Nha Trang, Vietnam: VinWonders - naik cable car

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas puas habiskan duit, ahli rombongan kami kembali semula ke Restoran Karim Champa (boleh baca di SINI) untuk makan tengah hari. kata our tour guide, kami kena makan banyak-banyak sebab lepas ni, susah nak dapat makanan halal. tambah pula kami akan berada di suatu kawasan yang tak boleh bawa makanan dari luar.

so, apa lagi? masing-masing makan macam tak ingat dunia😂😂😂 lepas makan, kami solat jamak dan kemudian naik bas semula untuk ke VinWonders.

FYI, VinWonders - ketika anies berada kat sini, namanya adalah Vinpearl Land. tapi pada bulan April / Mei 2021 (kalau tak silap) namanya ditukar ke VinWonders. walaupun dah tukar nama, tapi 'pulau keriangan' ni tetap tak surut dengan pelancong, baik dari dalam negara mahu pun dari luar.

VinWonders ni lebih kurang macam Pulau Sentosa, Singapore. bezanya, kat sini tak ada Universal Studio. selain resort mewah, hotel lima bintang, pantai yang cantik, VinWonders turut dilengkapkan dengan taman tema, mini zoo, taman bunga, restoran, padang golf dan macam-macam lagi.

kiranya, kalau dah datang sini, tempoh sehari memang tak cukup untuk jelajah keseluruhan tempat. memang perlu bermalam barulah puas kot! ehem! (sambil menjeling blogger Salbiah M)

tapi kami berada kat sini tak sampai pun 10 jam. rasanya dalam 6 - 7 jam je kot. tiba sini pun dah tengah hari. jadinya, apa yang ada, tu lah yang kami nikmati. tambah pula datang dengan warga pencen. so faham-faham jelah...

berbalik ke tajuk, sebelum ke VinWonders, semua pengunjung harus menaiki cable car. ni kerana VinWonders terletak di sebuah pulau bernama Vĩnh Nguyên. ni pulau original tau! bukan pulau buatan.

selain cable car, kalau korang jenis yang gayat, korang bolehlah naik high speed boat. kalau nak lebih adventure, boleh try naik canoe. tapi kalau naik high speed boat atau canoe, maka secara tak langsung korang akan terlepas untuk menikmati keindahan laut dan pulau Vĩnh Nguyên ni.

dari stesen pelepasan sampai ke arrival hall, masa yang diambil cuma 10 minit je. waktu menunggu pun sekejap sebab cabin cable car nya sangat banyak.

ada satu tip anies nak share kalau korang berhasrat nak naik cable car ke VinWonders ni: JANGAN BALIK sejam / 2 jam sebelum ditutup. kenapa? sebab queue.... panjanggggggg gila!!! kami dah kena on the way balik. beratur je dah ambil masa sejam lebih!!! nak tercabut kepala lutut dibuatnya!!! ingat tau!

okeylah, macam biasa anies akan share beberapa keping gambar untuk tatapan korang. oh ya sebelum tu just nak habaq, cerita kat VinWonders ni agak panjang. so anies bahagikan kepada beberapa part. manalah tahu kalau ada rezeki korang ke sini nanti, bolehlah belek-belek blog yang tak seberapa ni.

lagi satu, harga tiket masuk ke VinWonders ni anies tak tahu sebab ia dah termasuk dalam pakej pelancongan kami. korang boleh check harganya kat Klook.com ya.

kaunter tiket. memang lengang sebab kami sampai dah tengah hari. kalau kami sampai waktu pagi, mesti sesak kat sini.

tiket & pamphlet. biasa laa tu. ambil pamphlet bukan baca pun😂😂

ahli rombongan kami - di departure hall. semua penumpang harus naik tangga (sebelah kiri gambar) untuk menunggu cable car. 

tak sempat nak snap gambar masa kami naik cable car sebab bila cabin sampai, masing-masing terus naik. laju sangat masa tu. so bila dah berlepas barulah dapat snap gambar. cantik kan warna biru laut ni? high speed boat yang anies maksudkan di atas, tu... nampak tak boat warna putih sebelah bawah gambar?

stesen pelepasan/departure hall dari jauh. gayat tak masa ni? personally anies tak rasa apa-apa pun sebab bila tengok laut yang membiru tu, rasa tenang je...

sebenarnya kan... masa ni... anies tengah mengantuk yakmat!!! tu laa akibatnya makan tak ingat dunia sebelum kami ke sini... serius! dia punya mengantuk tu, rasa nak rebah je kat lantai cabin cable car ni 😂😂😂

cable car semakin menghampiri VinWonders. agaknya sekarang projek ni mesti dah siap. korang rasa, hotel ke... kasino?

video pendek khas untuk korang.

dah sampai arrival hall. 10 minit perjalanan terasa sangat jauh bagi budak yang mengantuk tu😂😂😂

welcome to Vinpearl Land atau nama barunya, VinWonders Nha Trang.

okey...tu jelah perkongsian untuk hari ni. tinggal sikit je lagi cerita jalan-jalan kat Nha Trang ni sebelum anies sambung dengan entry jalan-jalan yang lain. insya Allah.

thanks for reading & comment.
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

44 Words of Lo♥e

  1. Baru tau kewujudan VinWonders ni hehe. Mcm best je naik cable car menyeberang laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jujr ckp ms dtg sini, sy pun baru tahu kewujudannya hehehe

      Delete
  2. tgk leaflet tu nape tah teringat legoland hihi.. cantik suasana dgn langit biru naik kete cable

    ReplyDelete
  3. syok nyer ....moga ada rezeki datang sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn mudah-mudahan ada rezeki cik tim sekeluarga datang ke sini

      Delete
  4. wow cantik menarik tempatnya mesti best naik cable car rentas laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak! laut membiru tu memang menyenangkan...

      Delete
  5. bestnya jalan jalan tempat orang.. cantik pula tu pemandangannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandnagan laut tu ya betul... mmg cantik! boleh jd ralit menatapnya ;-)

      Delete
  6. What a wonderful view! Have a nice day!

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. insya allah tak lama lagi tu akan sampai ke sana...

      Delete
  8. Ini semacam theme park lah Yaa... Naah saya penggemar berat themepark kak. Apalagi kalo di dalamnya ada wahana ekstreme, lebih suka ❤️.

    Kalo lihat transportasi kesananya, saya prefer cable car juga. Tapi pengen pun coba boat. Kalo yg naik canoe apa tak lama sangat sampainya ? 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul mcm theme park. mungkin sekarang lg byk permainan ekstrem disediakan

      kalau naik canoe mungkin esok baru sampai 😂

      Delete
  9. Wah kak anies bener2 jalan yah hehe perkongsiannya seru2 banget,,,

    Gak sabar ingin tau lanjutan jalan2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa sahaja, mas... ini cerita 2 tahun lepas. baru sekarang sy share hehehe

      Delete
  10. Parece que se divirtieron te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. jauh tak jarak naik dgn tmpat sampai tu? aduh..laut semuanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 min je cik nor. ya betul. kelilingnya laut. means, (naik) dari daratan ke pulau...

      Delete
  12. tengok dari jauh je cable car. kalau datang ramai baru seronok pergi. sebut casino teringat Macau

    ReplyDelete
    Replies
    1. eikk mcm nk ajak je g macau?🤭

      Delete
    2. Haha. tunggu AA buat promo lagi lah. Boleh gi Eiffel lagi

      Delete
    3. bla laa agaknya promo tu yek?😂

      Delete
  13. memang nk ke sini sbb cantik!! hahaha. teringat naik cable car kt taiwan. rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba nnt. naik cable merentasi laut pula😀

      Delete
    2. laut biru tak apa.. hehe kalau kotor nk selfie pun xboleh

      Delete
  14. walaupun dh tukar nama tp tak tukar board atas gunung tu. nama vinpearl pun dh pakai bertahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap nama vinpearl masih kekal sbb ada related dgn mgmt company

      Delete
    2. ok lah tu. memang nha trang popular dgn vin pearl

      Delete
  15. Menarik.. Biasa kete cable ni kat bawah kawasan hutan aje kalau tempat kita. Sana bawah dia air laut. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dia ikut cable car pulau sentosa agk nya

      Delete
  16. Cantik tempat ni... br 1st baca ttg tempat ni... naik cable car merentasi laut mst best

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dinafikan scenery kat sini mmg lawa... tak silap sy ni satu2 nya cable car yg melintasi laut yg ada di vietnam. yg lain melintasi hutan/gunung (@ Pansifan di Hanoi & Ba Na Hill di Danang)

      Delete
  17. Indahnya pandangan dari atas, laut terlihat tenang dan boat-boat yang melayang,,,

    ReplyDelete
  18. Hehe tidak sangka warga pencen ambil pakej naik label dan ada taman tema.
    Kalau sayapun sudah tidak minat. Apapun cantik pemandangan.
    Tidak sabar tengok aktiviti Anies

    ReplyDelete
    Replies
    1. kn ikut NA kalau tak ikut diorg nak g ke mana?😁

      Delete
  19. Bestnya kereta kabel merentasi kawasan macam ni, macam-macam boleh tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sbb selalu kereta kabel melintasi gunung/hutan je kan mcm kat langkawi tu

      Delete
  20. alamak! cantiknya pemandangan :)
    subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. yap betul mmg cantik sgt laut yg membiru

      Delete
  21. Cantik betul pemandangan dari atas..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆