Singapore: Masjid Sultan
9:53 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
perut dah kenyang. azan Zohor pun dah berkumandang, jadi marilah kita ke masjid untuk solat.
kami sangkakan tak ramai jemaah. bila tiba kat halaman masjid... hah... hambikkk! beratur ko tunggu turn ke tandas dan ambil wuduk!
anies cakap kat 2 orang kawan baru tu: "apa kata kita curi curi masuk tandas lelaki yang tengah lengang tu?"
si Aishah terus setuju😂. sambil perhatikan security guard, tanpa berlengah dia terus masuk tandas lelaki!😁
Aishah bukan nak ke tandas tapi dia cuma nak ambil wuduk je. tambah pula kami kan kejar masa.
bila semua selesai barulah kami ke tingkat atas (ruang solat wanita) menggunakan lif. sebaik melangkah masuk, terasa sejuk sikit badan ni sebab ada banyak kipas angin😀
tanpa tunggu lama, kami terus solat jamak. usai solat, bersiap then terus keluar. tapi... takkan anies nak keluar macam tu je kan? so, snap laa beberapa keping foto untuk kenangan.😁
inilah masjidnya. dibuka kepada orang awam pada tahun 1932. means, 10 tahun lagi usianya mencecah 100 tahun! masjid ni sangat besar. kalau ada masa panjang, nak juga rasanya tawaf masjid ni seketika... almaklum laa... kami tak pernah sampai sini lagi...
ruang solat lelaki di tingkat bawah...
tingkat atas - bahagian belakang ruang solat wanita...
para jemaah wanita selepas solat. mungkin mereka berehat seketika sebelum beredar... oh ya, dalam masjid ni tak boleh tidur ya. nanti security guard datang kejut!😂😂😂
kedai-kedai dan restoran-restoran depan masjid...
trademark Masjid Sultan - kubah berwarna emas...
pintu gerbang - lorong untuk ke masjid.
suasana trafik di Kampong Glam. untuk ke masjid, masuk ikut laluan sebelah kiri (gambar).
sempena hari Jumaat terakhir untuk 2022, maka berakhirlah perkongsian daripada anies sekaligus menjadikan cerita ni sebagai entry penutup. terima kasih yang tak terhingga buat semua rakan blogger yang sentiasa beri sokongan tak berbelah bagi menerusi komen-komen yang ditinggalkan meskipun anies pernah 'hilang' seketika.ada sesuatu ingin anies berikan kepada rakan-rakan blogger terpilih. tapi urusan penghantaran belum dibuat lagi sebab ada amanah yang anies perlu dilaksanakan terlebih dahulu sepanjang Januari nanti. insya Allah bila selesai semua nanti, anies akan pos berperingkat.
TERIMA KASIH 2022 & SELAMAT DATANG 2023. panjang umur kita jumpa lagi.
daaa...
59 Words of Lo♥e
What a gorgeous mosque ,thanks for your sharing ....
ReplyDeleteabsolutely. thanks dear👍
DeleteMasyaallah, masjidnya bagus luar biasa.
ReplyDeletemampir ke singapura nanti jgn lupa ke sini ya buk!😀
DeleteOh... naughty ye menyelinap masuk tmpt wuduk lelaki.. nasib xde lelaki masuk tgh berwuduk tu.. hihi.. mcm tu rupanya singapore.. ingatkan moden city sgt rupanya mcm biasa2 di malaysia jugak
ReplyDeletesbb toilet pompuan melimpah smpi ke luar. dah laa panas terik. tu yg msk toilet lelaki😂
Deletekaw kampong glam ni lbh krg mcm kg baru KL. yg moden tu... tu haaa kat area Marina😀
Es muy bella mezquita te quita el aliento. Pasaba a desearte un feliz año lleno de prosperidad para ti y para tu familia. Te mando un beso.
ReplyDeletetipikal tandas pompuan kalo macet kt mana2 pon mesti selalu beratur sbb xde mangkuk kencing berdiri cam tandas lelaki kannns., huhuhu
ReplyDeletediorg berkubang sblm amik wuduk wak tu yg lamaaa bebenor
Deletemasjid bersejarah, makasih salam kenal
ReplyDeletesama sama. salam kenal juga👍
Deletetak pernah lagi singgah solat di masjid sultan ni. setakat lalu je.
ReplyDeletennt dtg sini singgah n solat sekali tau😀
Deletenampak besar dan gah masjidnya. haha, nasib baik ada partner in crime.
ReplyDelete😂😂😂tak pe niat baik
DeleteMengapa tandas dan tempat wuduk lelaki tidak ramai orang?
ReplyDeleteHehe nasib baik ambil wuduk tiada lelaki yang datang masuk.
Amanah? Macam kerja berat Anies kena buat.
Selamat Tahun 2023.
sbb jemaah lelaki x ramai. ahli rombongan kitorg pun ramai pompuan. tu ug sesak😁
Deleteya NA. nama pun amanah. mmg berat tp kn buat jg
masyaAllah masjidnya besar dan kokoh sekali ya.
ReplyDeleteya betul tu😀
DeleteCantek sungguh binaan Masjidnya.. Kedai yang ada disekitar Masjid pun rare macam pekan lama.. Selamat tahun baru Anies.. Terima kasih sudi singgah blog ibu dan tinggalkan komen.. Baru berkesempatan nak BW ni.. ;)
ReplyDeleteyap mcm pekan lama di tgh2 bandar metropolitan😀
Deleteslmt thn baru jg sis terima kasih atas komen2 spnjg 2022👍👍
Dia 31 de Dezembro último dia do ano. Amanhã começará 2023, te desejo um feliz ano novo com muita paz, saúde e novas conquistas. Grande abraço carioca do seu amigo Luiz Gomes.
ReplyDeleteSuch an interesting city, have a great 2023!
ReplyDeletethanks dear👍
DeleteSaya tahu mesjid nih tapi belum pernah kesana lagi 😄. Tiap ke singapur tak pernah lama. Lebih lama kalo ke Malaysia 🤣
ReplyDeleteTernyta cantik dan besar dalamnya ya kak. Nanti kalo ke sing lagi jadi teringin nak sholat di sana
nnt datang singapore bolehlah singgah sini...
Deleteya sy faham. ramai pelancong datang sehari je. lps tu masuk malaysia😂
SELAMAT TAHUN BAHARU ANIES SUKSES DAMAI SELALU
ReplyDeleteselamat thn baru kak😀terima kasih
DeleteSelamat tahun baharu 2023... dan kenangan berada di masjid merupakan moment yang terbaik
ReplyDeletebetul tu tambah pula masjid yg bkn selalu kita dpt dtg
Deletewow such an epic city!
ReplyDeletethats true😀
DeleteWonderful place!
ReplyDeletethats right👍
DeleteTeringat masa join conference kat Singapore dulu, bila cari masjid nak solat rata2 penduduk sana sebut Masjid Sultan. Tapi yang peliknya lepas kami pusing-pusing cari jalan. Sampai ke masjid yang lain pulak dari gambar ni. Haha
ReplyDeleteya ke? conference kat mana tu? masjid ni kat kampong glam
DeleteWoW such a beautiful and perfect masjid. Looks very big and tidy. It is really different. Thanks for sharing. Greetings.
ReplyDeletethis is one of the oldest mosque in Singapore. urw dear😀
Deletecantik dan besar masjidnya.. tak pernah sampai sini lg
ReplyDeleteada rezeki ke singapore nnt bolehlah sggh solat sini
Deletein shaa allah aminnn
Deleteaminnn
DeleteCantik sangat masjidnya.. Luas dan lapang.. Bila dalam keadaan terdesak macam tu, Sha pun akan ke tandas lelaki.. hehehe.. Janji ada orang jaga depan pintu..
ReplyDeletedrpd tggu lama kat tandas pompuan tu baik laa kite buat sesuatu kannn😀
DeleteAlhamdulillah... Semua kenangan 2022
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteMasyaAllah...
ReplyDeleterumah Allah yg dimakmurkan
DeleteBila. Lah nak jejak kaki kat sini...
ReplyDeletennt ada rezeki ke singapore bolehlah sggh solat sini
DeleteBila. Lah nak jejak kaki kat sini...
ReplyDeletex lama dah tuuu
Deletebesar dan luas masjid ni
ReplyDeleteya betul
DeleteKalau selfie dalam mesjid terlihat very special, sangat cuuaanntikkk
ReplyDelete😁😁😁 selfie sebab member dah keluar masjid earlier
Deletespot wajib ni kalau ke s'pura :)
ReplyDeleteBesar dan luas masjid ni. Bukan main ayu lagi gambar cik kak yang selfie di dalam masjid itu 😍🥰
ReplyDeleteLuas masjid dia. Saya tak pernah sampai ke Singapore.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆