남궁민, 축하해!

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿


Seperti yang dijangka!

dalam entry INI, anies memang harap sangat Nam Goong-min dapat Daesang tahun lepas dan… last Saturday, ia betul-betul jadi kenyataan! ooo yeahhh!

last week, peminat dunia hiburan Korea Selatan pastinya maklum tentang ‘award ceremony week’ yang mana pelbagai majlis anugerah dilangsungkan sebelum menjelang 1 Januari.

antaranya: KBS Entertainment Awards (23 Dec), SBS Gayo Daejon (25 Dec), MBC Entertainment Awards, SBS Drama Awards (both on 29 Dec), MBC Drama Awards, SBS Entertainment Awards, APAN Stars Awards (all on 30 Dec), MBC Music Festival, KBS Drama Awards (both on 31 Dec).

tahun ni, suasana majlis anugerah tetap meriah meski diselubungi emosi sedih. ada beberapa penggiat seni yang hadir kelihatan sugul susulan pemergian mendiang Lee Sun-kyun yang meninggal dunia pada 27 Dec. SBS Drama Awards laa yang paling ketara terutamanya masa penyampai anugerah dan pemenang mendedikasikan ucapan selamat untuk mendiang.


💓💓 credit


back to the title… bagi anies kejayaan Nam Goong-min kali ni sememangnya dah dijangka. ni kerana saingannya tak sesengit calon-calon Daesang dari SBS Drama Awards. 

tahun lepas, banyak drama terbitan SBS dilihat begitu mantap dan menyerlah selain memperoleh rating tinggi berbanding drama-drama daripada rangkaian TV yang lain.

Taxi Driver 2 memecah rekod dengan rating sebanyak 21%. diikuti Dr. Romantic 3 (16.8%), Payback: Money and Power (11.4%) dan Revenant (11.2%) sekaligus membawa Lee Je-hoon, Han Suk-kyu dan Kim Tae-ri tersenarai dalam Daesang list.

berbanding MBC, setakat Disember 2023 hanya My Dearest je yang dapat rating tinggi meskipun di saat-saat akhir, the most talked-about drama, The Story of Park’s Marriage Contract - dapat perhatian ramai tapi masih jauh untuk lepasi rating 12.9% milik My Dearest.

so, anies percaya MBC memang tak ada calon lain kecuali Nam Goong-min - untuk dianugerahkan Daesang (Grand Prize) 2023; Daesang keduanya daripada MBC dan yang ketiga dalam karier lelaki berusia 46 tahun ni.

tak macam SBS, pihak MBC tak ada umumkan senarai penerima Daesang. tapi anies rasa kalau ada pun, pesaing terdekat Nam Goong-min ialah ‘Gil-chae wa’nya iaitu Ahn Eun-jin dan Lee Se-young. dalam majlis sama, kedua-dua aktres ni dapat Top Excellent Award (Miniseries).


jigeum gaji... Gil-chae wa & Jang-hyun ni 😘 #JangChae #JangChaecouple credit


selain tu, Nam Goong-min dan Ahn Eun-jin juga dapat Best Couple Award. diorang menerima 155 034 undi (72.6%) menerusi undian yang dilangsungkan secara online.

tak dinafikan ‘kimia’ antara Nam Goong-min dengan Ahn Eun-jin dalam My Dearest memang terbaik. walaupun usia diorang beza 12 tahun, tapi tu bukan penghalang untuk serasi bersama. haa… gituuu…


video (ada Eng sub) ucapan daripada Ahn Eun-jin dan Nam Goong-min sebaik menerima trofi pasangan terbaik.

bila laa agaknya 2 pakwe ni boleh berlakon bersama lagi... haihh... kalau dapat watak sengal-sengal ubi macam dalam Good Manager tu, confirm meletop! credit


FYI ni kali kedua Nam Goong-min dapat Best Couple Award selepas kali pertama menerimanya (di KBS Drama Awardsbersama Lee Joon-ho pada 2017 ('bromance' dalam drama Good Manager).

so anies rasa Nam Goong-min antara pelakon yang dapat dua trofi Best Couple Award bersama gandingan berbeza jantina iaitu Lee Joon-ho & Ahn Eun-jin selepas Park Seo-joon dan Ji Sung (Park Seo-joon & Ji Sung dalam Heal Me Kill Me; Park Seo-joon & Kim Ji-won dalam Fight For My Way). manakala Ji Sung pula mendapat trofi ni bersama Hwang Jung-eum menerusi drama Secret Love. well ada pelakon lain tak yang pernah menang sebegini? acu komen👇

BTW, 오빠 축하해! harapnya ada rezeki menang Daesang TV kat Baeksang Art Award pula lepas ni (berlangsung pada Mac / April). kali ni pesaingnya bukan dalam kalangan pelakon semata. 

kalau terpilih, Nam Goong-min mungkin kena berentap dengan MC TV famous macam Tak Jae-hoon, Kian84, Yoo Jae-suk selain pasukan / rancangan hiburan TV seperti team 2 Days 1 Night, Running Man, etc. pemenang trofi ni tahun lepas ialah Park Eun-bin (drama Extraordinary Woo Young-woo).


video (ada Eng sub) ucapan Nam Goong-min selepas menerima Daesang👍👍 credit.

gigih cari live streaming majlis award ni. bila dah dapat, siaran lagging pulak daa... adehh... sabar je la labuuu...


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. sesekali bercerita fasal dunia hiburan ni... payah nak jumpa noktah😂😂😂 

well... ada gaya macam wartawan majalah hiburan tak? 😂😂 kalau ada, berapa ⭐ anies boleh dapat?😁😁

apa-apa pun... thanks for reading.
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

31 Words of Lo♥e

  1. bener kak, ditengah kabut kesedihan ditinggal oleh seseorang yang menurut kita legend, tapi tetap live must go on. Award yang sebelumnya akan di perkirakan meriah dihadiri dengan berbagai bintang dari segala film dan drama dan bisa di nikmati seluruh yang hadir, nyatanya harus menyisahkan sesak.

    ReplyDelete
  2. Memang pantaslah mereka mendapat penghargaan atas kerja keras dan akting yang bagus👍

    ReplyDelete
  3. Memang la tak kenal sangat mereka ni tapi apa salahnya nak cerita apa yang kita minat. Ye tak?.

    ReplyDelete
  4. betul2 hebat nie..linda anugerah dalam Malaysia pun x tgok...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok pun sebab nam goong min je🤭😁

      Delete
  5. Ammi kan tengok drama korea...tapi nama pelakon jenuh tak boleh nak ingat. Memang ingat Lee Min-Ho seketul tu je. Apsal ntah payah nau nak register nama orang...dulu nama pelakon malaysia ingatlah jugak...sekarang pun haukkkk. faktor usiakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy plak penyanyi k-pop. mmg x igt smpi ke sudah wpn group tu dah tahap legend cam SNSD tu hahahahha

      Delete
  6. Bom dia e uma excelente quinta-feira.

    ReplyDelete
  7. Uish... ini bukan wilayah uncle ni.... hehehe

    ReplyDelete
  8. Samalah kita Uncle Gedek.. Bukan wilayah kita jugak.. Hahhaah nama2 drama tu satu pun tak pernah tgk hahahaha... :P

    ReplyDelete
  9. Uyooo dasyat la akk punya olahan... Cuya tak amik tahu pon pasal anugerah kpop bagai, minat2.. tapi tak tinggi macam akk.. hehehehe

    ReplyDelete
  10. bestnya kalau kimia yang sama...cuma saya kurang cerdik dalam fizik tapi lebih dalam biologi hehehehe

    ReplyDelete
  11. Films from South Corea are very popular here. I am not sure but ı think ı followed his news from NHK tv.

    ReplyDelete
  12. Aiseh tak dapat nak komen, aku kenal pelakon hindustan je

    ReplyDelete
  13. Kena cari cerita My Dearest untuk ditengok. Kena tunggu mood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk laa NA. nam goong min dlm cite ni lg best dr stove league. trust me!

      Delete
  14. Pergh!! Terbaiklah Nam Goong min.. Hebat.. Menang bergaya..
    Sha bagi 5 bintang.. Memang macam wartawan dah laporannya..

    ReplyDelete
  15. Dah boleh jadi wartawan hiburan ni anies hehe. Saya tak mengikuti sgt artis2 dan pelakon2 Korea.

    ReplyDelete
  16. dah boleh tukar karier anies tapi maaflah saya cuma kenal artis korea dalam running man je huhu

    ReplyDelete
  17. Penyakit saya tuh, susah mengingat nama aktor dan aktris Korea 🤣🤣. Terkadang pun kalo ada fotonya, agak blank sikit, hrs ingat dulu ini yg mana 😂. Krn terkadang kalau wajahnya tak ada yg spesial, macam sama semua . Beda dengan wajah Hyun bin, rain, SHK, yg memang khas 🤣.

    Makanya saya tak terlalu ikuti event2 award mereka. Palingan hanya tahu kalo ada beritanya lewat di feed 😄

    ReplyDelete
  18. dr romantis dh sampai season 3, mama tak penah tgk lagi

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆