✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tikar mengkuang bukan sesuatu yang janggal dalam masyarakat kita. ia telah digunakan sejak sekian lama sebagai salah satu peralatan rumah selain karpet dan tikar getah.
anies tak berapa pasti hal yang satu ni di mana, suatu ketika dahulu khabarnya salah satu barangan yang dihadiahkan kepada orang yang meninggal dunia (atau lebih tepat kepada tuan rumah) adalah tikar mengkuang.
tujuannya untuk dijadikan alas kepada mayat khususnya ketika proses mandikan mayat. kalau ada salah dalam hal ni tolong perbetulkan ya.
tikar mengkuang kat rumah anies... yang jenis berwarna-warni dah lama jadi 'arwah'. ni, mama beli sebab jiran sekampung yang jual. saiz pun kecil je.
dan satu lagi, menariknya setiap bayi yang dilahirkan pasti ada sehelai tikar mengkuang disediakan untuknya. ia dijadikan pelapik atas tilam bayi. kalau nak alihkan bayi yang sedang baring, just tarik sahaja tikar mengkuang tersebut. tapi dalam hal ni, saiz tikar mengkuang guna kecil sahaja. bukannya sebesar tikar mengkuang yang diletakkan di ruang tamu.
kalau hal di atas ada salah silap, tolong betulkan ya...
pokok mengkuang. kredit gambar.
apa lagi perkara menarik tentang tikar mengkuang yang korang tahu? jom share kat ruang bawah.
thanks 4 reading...
daaa
p/s anies agak sibuk minggu ni. mungkin BW tertangguh seketika. maaf ya...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
psst... korang design oval based ni ☝☝stoknya dah susut. lepas ni, no more design oval dikeluarkan pihak UDS. so, grab yours now!
👇👇👇👇
Tikar mengkuang.. Sha suka tengok jalinan-jalinan yang membentuk sekeping tikar tu..
ReplyDeletekalau yg mahir buat mcm2 corak tu, salute kan?
DeleteDulu mak kita buat sendiri jew untuk kegunaan sendiri... Susah nak carik daun mengkuang sekarang... Pilihan yang ade... Beli jew yang dah siap 🌹🌹
ReplyDeleteyalah...kawasan paya semua dah naik rumah... mana laa nk dpt pokok mengkuang lg...
DeleteMemang orang sudah berkurangan guna tikar mengkuang. Ramai guna tikar getah.
ReplyDeletetambah pula harganya pun dah mahal ;-)
DeleteArwah nenek saudara saya dulu ada buat tikar mengkuang.. Lama dah. Masa saya kecil dahulu. Tapi masih teringat bagaimana beliau mewarna daun mengkuang, menganyam daun menngkuang sehingga menjadi tikar.. Kalau orang kata tikar ni mahal, memang patutlah, sebab proses nak buat bukannya mudah, dan mengangkat masa yang lama juga.
ReplyDeletewahhh menarik tu... kalau dulu sng dpt sbb ramai yg mahir menganyam. n harga pun murah. tp skrg yg mahir menganyam pun boleh bilang dgn jari. proses nk buat bkn nya mudah. no wonder harganya mahal ;-)
DeleteSempat juga masa kecik2 dulu tengok mak sedara dan jiran anyam tikar mengkuang. Dapat lihat dari proses menebang pokok,merebus, mewarna, menjemur dan menganyam.
ReplyDeletetak dpt tolong dpt tgk pun dah seronok kn? ;-)
DeleteKlasik la tikar mengkuang ni. Zaman sekarang payah juga nak jumpa.
ReplyDeletekalau nk beli ada. tp kn dtg ke pusat kraf jln conlay kl😊
DeleteSuka tikar mengkuang sebab sejuk.
ReplyDeletetidur siang lena trs😆
DeleteHave a lovely day :)
ReplyDeletethank you dear ;-)
Deletelamaa tak nampak tikar mengkuang.. kalau nampak pun tudung saji je :)
ReplyDeletekan... benda susah buat tu yg x byk jual
DeleteRasa macam nak cari balik je tikar mengkuang ni :)
ReplyDeletetry pergi central market atau ke pusat kraf kebangsaan jln conlay
Deletetikar mengkuang ni..jrg2 dah nampak..kalau ade pun jika berada di kampung2 kan :)
ReplyDeletebetul. tp kat kg2 terpilih je. dulu boleh dikatakan tiap kg ada perusahaan tikar mengkuang ni
Deletedulu2 tikar mengkuang alas tidur n hamparan sambut tetamu
ReplyDeletekannn... sejuk je ;-)
DeleteGenial entrada y esa alfombra parece muy útil. Te mando un beso
ReplyDeleteTienes razón. Este tapete es una de las artesanías tradicionales y todavía se usa hasta el día de hoy.
Deletekecik2 dulu tengok opah buat tikar mengkuang dari mula hingga siap.
ReplyDeleteso kira akk pandai menganyam laa ni ya?👍👍
DeleteSuka gak tikar mengkuang ni sebab sejuk. Tapi sekarang dah kurang dah orang yang jual.
ReplyDeletecari kat pusat kraf or tunggu hari kraf kebangsaan. byk jual. sedia $$ je hahaha
Deleteehh, tetibe teringat pantun ..
ReplyDeleteKajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang wak mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang wak musafir lalu.
ps. peace yoh!
dah lalu jgn menonong je. beri salam skali😆
DeleteBoa tarde minha querida amiga. A matéria ficou rica e especial.
ReplyDeleteObrigado pelo elogio ;-)
DeleteDh lama tak nampak org jual. Kt rumah semua dh buang sbb uzur. Mungkin org yg anyam pun makin kurang
ReplyDeletesbb ia perlukan kemahiran tggi... kalu nk sy carikan kt pusat kraf jln conlay ;-)
Deletenk hampar kt mana tu.. hahah semua rumah ada kucing. tak pasal lingkup tak sampai 1 hari. hahaha
Deletebentang time raya je😆
DeleteHahaha raya org tak dtg rumah selamat la tikar tu
Deletebentang dlm bilik je. lena cpt tuuu hahaha
DeleteSusah nak cari tikar mengkuang yang betul2 cantik kualitinya sekarang ni.
ReplyDeleteada tp dijual / terdapat di kawasan2 kampung ;-)
DeleteKalau dulu2 tikar mengkuang ni macam karpet juga fungsinya.
ReplyDeletewalaupun x tenggelam kaki tp once tidur atasnya pasti lena smpi ke pagi hehehe
DeleteHello kak Anies!
ReplyDeleteTikar semacam ini pun senang dijumpai di Indonesia, aku pun kat rumah, beberapa tahun yang lalu, punya tikar seperti itu
sekarang harganya mahal tak, mas?
Deletebagus untuk tidur...sejuk rasanya.
ReplyDeletetapi bukan tidur malam...
tidur siang sahaja
boleh lena smpi berdengkur😆
Deletekalau tidak salah ini bisa dibuat dari anyaman daun pandan yang di keringkan. Daun daun itu terlebih dahulu di rendam dan di keringkan. Nenek saya jago mengayam ini...
ReplyDeleteya mas. ada juga pokoknya dipanggil pandan mengkuang😊
DeleteDulu mak kita buat sendiri jer... Sekarang tak der dah 👆
ReplyDeletecik tim x sedut ke ilmu menganyam ni dr mak?
DeleteSusah dah nak jumpa sekarang ni. Mostly memang pakai tikar getah je.
ReplyDeletesbb x ramai yg mahir buat. renyah pn 1 hal
DeleteBaru saya tahu kisahnya. Tak pasti juga info pasal tikar mengkuang ni. Yang saya tahu alas untuk duduk je. Dulu tak ada karpet. Tikar mengkuang pun mahal. Saya cari kat shopee untuk buat props gambar.
ReplyDeletesy pun tahu sbb dgr cerita org. 😊
Deletetak pernah tau pun tikar mengkuang utk baby wajib.. nanti nak tnya mama la
ReplyDeleteia x wajib tp kalau bagi hadiah tu mmg biasa. 😊
Deleteoo tikar daun pandan ya kak? samam seperti di kampung saya
ReplyDeletekami panggil pandan mengkuang.... ia lebih tebal, berduri dan memang sesuai untuk buat tikar
Delete