Pages

Friday, 5 January 2024

Hakodate, Jepun: Flexstay Inn

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebaik keluar dari Stesen Hakodate, dari jauh kami dah nampak signage / bangunan hotel yang terletak cuma 200M je dari stesen.


bahagian hadapan hotel. menghadap main road.


angin sejuk terus menyapa tubuh dan dalam kedinginan senja, kami berjalan ke hotel sambil melepasi kawasan parkir bas dan teksi.

walaupun kami dah nampak bangunan hotel, entah kenapa kami pergi jalan jauh sampai ke lorong belakang hotel. 😂😂😂... nasib baiklah ada pintu belakang. kalau tak jenuh nak kena pusing ke depan semula. adoi laa... drama drama...


pintu belakang hotel.


bila dah masuk lobi hotel barulah kami nampak main entrance. adoiii laa....penat agaknya sampai pintu hotel pun kami tak nampak😂😂


main entrance & lobby.


BTW hotel ni farah yang booked. kami dah bayar siap-siap. jadinya tak perlu sebarang deposit masa check in.

staf hotel pula nampak peramah walaupun mereka tak fasih berbahasa Inggeris. that's okay. kalau tak faham, buka je Google Translate. sekarang kan dah mudah?


kaunter hotel. farah tengah uruskan proses check in.

dekorasi depan kaunter.

lorong depan bilik kami.

microwave depan lif. 

lif hotel ni kecil je. cuma boleh muat 3 orang dalam satu masa. 

bilik kami... paling hujung. menghadap main road / Stesen Hakodate.


lepas dapat kunci, kami terus ke tingkat 5. tiba kat bilik, nampak je katil, hati dah berbunga-bunga. warghhh... akhirnya kami dapat baring dengan selesa!

oh, ya! bilik yang kami booked ni adalah standard triple room. untuk ketahui harga bilik, korang boleh semak kat website Agoda atau Booking.com.


inside our room. bersih dan selesa walaupun sedikit sempit.

tilam empuk. bantal empuk. masing-masing tidur mati sampai pagi😂😂

selipar turut disediakan. ni bukan selipar yang pakai buang tu tau! ni selipar kulit!

wardrobe tanpa pintu.

TV, mini bar, security box, kettle etc antara kemudahan yang disediakan. untuk iron, korang kena request kat staff hotel masa check in.

toilet yang bersih dah selesa. pili laju. macam biasa ada air panas & sejuk. syampu, perapi, shower foam, towel, tooth brush, shower cap, bathrobe etc semua ada. dan tak dilupakan... auto bidet. fuhhh!!! 👍👍👍👍

antara facilities yang disediakan Flexstay Inn.


overall, anies memang puas hati dapat stay kat sini. bila baca review, ramai yang beri feedback positif. so, this is the hotel that is most highly recommended if you plan to visit Hakodate soon. 

personally, anies beri ⭐⭐⭐⭐1/2 untuk hotel ni.

so that's all for today. thanks for reading. happy weekends!
daaa...

49 comments:

  1. Utk travel solo, mmg puas hati dah bilik mcm nie.. Kalau bwk family, pishang... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg puas hati sgt. sbb bg kami dpt tidur dan rehat dah memadai

      Delete
  2. Nice hotel, thanks for your sharing Anie...

    ReplyDelete
  3. walaupun sempit nampak mewah..hehe

    ReplyDelete
  4. hahahahaha main pusing-pusing keliling hotel ye sis anies. selesa betul tengok biliknyaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa pasal. yg peliknya both farah n nora pun sama je. x tegur lgsg psl pintu dpn tu. diorg ikut je🤣🤣

      Delete
  5. Alhamdulillah. Dapat menginap di hotel yg selesa.

    ReplyDelete
  6. Nampak selesa biliknya. Tilam pun nampak tebal dan empuk. Asalkan dapat berehat dengan aman, dan cukup kemudahan dalam bilik, ok la tu, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tilam.dgn bantal empuk dah memadai. sbb tu masing2 tido mati🤣

      Delete
  7. Owwhhh... tidur mati sampai pagi.
    Ada mimpi apa-apa tak?

    ReplyDelete
  8. ⭐⭐⭐⭐1/2 tu kira terbaik la....

    ReplyDelete
  9. Wah mbak Anies jalan-jalan terus nih... asik banget 😊😊😊

    ReplyDelete
  10. Selipar kulit tu boleh bawak balik tak? hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bleh bw blk pn kami x nak
      luggage dah buncit
      🤣🤣

      Delete
  11. Lumayan juga fasilitasnya, bersih,nyaman, kasur empuk, toilet ok, tinggal mimpi indah sampai pagi 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mreneyoo. masing2 tidur mati dapat tidur di tilam dan bantal empuk🤣

      Delete
  12. Parece un buen hotel. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  13. Boleh dalam list nie...saya patut ke Jepun sebab sekufu...tidak fasih berbahasa Inggeris sama macam mereka...nanti boleh main tunjuk-tunjuk semasa berkomunikasi...the power of finger hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. diorg siap ada alat, ckp je then alat tu akan trs translate ke BI. mcm walkie talkie

      Delete
  14. cantik dan luas sangat bilik.. selesa..

    ReplyDelete
  15. bestnya bilik. nampak tilam empuk tu sure dah tak sabar la kan.

    ReplyDelete
  16. wah selesa tempat inap utk berehat seketika sebelum teroka sekitarnya

    ReplyDelete
  17. Boa tarde de sábado e bom final de semana.

    ReplyDelete
  18. Inn's building looks very interesting. Isn't it? But inside looks so nice and warm. I love it. Greetings.

    ReplyDelete
  19. Tilam bantal empuk, bilik bersih kemas memang puas hati kan

    ReplyDelete
  20. Berapa malam di hotel ni? Ok juga hotelnya tu, orang kata Jepun memang agak kecil2 bilik hotelnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1N je
      ya betul
      blk hotel sana comel2
      kite ni je yg x brape nak comel🤣🤣

      Delete
  21. Amboi mek diam-diam ko sampai Jepun ye. hotel Jepun memang gitu, sempit sikit

    ReplyDelete
  22. Bilik nampak selesa sangat untuk cuti-cuti bersama girls only

    ReplyDelete
  23. Nampak selesa katil hotel tu. Hotel kat Jepun mmg bersih dan ada auto bidet. Untung kalau dapat toilet yg ada seat warmer sekali hehe

    ReplyDelete
  24. Bathtub hemat air, kecil saja. tapi shower juga lumayan buat bebersih ...

    ReplyDelete
  25. Penat sangatlah itu sampai tidak nampak.
    Tilam itu memang nampak standard tilam hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psl
      masalahnya 3x org x nampak pi tu dpn🤣🤣🤣

      Delete
  26. dapat keadaan bilik yg selesa auto tidur akan nyenyak jerr

    ReplyDelete
  27. Pergh!! Cam mana boleh jalan terus ke belakang tu.. Mujurlah ada pintu untuk masuk ye.. kalau tak memang double penatlah.. cantik dan lengkap kemudahan hotel dia.. nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn tanya🤣🤣
      3x bengong g jln jauh
      x nmpk pintu msk🤣🤣🤣

      Delete
  28. hotel kecik pun takpe asalkan bersih dan kemas. macamni pun dah kira best sangat sebab bukan nak duduk dalam bilik 24 hours kan

    ReplyDelete
  29. Saya kalau traveling dengan teman2, prefer hotel yg dekat dengan stasiun jr macam nih 👍. Apalagi saya tak terlalu mudah ingat jalan. Jadi drpd booked apartemen yg terkadang jauh dari stasiun, mending dekat stasiun kan. Tinggal jalan kaki 😄

    Baguuus nih kak hotelnya. Bolehlah nanti kalo saya ke Hakodate lagi, stay di sana.

    ReplyDelete
  30. luaran nampak cam biasa2 tapi interior dalam cantik

    ReplyDelete
  31. Macam mana view dari tingkap hotel tu?

    Walaupun kecik tapi semua lengkap.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆