Đà Lạt, Vietnam: Restaurant Fatimah

10:03 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

dari airport, kami terus ke sini sebab memandangkan dah hampir pukul 1.00 tengah hari. perut pun dah berdangdut sakan walaupun dalam flight dah makan 🤣🤣🤣

FYI, kat Da Lat ni ada 2 restoran halal. satu lagi namanya Restoran Kampung Pandan (katanya milik orang Malaysia) since restoran ni kepunyaan our tour guide, jadinya sepanjang berada kat sini, kami memang tak makan kat tempat lain. breakfast, lunch dan dinner semuanya kat sini. mak cu anies cakap, "dah macam anak angkat Fatimahlah pula" 🤣🤣🤣

selain makan minum, kat sini juga ada kemudahan ruang solat dan bilik air. so tak perlu risau fasal nak solat kat mana.

masakan kat sini Alhamdulillah menepati tekak kami walaupun ia tak berapa pedas. anies memang dah tahu hakikat tu. so sebelum ke Da Lat dah beli siap2 sambal hijau sebagai bekalan. bila pekena dengan masakan Vietnam dan sambal hijau, perghhh tu yang makan bertambah2 hahaha...

ada satu cerita lawak berlaku masa kami bersarapan kat sini. our tour guide yakni En. Yunos tanya kami, nak tak telur separuh masak? semua angkat tangan since sarapan pagi tu kami makan roti (bahn mi).

bila telur dah dihidangkan, kami semua pakat gelak. sebab telur yang kami dapat tu bukan telur separuh masak (half boiled egg) sebaliknya telur mata lembu (goreng) yang merahnya cair 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

rupanya En. Yunos pun dah salah faham. kami pun salah faham juga. so kalau nak order telur separuh masak, cakap je telur rebus cair  atau telur rebus keras. kalau tak nanti dpat telur goreng mata lembu.

okey laa macam biasa, anies kongsikan beberapa keping gambar sepanjang kami makan kat sini.

ni laa restorannya... 

dari tepi jalan kalau nampak signboard ni, bolehlah singgah... nak parking kat luar boleh, nak parking dalam kawasan restoran pun boleh. tapi kalau bas besar memang tak muatlah...

suasana dalam restoran... see? kalau nak datang 40 orang pun tak jadi masalah. tu kami baru 20 orang... ada ruang lagi besar disediakan...

tandas dan ruang solat terletak di sebelah kanan. nampak tak susunan kerusi tepi dinding tu? just masuk je akan nampak ruang solat dan bilik air...

ahli rombongan sibuk menjamah...

walaupun kami makan kat sini sebanyak 6 kali (2x breakfast, 2x lunch 2x dinner), cuma ni je laa gambar makanan yang sempat anies snap... bukan tak nak ambil gambar banyak, tapi segan laa dengan mak cik2 pak cik2 yang ada... orang tua kan... diorang dah lapar tapi kita sibuk nak ambil gambar...

ni selingan je... anies sengaja share gambar motel ni sebab ia berdepan dengan restoran ni. so kalau korang datang ke Da Lat, mungkin boleh booked motel ni supaya senang nak cari makanan halal...

ni alamat restoran:

18-24 Nguyễn Du, 
Phường 9, Thành phố Đà Lạt, 
Lâm Đồng, Vietnam.
tel. no.: +84 91 882 51 50


okey tu je yang nak anies share kan hari ni... thanks 4 reading... have a nice weekend...

daaa...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

50 Your Words of Lo♥e

  1. Pergi tempat orang memang tak boleh cerewet pilih makanan. Kalau ikut tekak bawa bekal.
    Kadang-kadang saya pun malas ambil gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul esp kalau backpackers... since g dgn agent ni kite ikut je laa kan ;-)

      Delete
  2. wah menarik ja vietnam ni kan ^_^

    ReplyDelete
  3. Kalau kat Ho Chi Minh banyak restoran makanan halal kan..kat Sini ada 2 je...payah la macam tu..tapi as long as ada tu kira ok la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. HCM belambak resto halal. kat sini cuma 2 je

      Delete
  4. Hahahah klakar lah part telur mata lembu tu. ;) ;)

    ReplyDelete
  5. bagus perkongsian. untuk teman2 yang nak jalan2 ke sana

    ReplyDelete
  6. İnteresting places 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  7. Kakak saya akan ke Vietnam lagi 5 hari and saya tolong2 juga carikan tempat2 best dan makanan halal untuk dorang cuba satu keluarga. I'll put this restaurant and Restoran Kampung Pandan in the list.
    Thank you for sharing the info.

    ReplyDelete
  8. Cik itu yang kemeja sama dengan taplak meja staf restorannya yah? hehee

    ReplyDelete
  9. seronok kalau g luar negara yang mudah untuk makan dan solat. Hanya mampu baca entry anies jer. nak g sendiri dalam mimpi jer kot..haha

    ReplyDelete
  10. Sekarang. Nie Vietnam pon org dah takut nak pi...

    ReplyDelete
  11. wahhhh i dont expect about this, ade juge restaurant halal kat sini,

    ReplyDelete
  12. ini problem utama melancong kat Jepun juga jarang makanan halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. since nak olimpik ni khabarnya da byk resto di sn dapat sijil halal

      Delete
  13. Hahaha, pesan telor setengah masak malah digoreng kan telur mata lembu ya mbak, mana merah-merah nya cair lagi.

    Eh, tapi telur mata lembu pun enak juga kok mbak Anies, aku sering goreng seperti itu mbak.😃

    ReplyDelete
  14. Waduhhh sudah Vietnam...

    Pengen holiday lagi, tapi bawa istri

    ReplyDelete
  15. In Shaa Allah..sy akan jejakkan kaki ke sana.

    ReplyDelete
  16. bestnya dapat travel... saya dah lama x gi jenjalan. salam perkenalan, saya dah follow awk, follow saya juga. tq

    ReplyDelete
  17. wah betul sekali kak, karna vvietnam cukup susah cari makan halal. referensi nya boleh juga

    ReplyDelete
  18. Asyik ya bisa berada di sana...

    ReplyDelete
  19. Me alegra que lo pasaras bien. Se ve un buen restaurante. Espero que hayas tenido un lindo día del amor y la amistad. Te mando un beso y buen fin de semana

    ReplyDelete
  20. Kiter tak pernah lagi sampai sini.

    ReplyDelete
  21. Spot motelnya bagus, jadi pingin coba lihat nih dari Google Earth

    ReplyDelete
  22. que preciosidad de imagenes, me encanta

    ReplyDelete
  23. Tu teloq goreng separuh masak tu, dia lupa sebut 'goreng'..😂

    ReplyDelete
  24. Waah sudah Di vietnam lagi nih mbak Anis.

    Restorannya cukup megah dan masih bernuasa Asia. Tapi cukup menarik untuk berlama-lama disana.😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas... syukur ada resto ni tidak kami kelaparan😆

      Delete
  25. memang mantap porsi nya... mahnyusssss...

    ReplyDelete
  26. you make me wanna go there haha

    ReplyDelete
  27. Oh my! Look at all the yummy food! Thanks for sharing your journey with us!

    ReplyDelete
  28. Luas restorannya. Nampak high class.

    ReplyDelete
  29. Senang juga nak makan kalau ada tmpt macam ni. Kalau tak..jenuh jugak nak travel bawak brahim & meggi..

    ReplyDelete
  30. Terbaik la tour guide tu siap ada restoran sendiri kat sana. Mudah nak makan

    ReplyDelete
  31. ditunggu kak anies update nya lagi heehe

    ReplyDelete
  32. Klu kat tempat yg agak susah nak dpt makanan2 halal, jumpa pula restoran mcm ni.. pehhh.. mmg puas makan. Terbaiklah.

    ReplyDelete
  33. comel je motel tu terletak seketul kat siru.. restoran ni pun nampak proper dan selesa

    ReplyDelete
  34. pandai cari lokasi encik yunos ni.. senang org mesia nk travel nanti. hehe
    kedai pun bersih

    ReplyDelete
  35. gitu rupanya telur separuh masak dia.. kikiki..

    ReplyDelete
  36. Mainlah ke Palembang (Indonesia). Makan pekempek, tekwan, kempelang. Halal 100% 😁

    ReplyDelete
  37. Eh, pelik jadinya bila sebut telur mata lembu. Terus fikir, macammana kejadiannya tu. Loading lama sikit baru paham, telur mata kerbau ye? Kitorang panggil telur mata kerbau :D

    ReplyDelete
  38. Tempting betul.tvk makann dia

    ReplyDelete
  39. Okay sangat ni ada restaurant besar dan selesa kalau ramai pengunjung. dekat pun dekat dengan hotel.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆