Tikar mengkuang

11:45 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tikar mengkuang bukan sesuatu yang janggal dalam masyarakat kita. ia telah digunakan sejak sekian lama sebagai salah satu peralatan rumah selain karpet dan tikar getah.

anies tak berapa pasti hal yang satu ni di mana, suatu ketika dahulu khabarnya salah satu barangan yang dihadiahkan kepada orang yang meninggal dunia (atau lebih tepat kepada tuan rumah) adalah tikar mengkuang.

tujuannya untuk dijadikan alas kepada mayat khususnya ketika proses mandikan mayat. kalau ada salah dalam hal ni tolong perbetulkan ya.

tikar mengkuang kat rumah anies... yang jenis berwarna-warni dah lama jadi 'arwah'. ni, mama beli sebab jiran sekampung yang jual. saiz pun kecil je.


dan satu lagi, menariknya setiap bayi yang dilahirkan pasti ada sehelai tikar mengkuang disediakan untuknya. ia dijadikan pelapik atas tilam bayi. kalau nak alihkan bayi yang sedang baring, just tarik sahaja tikar mengkuang tersebut. tapi dalam hal ni, saiz tikar mengkuang guna kecil sahaja. bukannya sebesar tikar mengkuang yang diletakkan di ruang tamu.

 kalau hal di atas ada salah silap, tolong betulkan ya... 

pokok mengkuang. kredit gambar.


apa lagi perkara menarik tentang tikar mengkuang yang korang tahu? jom share kat ruang bawah.

thanks 4 reading...
daaa

p/s anies agak sibuk minggu ni. mungkin BW tertangguh seketika. maaf ya...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



psst... korang design oval based ni ☝☝stoknya dah susut. lepas ni, no more design oval dikeluarkan pihak UDS. so, grab yours now!


👇👇👇👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

60 Words of Lo♥e

  1. Tikar mengkuang.. Sha suka tengok jalinan-jalinan yang membentuk sekeping tikar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yg mahir buat mcm2 corak tu, salute kan?

      Delete
  2. Dulu mak kita buat sendiri jew untuk kegunaan sendiri... Susah nak carik daun mengkuang sekarang... Pilihan yang ade... Beli jew yang dah siap 🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah...kawasan paya semua dah naik rumah... mana laa nk dpt pokok mengkuang lg...

      Delete
  3. Memang orang sudah berkurangan guna tikar mengkuang. Ramai guna tikar getah.

    ReplyDelete
  4. Arwah nenek saudara saya dulu ada buat tikar mengkuang.. Lama dah. Masa saya kecil dahulu. Tapi masih teringat bagaimana beliau mewarna daun mengkuang, menganyam daun menngkuang sehingga menjadi tikar.. Kalau orang kata tikar ni mahal, memang patutlah, sebab proses nak buat bukannya mudah, dan mengangkat masa yang lama juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh menarik tu... kalau dulu sng dpt sbb ramai yg mahir menganyam. n harga pun murah. tp skrg yg mahir menganyam pun boleh bilang dgn jari. proses nk buat bkn nya mudah. no wonder harganya mahal ;-)

      Delete
  5. Sempat juga masa kecik2 dulu tengok mak sedara dan jiran anyam tikar mengkuang. Dapat lihat dari proses menebang pokok,merebus, mewarna, menjemur dan menganyam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dpt tolong dpt tgk pun dah seronok kn? ;-)

      Delete
  6. Klasik la tikar mengkuang ni. Zaman sekarang payah juga nak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk beli ada. tp kn dtg ke pusat kraf jln conlay kl😊

      Delete
  7. Suka tikar mengkuang sebab sejuk.

    ReplyDelete
  8. lamaa tak nampak tikar mengkuang.. kalau nampak pun tudung saji je :)

    ReplyDelete
  9. Rasa macam nak cari balik je tikar mengkuang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try pergi central market atau ke pusat kraf kebangsaan jln conlay

      Delete
  10. tikar mengkuang ni..jrg2 dah nampak..kalau ade pun jika berada di kampung2 kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tp kat kg2 terpilih je. dulu boleh dikatakan tiap kg ada perusahaan tikar mengkuang ni

      Delete
  11. dulu2 tikar mengkuang alas tidur n hamparan sambut tetamu

    ReplyDelete
  12. Genial entrada y esa alfombra parece muy útil. Te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tienes razón. Este tapete es una de las artesanías tradicionales y todavía se usa hasta el día de hoy.

      Delete
  13. kecik2 dulu tengok opah buat tikar mengkuang dari mula hingga siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kira akk pandai menganyam laa ni ya?👍👍

      Delete
  14. Suka gak tikar mengkuang ni sebab sejuk. Tapi sekarang dah kurang dah orang yang jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kat pusat kraf or tunggu hari kraf kebangsaan. byk jual. sedia $$ je hahaha

      Delete
  15. ehh, tetibe teringat pantun ..

    Kajang Pak Malau kajang berlipat,
    Kajang wak mengkuang layu,
    Dagang Pak Malau dagang bertempat,
    Dagang wak musafir lalu.

    ps. peace yoh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lalu jgn menonong je. beri salam skali😆

      Delete
  16. Boa tarde minha querida amiga. A matéria ficou rica e especial.

    ReplyDelete
  17. Dh lama tak nampak org jual. Kt rumah semua dh buang sbb uzur. Mungkin org yg anyam pun makin kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb ia perlukan kemahiran tggi... kalu nk sy carikan kt pusat kraf jln conlay ;-)

      Delete
    2. nk hampar kt mana tu.. hahah semua rumah ada kucing. tak pasal lingkup tak sampai 1 hari. hahaha

      Delete
    3. Hahaha raya org tak dtg rumah selamat la tikar tu

      Delete
    4. bentang dlm bilik je. lena cpt tuuu hahaha

      Delete
  18. Susah nak cari tikar mengkuang yang betul2 cantik kualitinya sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tp dijual / terdapat di kawasan2 kampung ;-)

      Delete
  19. Kalau dulu2 tikar mengkuang ni macam karpet juga fungsinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun x tenggelam kaki tp once tidur atasnya pasti lena smpi ke pagi hehehe

      Delete
  20. Hello kak Anies!
    Tikar semacam ini pun senang dijumpai di Indonesia, aku pun kat rumah, beberapa tahun yang lalu, punya tikar seperti itu

    ReplyDelete
  21. bagus untuk tidur...sejuk rasanya.

    tapi bukan tidur malam...

    tidur siang sahaja

    ReplyDelete
  22. kalau tidak salah ini bisa dibuat dari anyaman daun pandan yang di keringkan. Daun daun itu terlebih dahulu di rendam dan di keringkan. Nenek saya jago mengayam ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas. ada juga pokoknya dipanggil pandan mengkuang😊

      Delete
  23. Dulu mak kita buat sendiri jer... Sekarang tak der dah 👆

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik tim x sedut ke ilmu menganyam ni dr mak?

      Delete
  24. Susah dah nak jumpa sekarang ni. Mostly memang pakai tikar getah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb x ramai yg mahir buat. renyah pn 1 hal

      Delete
  25. Baru saya tahu kisahnya. Tak pasti juga info pasal tikar mengkuang ni. Yang saya tahu alas untuk duduk je. Dulu tak ada karpet. Tikar mengkuang pun mahal. Saya cari kat shopee untuk buat props gambar.

    ReplyDelete
  26. tak pernah tau pun tikar mengkuang utk baby wajib.. nanti nak tnya mama la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia x wajib tp kalau bagi hadiah tu mmg biasa. 😊

      Delete
  27. oo tikar daun pandan ya kak? samam seperti di kampung saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami panggil pandan mengkuang.... ia lebih tebal, berduri dan memang sesuai untuk buat tikar

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆