✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
Han Market is a significant landmark in Da Nang, having been in operation since the French occupancy in the 1940s. this local market is set within a two-storey building at the grand intersection of Tran Phu Street, Bach Dang Street, Hung Vuong Street and Tran Hung Dao Street, where you can find hundreds of stalls selling an array of local produce, handicrafts, t-shirts and accessories.
it's very much like a miniature version of Ben Tanh Market, central market in Ho Chih Minh City. and even if you aren't necessarily looking to buy anything, it still offers a fascinating glimpse into local life in Da Nang.
since malas nak explain fasal Han Market ni. so anies just copy paste dari SINI. 😊😊😊😊
hari terakhir kami kat Da Nang...
lepas breakfast, kami mula bergerak menuju ke bazar. lokasinya berdekatan Dragon Bridge. kira2 3KM je dari hotel.
dalam.fikiran anies pada mulanya, bazar yang dimaksudkan adalah sebuah gedung membeli belah macam kat Tanah Abang atau di Ben Tanh. tapi rupanya... ia sebuah bangunan biasa je.
tingkat bawah, ada barangan basah dan kering manakala di tingkat atas menjual pakaian, bag, kasut serta kedai menjahit.
di sekeliling bazar pula, dipenuhi pelbagai jenis kedai. pendek kata, kalau nak dapatkan barang-barang di bawah satu bumbung, maka terjah jelah bazar ni.
anies dengan pak cik dan mak cik tak membeli sangat kat sini. cuma top up barang2 yang tak jumpa kat pasar malam, barulah kami beli.
bab tawar menawar pula, kena tengok keadaan. kalau beli t-shirt, memang payah nak dapat murah. kalau souvenir pula, kita belum sempat menawar, penjual dah hulur calculator. means, berapa harga yang kita nak, dia sedia pertimbangkan. al maklumlah, nak berkomunikasi diorang tak pandai BI. so calculator laa jadi medium pengantara hahaha...
selesai membeli belah, anies dengan pak cik dan mak cik terus beredar ke tebing sungai Han yang cuma 20 meter je dari bazar jaraknya. tak tahanlah nak duduk lama2 dalam bazar tu sebab terlalu panas. sementara tunggu diorang habis membeli belah, baiklah kami lepak ambil angin sungai sambil perhatikan gelagat penduduk tempatan. tambahan pula pemandu bas kami ada duduk kat situ. so, tunggu jelah...
nilah bazarnya. sebutan 'bazar' untuk Han Market ni bukan anies yang beri tapi our tour guide yang sebut... so, bazar pun bazarlah...
deretan kedai sebelum tiba bazar. ni laluan masuk dari main road...
main entrance...
tingkat bawah bazar
barangan perkakasan rumah...
bag and souvenir...
kopi, jajan dan local product....
pelbagai ukiran ada dijual...
lagi kedai perkakasan rumah...
bahagian barangan kering dan basah...
pelbagai jenis bijirin dan kekacang... oh ya kalau nak rasa kacang kagus bersaiz besar, datanglah ke sini. Da Nang memang popular dengan kacang gajus gergasi...
ikan, udang, sotong etc...
since Da Nang dekat dengan laut, so tak hairanlah kalau hasil lautnya besar-besar...
pelbagai pes dan ramuan memasak...
produk kesihatan dan kecantikan...
gerai bunga pun ada...
masa kami sampai memang tengah musim durian kat Da Nang...even depan hotel pun ada jual... harga lebih kurang sama dengan kat Malaysia... tapi kami tak beli sebab tak boleh bawa masuk hotel...
view tingkat bawah Han Market...
tingkat atas bazar
view tingkat atas Han Market...
kedai menjahit... lepas beli boleh tempah baju kat sini. sama macam kat Ben Tahn, HCM, kan?
pelbagai jenis kain ela... boleh tawar menawar... and mak cik sempat beli kain pasang...
kedai kasut is everywhere...
niat di hati nak beli Ao Dai (baju tradisonal Vietnam) tapi tu laa... sedar diri yang pinggang tak berapa nak ramping 😅😅😅😅😅
dari Han Market, kami ke tepi sungai Han. lepak kat sini sementara tunggu yang lain selesai membeli. kalau duduk kat bazar, panas yak mat. baik duduk sini dapat angin sungai...
view sungai Han...
di kesempatan ni, anies nak ucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 62. Merdeka! Merdeka! Merdeka! dan selamat bercuti!
thanks 4 reading
daaa...