Hatyai, Thailand: Bee Garden

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

perjalanan kami dari imigresen Thailand ke bandar Hatyai mengambil masa kira-kira sejam. Alhamdulillah... jalan raya pun okey. tak jammed. almaklum laa... hari Sabtu kan...

dan... bila jalan-jalan ikut rombongan ni, memang tak sah kalau tak singgah kilang-kilang or kedai-kedai besar. ya laa kan... owner kilang dapat pelanggan. then syarikat travel dapat komisen. win win situation laa ni.

bagi anies, okey je nak singgah kilang or kedai selagi tiada paksaan dalam membeli. kalau suruh beli itu ini, anies banned terus tempat macam ni. silap haribulan, tour agency pun anies boikot juga😂

back to the title, tempat pertama kami singgah ni adalah kedai yang menjual barangan berasaskan madu lebah.


@ halaman / parking & main entrance Bee Garden, Hatyai. oh ya, Bee Garden ni akan berpindah ke tempat baru yang lebih besar dan luas. so kalau korang nak datang sini, make sure check dulu info ya! 


sebaik tiba, setiap kumpulan akan masuk ke sebuah bilik dan diberi penerangan tentang produk-produk yang dijual. 

kat dalam bilik ni juga pelancong dapat merasa produk yang diperkenalkan. habis penerangan, up to them laa nak beli atau sebaliknya.


dalam cup kecil tu, air campur madu kelulut. untuk yang susah tidur malam, boleh amalkan petua ni. dalam kotak tu ada pelbagai jenis produk daripada madu termasuklah bee pollen... semua kami try rasa.

rak dalam bilik pemerangan... ada macam-macam produk yang dijual....


selain madu ada pelbagai produk lain berasaskan madu / lebah dijual. anies beli balm untuk mengurut, lip balm dan kacang madu.


lip balm & balm. kalau sempat nanti anies buat review balm ni. sedap tau bila guna untuk mengurut!

ruang membeli belah. kat sini boleh bayar guna TnG e-wallet.


ramai serbu sini sebab nak beli ais krim madu... harga pun murah. kalau tak silap 20 Bath je.

lobi Bee Garden. ruang jualan di sebelah kiri foto. kalau straight ke belakang, ada taman mini...



taman mini Bee Garden👇👆nak OOTD ke, selfie ke... terjah je ke sini...



short video @ perkarangan Bee Garden...


lebih kurang sejam kat sini, kami pun beredar ke tempat lain. ke mana destinasi kami seterusnya?

to be continued...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

37 Words of Lo♥e

  1. Saya jarang beli madu , sesekali saja , susah bedakan mana madu asli atau palsu...karna sama"manis, jadi takut yg palsu ada banyak tambahan gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tahu madu tu asli atau palsu, letak madu tu kat kawasan ada semut. kalau semut datang means tu madu palsu. semut tak makam madu asli. kalau makan, habislah madu dalam sarang lebah...

      Delete
    2. Oh begitu ya...jadi paham..soalnya semut sekarang apapun di kerumuni, .makasiii🙏

      Delete
    3. mungkin semut sekarang seperti oyen. sudah rosak🤣

      Delete
  2. Best nya dapat minum air madu fresh.

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhh bestnyaa blh byr guna TnG wallet.. jenuh tahannnn hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... bgs betul diorg ni
      mcm tau2 je org mas yg byk serbu kedai diorg🤣

      Delete
  4. Syok jalan pi Thailand... Selain makan makan yang murah, view pon cecantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. syurga makanan
      siyes! rambang mata dibuatnya

      Delete
  5. cantiknnya bee garden ni , tempat ootd pun ada , produk keluaran madu pun turut terjual

    ReplyDelete
  6. Last time akak pi Chiangmai pun selalunya itinerary pasti ada melawat kilang- kilang la, bee farm, silk factory dan macam2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kalau g rombongan mcm tu laa agendanya... mmg x leh nk elak😁

      Delete
  7. madu kelulut dia sedap tak anies?akak biasa makan dapat yang rasa masam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. ada masam2 tp tak ketara. lebah2 Bee Garden ni diternak di mana dikelilingnya hanya ditanam pokok popi sahaja. maknanya lebah2 ni hanya hisap madu dr bunga pokok popi shj. tak bercampur dgn bunga2 lain.

      Delete
  8. Replies
    1. katanya kat bgnn baru nnt lg cantik dan luas

      Delete
  9. kalau uncle sure lepak kat taman mini tu... selfie!

    ReplyDelete
  10. Boa tarde de terça-feira minha querida amiga. Excelente matéria.

    ReplyDelete
  11. Es un lindo jardín. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  12. jom travel DIY lagi. rindu nak sesat barat macam kat macau. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh laa maldives💪sesat trs msk.laut😁

      Delete
  13. Besnya Hatyai... tapi saya belum jejak Bee Garden.

    ReplyDelete
  14. Tempat dia menarik. Masuk sini mesti ada terbeli sesuatu punya kan. Kalau saya pun nak serbu aiskrim tu jugak. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya fiza konon x nk beli. nmpk kacang madu trs menggelupur nk bli🤣

      Delete
  15. Betuuul. Saya pun tak keberatan kalo disuruh mampir ke tempat2 belanja. Tp tak nak ada paksaan utk beli. Apalagi kalo tempatnya mahal, macam jual karpet, jaket bulu domba, atau perhiasan, sutra etc. Tak nak beli. Tak ada budget pun utk beli itu. Kalo dipaksa, confirm saya tak akan pakai lagi travel tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke tempat2 mahal kite cuci2 mata je laa fanny😁

      Delete
  16. Best nya, dah set Hatyai dalam list Insyaa Allah

    ReplyDelete
  17. cantik taman kat luar tu. teringat mama kar malaka pun ada mcm ni.. apa nama dia yek? lupa plak hihi

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆