Pages

Monday, 8 May 2023

Kacau dodol @ 3 Syawal

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Dah macam jadi tradisi pula dalam keluarga kami - kacau dodol di bulan Syawal. selalunya orang kacau dodol sebelum Syawal. tapi tak apalah. yang penting masing-masing happy dan boleh tolong buat macam-macam kerja.

nak kacau dodol ni, banyak kudrat diperlukan. dari petik kelapa sampailah ke penyediaan unggun api. 

kali ni kami decide nak kacau dodol guna kayu api, sama macam kami buat pada raya tahun 2016 (boleh baca kat SINI). tahun lepas (boleh baca kat SINI) kami guna dapur gas. memandangkan cuaca agak panas, maka dahan or ranting kayu senang nak dapat (cari belakang rumah. tak basah/lembab).

lepas makan tengah hari, barulah kami sediakan unggun api sambil cari batu alas yang sesuai untuk dijadikan tungku.

Alhamdulillah cuaca sangat baik hari tu. tepat jam 2.15PM bancuhan santan mula dicurahkan ke dalam kuali. nak kacau dodol ni, timing pun kena ambil kira. tahun lepas, almost 3 jam ++ baru selesai. tahun ni kami guna kayu api. so harapnya tempoh memasak tu lebih pendek/cepat.

bancuhan santan dan tepung pulut siap dituang ke dalam kuali. tahun ni kami buat 5 kampit je. (5 kampit merujuk kepada 5 kampit tepung pulut. so berat dodol yang bakal diperoleh nanti sekitar +-12kg)

masa dodol tengah cair ni memang ramai yang jadi terpaling rajin. tunggulah nanti bila dodol dah keras. semua pakat cabut lari😂

mentang-mentang tahun ni kacau dodol bawah pokok... tengok tu! siap bentang tikar lagi + angkut bekas kuih raya. sambil tu menyembang dan bergosip😂. tapi tangan still ralit menganyam ketupat reben. my family memang jenis multi tasking😂

dodol masih cair lagi. masa ni air gula merah dah dicampurkan. yang tak boleh tahan tu, dodol start bubbling and terpercik sana sini. kalau kena kaki confirm melompat menjerit 😂 pijar beb! oh ya lupa nak snap foto kami makan dodol cair cicah dengan roti Perancis. perghh... masing-masing puji melangit sebab rasa dodol cair tu tak ubah macam kaya! makan panas-panas. mana tak sedap?!!

dodol dah masuk fasa 'keras' dan berat. masa ni, muscle 💪 sangat diperlukan. jenis lapar then buat Tik Tok live yang makan banyak juga kena juga tolong kacau😂 barulah fair! ehh... anies! kau tu menceceh je lebih! kau kacau dodol tak masa tengah keras ni?

woi!!! tengok oranglah... ni spesies walk the talk Mat! 😂 apa barang OOTD raya je lebey tapi pemalas buat untuk content je...💪💪 jujur beb! lenguh jugalah lengan berhari dok kacau dodol ni...

Alhamdulillah siap juga dodol 3 Syawal tahun ni. rasa berbaloi sangat guna tungku kayu api sebab tempoh mengacau dodol kali ni cuma 2 jam 1/2 je. 4.45PM kami dah angkat kuali. mama cakap, mungkin sebab faktor api yang marak sentiasa. once habis kami ganti kayu lain. plus, tukang kacau dodol pun ramai.

dodol dimasukkan dalam bekas macam ni. setiap family member akan dapat 2 or 3 bekas dodol. 

well, tu jelah perkongsian untuk hari ni. nanti anies share lagi aktiviti Syawal kami. thanks 4 reading.
daaa

40 comments:

  1. kt opis dlu2 ada yg amik order juga utk dodol..dia kacau ngan family ...mmg bila part keras tu jenuh la nk ngacau kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh bgs nya buat bisnes. skrg ada lg ke dia menjual?

      Delete
  2. aduhai meltingnya dodol buat sendiri tu anies..tertelan2 airliur saya..kalau makmertua saya buat dodol beras pulut pun kisar sendiri terlebih rajin betul dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii ni mmg betul2 terlajak rajin niiii kami x sanggup nak kisar sendiriiiii

      Delete
  3. bestnya dodol. akak suka tau. dulu2 mak abah niaga dodol sampai ke Singapore gitu. seronok sgt.

    ReplyDelete
  4. Wah..seronok tengok! Masih mengekalkan tradisi kacau dodol.

    Buat Syawal la bagus kan, kacau dodol perlu tenaga banyak. Nak pulak kena musim panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa. kalau bln puasa x de sapa nk tlg. bln raya ni ramai yg rajin 😁

      Delete
  5. Rajin bebenor, kome sefamily kacau dodol. Seronok nengoknya. Terer aaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla ramai nk toling keje berat jd mudah. salah 1 cara nak berseronok pun ya😁

      Delete
  6. wah seronok nya ada aktiviti mcm ni..meriah gitu.
    memang penat kacau dodol ni..but ramai2 mcm ni seronok sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... bla ramai2 mcm ni x terasa penat mengacau...

      Delete
  7. Seru ya kacau/aduk dodol..bila masih cair belum pegal kalau sudah keras..baru terasa pegal 😁.saya suka dodol yg baru masak masih lembut....saya tak pintar masak dodol seperti Anies😀selalu beli jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dinafikan ramai suka dodol cair/baru masak. tapi since dodol keras nak simpan lama tanpa dimasukkan dalam peti ice, jadi kami buat yang keras. boleh tahan lama sikit berbanding yang cair

      Delete
  8. haha dulu pernah lah tolong tok wan kacau ddool tapi sekarang member guna mesin je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenaga yg dulu dah semakin berkurangan. jd biar mesin yg amik alih

      Delete
  9. mmm i love that kind of family eating and talking:D

    ReplyDelete
  10. Es bueno comer en familia y ese postre se ve muy rico. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. el postre lo llamamos 'dodol'. logramos hacerlo juntos debido al festival de Aidilfitri

      Delete
  11. wah..sedap ni dodol home made..:)

    ReplyDelete
  12. BIla baca post Anies sekeluarga kacau dodol ni teringat pulak moments masa emak Mrs. A tak sakit lutut dulu family Mrs. A pun suka jugak buat dodol beramai-ramai sekarang dah takde sape nak layan masing-masing dah veteran huhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kudrat dah x semcm tu... kami ni pun sbb ramai yg nak tolong. hrp seorg 2 buat mmg x laa

      Delete
  13. Saya pernah liat cara buat dodol di Jawa. Karena utk dijual, jadi kualinya raksasa punya 🤣🤣. Pengaduk ya pakai alat, udah ga sanggub tenaga manusia kak 😅😂.

    Jadi pengen cobain ngaduk, pengen tahu seberat apa hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. org dulu tenaganya luar biasa. bisa buat dodol untuk dijual. sekarang kudrat kita tak sama seperti mereka

      Delete
  14. Ramai yang kacau oklah itu. Hehe lenguh badan tidak lepas itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu jd buat sbb ramai nk tlg. lenguh jg laa tp sik baik ada tkg urut dlm family😁

      Delete
  15. anggap tengah melatih otot tangan, tak payah angkat beban.. hehehehe

    ReplyDelete
  16. ramai2 kacau dodol best la.. tahun ni fam sebelah ayah tak bt sbb ramai tak sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb ramai laa tu kami amik kesempatan😁

      Delete
  17. part api marak tu memang best la mengacau sbb masak sekejap saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kena pulak angin sepoi2 bahasa...

      Delete
  18. ammi last kacau dodol masa zaman sekolah rendah...tu pun tolong makcik kalau waktu cuti sekolah. tp mmg berat sangat..masa tu lagilah halus mulus je lengan ni. dah sejuk nak packing pulak...tapi packing 100 gm...10gm masuk mulut

    ReplyDelete
  19. salut la org yg mampu kacau dodol ni. tapi kalau buat ramai2 tak terasa kan

    ReplyDelete
  20. Tu dia.. kacau dodol tu.. Lama dah tak nampak aktiviti ini.. Bukan senang nak kacau..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆