The Con-Heartist

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

penat-lelah Ina membantu kekasihnya melanjutkan pelajaran tidak membuahkan hasil. dia bukan sahaja ditinggalkan Petch malah lelaki itu turut 'meninggalkan' hutang yang banyak terhadapnya.

suatu hari Ina mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang katanya sudi untuk membantu Ina dan menawarkan sejumlah wang. wang tersebut mungkin boleh melunaskan hutang-piutang Ina.

pada mulanya Ina hampir terpedaya. tapi dengan kebijaksanaannya, dia berjaya menjejaki 'scammer' tersebut.

apabila berjaya menemui Tower (scammer), dia mahu menyerahkan lelaki itu ke pihak polis. namun dia berubah fikiran dan mahu mempergunakan Tower untuk memperdayakan bekas kekasihnya demi menuntut semula hutang-hutang yang ditinggalkan Petch selain membalas dendam.

perancangan mereka hampir berjaya. namun setelah mendapat wang daripada Petch, Tower meninggalkan Ina begitu sahaja.

kenapa Tower bertindak sebegitu? adakah Ina akan meneruskan niatnya untuk menuntut keadilan daripada Petch setelah apa yang Tower lakukan terhadapnya?


official poster. credit.


review:

kalau korang sukakan lawak spontan, movie ni mungkin boleh masuk dalam watchlist korang.

filem komedi ringan dari Thailand ni dah ditayangkan pada tahun 2020. overall, ceritanya bagus. cuma plot je yang... macam mana nak cakap ya? ada kala laju. ada kala slow sangat sampai timbul rasa bosan.

oh ya salah seorang pelakon dalam movie ni adalah Kathaleeya McIntoch. dulu anies memang minat sangat dengan dia ni. bukan sebab lakonannya. tapi sebab dia ni cantik sangat.

bila tengok movie ni macam tak percaya yang Kathaleeya ni dah banyak berubah. dah tak macam dulu. orang cakap, dah macam mak mak. ya, dia memang dah jadi mak orang pun. ada anak tiga orang.

tapi ada juga pelakon seangkatannya yang masih tak berubah. maintain muda gituuu... 

tapi ya laa kan... dalam industri seni hiburan ni tak ada yang mustahil. yang tua pun boleh nampak muda. ehh... jauh dah melalut ni.

kalau korang nak tengok movie ni, cari je kat Telegram. so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies bagi ⭐⭐⭐ untuk movie ni.


trailer. credit.

barisan pelakon. credit


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. selamat menonton!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

31 Words of Lo♥e

  1. ada jumpa filem ini.. Tak tengok lagi..

    ReplyDelete
  2. Cukup menarik sinopsis film the con heartist, cuma sayangnya di bioskop sini belum ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tonton di Telegram, mas. ada sub indo

      Delete
  3. Wah aku pasti mau nonton ini kak, aku suka sekali film Thailand yg lucu, aku Thai Moovie Lover anyway hihihi, thks sharingnya kak

    ReplyDelete
  4. Macam boleh layan citer ni.. lagi2 citer dari Thailand mmg best2 :D

    ReplyDelete
  5. Banyak drama direkod tapi tak sempat tengok haha tak tau busy tang mana.

    ReplyDelete
  6. Pernah tengok movie ni. Lawak betul! Boleh layan lah..cerita santai gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... part x bleh blah si Sam manager hotel tu💦🤣🤣🤣

      Delete
  7. Movie yang menarik 😊
    Selamat menjelang sahur mbak...

    ReplyDelete
  8. Parece un genial drama. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¡Es una película de comedia y vale la pena verla!

      Delete
  9. citer thailand syok layan hehe

    ReplyDelete
  10. bolehjla ditengok smabila masak2 berbuka ni.. :D

    ReplyDelete
  11. Banyak kejadian atau kisah nyata seperti di film ini, meninggalkan hutang "dan pergi..bahkan ada juga yg balik menuntut supaya apa"yg sudah di berikan untuk di kembalikan ketika sudah putus hubungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang betul. orang cakap, pandai buat hutang tapi liaaattttt mahu membayar semula

      Delete
  12. Dah tengok cerita ni, best jugak sebab lawak terutama part kat hotel

    ReplyDelete
  13. anies citer sampai habislah.. hihihi.. xsempat nk tengok.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. Dah masuk dalam list sebenarnya kak. Tapi blm saya tonton2. Nampaknya lucu, Krn pernah liat trailer dia😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada masa tengok laa... cerita ni mmg lawak🤣

      Delete
  15. menarik juga cerita dia ni. mama mmg suka serita yg ringan2 mcm ni

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆