Kyoto, Jepun: hutan buluh Arashiyama
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas siap pakai kimono, kami terus ke hutan buluh. tanpa refer signage, kami ikut je orang ramai yang ada kat situ. agak jauh jugalah dari kedai sewa kimono ke hutan buluh ni.
sebaik tiba, anies tersenyum sendiri. memang betullah sangkaan awal. tempat ni overclaim dan over rated. apa yang korang pernah tengok sebelum ni, bukanlah 'sehijau' suasana yang kami nampak.
tambah pula pengunjung tersangatlah ramai dan... terus terang cakap, jangan haraplah nak dapat gambar berlatar belakangkan hutan buluh yang tak ada manusia 'interprem' kat belakang.
ada satu tempat tu yang mana pelancong tak boleh masuk area situ. tapi kami curi-curi ambil gambar kat situ. bukannya kami ceroboh. just bergambar kat situ untuk nampak gambar berlatar belakangkan hutan buluh. tapi sayang... gambar yang di snap kat situ tak cantik sebab gelap akibat terlindung matahari.
anies sengaja biarkan farah cari spot untuk bergambar. lama jugalah dia cari. anies dan nora tunggu je kat situ. bila farah kembali, dia cakap:
"uh, crowded gila kat depan tu! tempat ni over rated lah!"
anies cuma mampu tersenyum jelah. tapi... tak apalah. dah sampai sini, kan? nikmati jelah apa yang ada. kami bergambar seketika dan lepas tu beredar.
sejujurnya, anies tak tahu entrance ke hutan buluh ni cuma ada satu je atau banyak. tapi kat sinilah kami mula dan keluar juga kat sini.
short video @ lorong masuk ke hutan buluh. ramai orang, mat! kat sini kedai pun banyak...
dah sampai!
macam diberitahu kat atas, anies dan nora tak merayau jauh ke depan. dan memang tak tahu apa yang ada kat depan tu. terlalu ramai orang sampai rasa... cukuplah jalan sampai sini je😂
dalam entry minggu lepas anies ada beritahu, tempat (hutan buluh) lain yang korang boleh pergi selain Arashiyama ni. pertama, Adashino Nenbutsuji. kedua, Take-no-Michi. kedua-dua tempat ni terletak kat Kyoto juga. so, kalau korang plan nak ke Kyoto nanti, try laa pergi kedua-dua tempat ni.
mungkin dah hampir winter kot? tu yang berubah warna...
kalau malas nak jalan korang boleh try naik jinrikisha rickshaw. ada laluan khas untuk jinrikisha ni dan takkan bercampur dengan orang ramai yang berjalan... harga tambang naik jinrikisha ni kalau tak silap, bermula dari ¥5000 per person.
ni laa kawasan yang orang ramai tak boleh masuk tu. tapi kami 'ceroboh' sekejap untuk bergambar then keluar. ni adalah laluan untuk jinrikisha.
foto paling 'senonoh' yang dapat kami snap😂 sebabnya orang asyik kacau je time nak bergambar. okey... kenapa tak pakai kimono? sebenarnya anies ada target sendiri. disebabkan selalu baca manga, jadi anies berasakan waktu paling sesuai untuk pakai kinomo adalah... bila mana anies dah sampai kat satu kawasan kat Jepun ni. kat mana tu? haa... mana boleh habaq. tak suprise laa... 😉😉
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. korang, anies agak sibuk dalam minggu ni. insya Allah ada kesempatan esok lusa anies BW. terima kasih kerana sudi tinggalkan jejak.
thanks for reading
daaa...
25 Words of Lo♥e
Kiteorang pergi sini dulu time winter, jadi mmg tak expect buluh2 tu berwarna hijau. Tapi masih lagi rasa menarik jalan2 dalam hutan buluh ni. Pernah terbaca yg buluh2 dekat Arashimaya ni kena jangkit penyakit pokok sbb tu dah tak nampak merimbun mcm dulu.
ReplyDeletetu laa... sy dah balik baru tahu...sayang betul...
DeleteTempat yg ada hutan bambu sih cakep ya...teduh gitu,tapi kalau terlalu ramai orang, malah jadi gak bisa menikmati.
ReplyDeleteNi kalau angin kuat, boleh ngilu dengar batang buluh bergeseran. 😁
ReplyDeletecantiknya berkimono dlm hutan buluh
ReplyDeletekannn kec sy😁
Deletearigato anies..cik nor dtg ni..:)
ReplyDeleteassalammualaikum Anies =) pokok buluh tu kalau hijau mesti `naik` kan gambar =D nak wat cmno hehe. yg penting dapat ceroboh masuk tmpt utk amik gmbor yg org xbole masuk ye haha
ReplyDeleteOoooo... peminat manga rupanya!
ReplyDeleteok la tu dh smpi hutan buluh jepun., hehe
ReplyDeleteBestnya dapat pakai kimono kat sana. Tempat ni yang saya nak pergi ni. Tapi tulah kan, ramai orang bersesak tak syok juga. Kalau menghijau lagi cantik suasananya. Kat mana lah tu agaknya kan tempat Anies nak pakai kimono. Kita nantikan...
ReplyDeleteMe gusto el bosque . Te mando un beso.
ReplyDeletewaahhhhhh hutan buluhh bestnyaaa! ehh mcm mana sis anies blh 'ceroboh' masuk kejap kt area org tak dibenarkan masuk tu???? haippp biasaaa dia ni! hehehe
ReplyDeleteparcel sis anies sudah selamat diterima taw.. macehhhh banyakkk tawww, moga sentiasa dimewahkan lagi rezeki aminnnn aminnnnn
Selalu tengok dalam tv je, cantik nya berkimono.
ReplyDeleteTak seru kalau tak pakai kimono.... Ditunggu surprise-nya
ReplyDeletethis place is incredible!
ReplyDeleteItu pepohonan bambu yang bagus dan indah ya. Saya suka sama perjalanan ini. Makasih ya. Semoga sehat selalu.
ReplyDeletesampai di hutan saja masih bersih tempatnya kalau di jepang ya
ReplyDeleteberbeda sama di tempat saya,
hehe
Dulu saya tak nak kesini pun Krn buat saya dah banyaaaaak sangat traveler yg kesini kalo ke jepang. Saya kan tipe traveler yg tak suka tempat mainstream kak. JD yg sudah banyak ditulis atau dibuat konten oleh banyak orang, saya tak suka.
ReplyDeleteDan lagi hutan bambu ini banyak di Jawa 🤣🤣🤣. Rasa tak berbaloi kalo saya lihat di jepang 🤭. Makanya saya tak kesini saat itu.
Wah cantiknya view kiri kanan pokok buluh tinggi
ReplyDeletePergi Jepun kalau tak pakai kimono tak seronok sangat Sis Anies.😄
ReplyDeleteHutannya sejuk, tetapi malangnya ramai orang.
Syok nyer dah sampai kat bumi Jepun... Salah satu my wishlist... Doakan yer
ReplyDeleteSaya pergi sini waktu winter tahun 2018. Tapi masatu buluh2 dia lawa hijau je. Dulu tak se-crowded sekarang rasanya. Buluh pun boleh jadi suram bila overcrowded dengan manusia agaknya
ReplyDeleteBestnya dah sampai hutan buluh..cantik kawasan ni untuk OOTD tapi susah nak pose kalau ramai orang kan...ke..kena tunggu line clear...
ReplyDeleteMemamg Gang Break The Rules juga Anies...tapi tidak apa kerana ada seba yang tidak dapat kita elak juga
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆