Nha Trang, Vietnam: shopaholic abroad - Trung Tâm Thương Mại Nha Trang

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Cerita basi ni bersambung dari SINI.
.
.
.
lepas sarapan, bas kami menuju ke suatu lokasi yang kedudukannya masih lagi berada dalam bandar Nha Trang. meskipun dekat (dengan restoran) perjalanan pagi tu agak perlahan disebabkan keadaan trafik yang sesak. mungkin sebab orang ramai nak pergi kerja.

oh, ya... maksud title di atas adalah: Nha Trang Trade Centre. (shopaholic abroad tu, refer kepada novel karya Sophie Kinsella) kalau korang pernah pergi Ben Thant @ Ho Chih Minh City, haa... lebih kuranglah macam tulah keadaannya. bezanya, kat sini tak ada jual kain ela atau tudung Neelofa tepi jalan (blogger Nina Mads jangan sengih-sengih!). 

kat sini banyak menjual barangan keperluan harian seperti baju, buah-buahan, kudap-kudapan dan tak lupa juga, souvenir. tapi souvenir yang ada tak berapa nak best sebabnya lebih kurang sama je dengan souvenir di tempat-tempat lain (di luar Nha Trang). jadi, anies tak beli apa-apa kecuali bidai pintu.

agak lama jugalah ahli rombongan habiskan duit masa kat sini. disebabkan bosan lepas membeli belah, anies dengan mak cik duduk kat gerai jual air kelapa sementara tunggu yang lain selesai shopping.

dan macam biasa... beberapa keping foto anies sertakan kat sini untuk tatapan korang.

nilah tempatnya... agak besar dan puas jugalah menjelajah pasar ni. kalau tak percaya, cuba tanya blogger Salbiah M. dia pun pernah ke sini. tapi janganlah korang tanya entry tentang pasar ni kat dia. dia cakap, entry Dalat & Nha Trang dah tergantung sepi😂😂😂

kawasan hadapan Nha Trang Trade Centre... banyak gerai-gerai kecil menjual pelbagai jenis barang termasuk makan minum.

sebaik tiba, our tour guide terus bawa kami ke tingkat atas dan 'serbu' kedai souvenir. so, semua ahli rombongan pakat serbu kedai kecil ni. kesian pula anies tengok kedai-kedai yang lain. diorang pandang je mak cik-mak cik ni membeli belah tapi tak singgah kedai diorang...

view dari tingkat atas (ruang niaga di tingkat bawah). laluan antara kedai-kedai ni sempit. kalau orang ramai, confirm berlaga tumit!

view dari aras bawah (ruang niaga tingkat atas). kawasan di tingkat atas tak seluas aras bawah.

pergilah ke mana-mana ceruk di dunia ni. yang nama kedai pakaian, is everywhere...

yang selalu lupa daratan lepas membeli belah tu, bolehlah bertandang ke kedai ni. jangan nanti dah sampai airport baru nak menyesal sebab luggage dah membuncit😂😂😂 (p/s blogger Nina Mads: macamku kenal situasi ni)

ni cuci-cuci mata je. lepas dapat bidai dah tak cari yang lain dah. oh, ya bidai tu sebenarnya officemate anies punya. dia pernah cakap, kalau anies ada terjumpa bidai yang diperbuat daripada manik / kayu, dia minta tolong belikan. last last jumpa kat Nha Trang ko! jauh betul bidai ko ni ya, Adah!😂😂😂 bila balik Malaysia, si Adah ni cakap bidai yang anies beli tu cantik. jadi, dia minta belikan lagi. kebetulan blogger Salbiah M datang ke sini, jadi anies terus kirim duit kat dia.

dari dalam pasar, moh ler kita ke luar pasar. jom tengok apa yang ada...

macam-macam perkakasan rumah pun ada kat sini. 

kawasan menjual makanan kering termasuklah pelbagai jenis kekacang. tapi kami tak borong gajus kat sini.

gambar ni ter snap tau! ingat nak share suasana kat pasar basah tapi ter snap yang ni. ya ampunnn...🤭

gerai buah-buahan memang banyak. yang geramnya, saiz buah kat sini besar-besar. nak beli tapi takut tak muat luggage😂😂😂

okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. ada banyak lagi gambar tapi bila check, lebih kurang sama je. so anies pilih yang berkaitan je. well, thanks for reading & comments.

daaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

46 Words of Lo♥e

  1. mama nampak durian tuu.. yumyum bestnya jenjalan shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. ms tu kat siji baru start musim durian. nak tanya harga tp tu laa org sn x tau ckp BI

      Delete
  2. Durian belanda menarik perhatian ku..hahaha

    ReplyDelete
  3. Anggaplah entry ko ni mewakili entry aku. Haha

    ReplyDelete
  4. Kalau perempuan dah sampai tempat macam ni kata tak nak membeli jangan percaya hehehee...

    ReplyDelete
  5. Me pareció un genial lugar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sí, es un gran lugar para visitar y hacer compras jajaja

      Delete
  6. shoping buah durian vietnam ka anies sedap tu

    ReplyDelete
  7. Hello, i didn't translate your post but your photos look good. Thanks for sharing. :)
    Have a good weekend..

    ReplyDelete
  8. Doyan... Uishhhh geram tgk doyan.. ;)

    ReplyDelete
  9. Shopping kat sana mesti murah2 kan. Klu sebut Vietnam terus terbayang kain tudung branded tiruan dan kain-kain cantik hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kat sini, ada murah ada mahal. tp nak dpt murah kena guna tour guide hehehe

      Delete
  10. Hadoilah.. Kalau muat memang Anies nak beli ke buah-buah tu bawa balik.. Sakan ye Anies.. Tapikan kalau beli nak kirim juga lah.. Boleh ke? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa... bla travel ni, ni laa masalahnya. shopping tak hingat dunia. bla nak beli yg lain br tersedar beg dah x muat hehehehe

      Delete
    2. Ini perkara biasa Anies.. Kikiki.. Beli dulu, muat atau tak kita fikir kemudian.. Kalau tak beli, nanti teringat-ingat.. hehehe..

      Delete
    3. teringat2 tu yg payah hehehehe

      Delete
  11. Tempat shopping macam nih saya sukaaa tiap kali traveling 😄❤️. Dan terkadang langsung bingung karena Luggage tak cukup. Yang sudah2, pastilah harus beli Luggage baru 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan kebanyakan masalah tak cukup luggage tu terjadi pada orang perempuan, kan mbak fanny? hahahha

      Delete
  12. Bom início de semana com muita paz e saúde minha querida amiga.

    ReplyDelete
  13. Kalo lihat dari foto2nya, suasananya mirip spt ITC di Jakarta ya Mba.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITC saya belum pernah sampai lagi, mas. kalau Tanah Abang, yes...saya pernah sampai

      Delete
  14. done baca yg ni.
    mau reverse baca old entry :)
    suka baca bab jalan-jalan ni.

    ReplyDelete
  15. Banyak yang bisa dilihat, apalagi buah-buahannya. Soalnya di medan, masih terbatas buahnya. Kalaupun ada, harganya lumayan tinggi..

    ReplyDelete
  16. Ini memang tempat borong barang.
    Kalau beli buah tidak tahan lama sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli buah tp sebelum bergerak ke airport hehehhe

      Delete
  17. Gaya macam masuk Pasar Payang kat Ganu la wak, pasar lama yang dulu...tapi tak jumpa durian la bezanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke? alamak! sy x penah smpi lagi pasar payang ;-)

      Delete
  18. Banyak pilihannya ya, rasa mau diborong semua...
    Kalau saya di sana, mungkin segala macam manik nak dibeli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap pilihan sangat banyak. yang penting pandai tawar menawar

      Delete
  19. Wah. macam macam adaaa..Sampai sini memang shopping sakan lah beli apa yang perlu. Kadang yang tak perlu pun ngikut balik. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mcm2 ada. tp yg best semestinya kekacang. murah2 esp gajus

      Delete
  20. kalau jelajah solo agaknya buah2 tu dh beli bwk mkn di hotel haha.. ya pastikan beli luggage lain utk souvenir kalau tak memang tak muat beg haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa mkn kat hotel je. tp ada masalah jg sbb x de pisau nk potong😁

      Delete
  21. kalau bawak mak2 memang semua benda nk borong.. kesiannya kedai2 yg lain kenapa tak masuk beli souvenir

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau laa nina. sy nmpk keadaan tu cpt2 beralih trn bwh. x leh tgk muka2 penjual sblh kedai tu. kesian😔

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆