak tu..
      🤣🤣 melelas kepala lutut dok kuak lentang kat situ

      Delete
  5. Sepi ternyata ya malam hari, saya kira bakalan meriah dan ramai, nyaman kalau jalan malam hari dengan keadaan udara yg sejuk, gimana makan" disana, mahal gak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... saya sangka ia busy waktu malam. rupanya senyap dan tenang.
      makanan pula, ada yang mahal ada yang murah. tapi jangan sesekali convert to our currency. sebab confirm mahal🤣 makanan halal sahaja yang sukar dicari esp area seperti hakodate ni

      Delete
    2. Bawa makanan kemasan/bungkusan cepat saji rasanya pas kalau susah cari yg halal ya

      Delete
    3. ya kami bawa instant mi, roti biskut, milo 3 in 1 etc. rs nya berat makanan sahaja dah 1kg😁

      Delete
  6. salah satu tempat wishlist akak ni...seronoknya tengok anies dah sampai sana

    ReplyDelete
  7. cantik betul la bumi jepun ni especially at night!!

    ReplyDelete
  8. Boa tarde de sexta-feira e bom final de semana.

    ReplyDelete
  9. Parece un genial lugar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. nampak tenang n lengang bandar tu kala malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak
      pun begitu suasana sekeliling x sunyi
      mmg best

      Delete
  11. awal sangat tu pukul 8 dah balik. sini takde anak-anak muda pakai kostum malam hujung minggu macam Osaka dan Tokyo ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jam je nmpk awal tp suasana mcm dah pukul 11. kol 5 dah gelita daa

      xde. sini bandar utk warga pencen. senyap n tenang gituuu

      Delete
    2. oh..rileks la. tak serabut sangat nak jalan-jalan

      Delete
  12. Wow very colorful! I wonder that what kind of foods Antara Restaurant prepare for the customers. Its place looks very colorful and lovely. Have a wonderful weekend to you and your family dear friends. Greetings.

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing Anies. Have a good weekend :)

    ReplyDelete
  14. Wah, di sana banyak yang jual sea food ya :D Jepang sepertinya memang besar sekali dalam hal makanan frozen dan vending machine. Ada dimana-mana jadi gak takut kelaparan. Eh, tapi entah ya apa mudah cari makanan vegan dan halal di sana?

    ReplyDelete
  15. Orang Jepun ni disiplinnya sangat tinggi. Budaya hidupnya sangat mengkagumkan, tidak suka bising dan rebut-rebut. Santai jew.

    ReplyDelete
  16. Sepi sekali keadaan Hakodate kalau malam ya Mbak.
    Jadi, Mbak pilih makan apa malam itu?

    Salam,

    ReplyDelete
  17. Jalan-jalan sahaja? Tidak cuba makanan laut ke? Hehe.
    Ini tidur tepi jalanpun boleh agaknya.

    ReplyDelete
  18. Indahnya suasana malam di Jepun.
    Sedapnya malam-malam makan telur rebus dari FM 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap
      makan dengan instant mee
      lagi👍👍👍

      Delete
  19. Suasana nampak lenggang jer tu ..eh family mart pun ada ..

    ReplyDelete
  20. Seafood Hakodate memang best. Saya dulu beli di pasarnya, lalu minta seller masak, direbus saja. Itu pun dah sedaaaap sangat ❤️❤️❤️. Makanya kalo nanti ke Hakodate lagi, nak ajak Raka makan seafood di sana 😄

    ReplyDelete
  21. fm kat jepun waa.. cantik pemandangan malam kat sana

    ReplyDelete
  22. Kat hotel ada mesin gedegang tak?

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆