Ustaz Fauzi in da house!
9:39 amKehadiran Ustaz Fauzi Mustafa ke AM merupakan salah satu acara yang direncanakan oleh PPZ (Pusat Pungutan Zakat).
sebagai duta PPZ, beliau telah diamanahkan untuk menyampaikan tazkirah terutama hal2 yang berkaitan dengan harta dan pengurusannya.
tak kenal ustaz Fauzi?
beliau ialah salah seorang MC untuk rancangan Al-Kulliyyah di TV3.
err... dia masih MC lagi ke? (dah lama tak tengok rancangan ni sebenarnya ;-)
antara intipati tazkirah yang disampaikan oleh beliau adalah:
- harta menjadi lebih berkat jika diperoleh menerusi saluran yang halal.
- harta menjadi lebih diberkati sekiranya dikongsi terutama dengan ibu bapa, isteri, anak-anak, etc.
- harta menjadi lebih diredai sekiranya kita tidak lupa untuk bersyukur kepada-Nya.
- harta bukan sahaja merangkumi wang ringgit serta hal-hal keduniaan tetapi juga apa yang ada pada tubuh badan kita sendiri.
- keberkatan sesuatu harta itu boleh dilihat menerusi ketenangan hidup yang kita jalani setiap hari meskipun pendapatan / gaji yang diperoleh adalah 'cukup-cukup makan.'
- sucikanlah hartamu dengan berzakat. keengganan menunaikan zakat ibarat bersedia untuk membiarkan tempat berteduh runtuh kerana salah satu tiangnya (Rukun Islam) adalah zakat.
wallahu 'alam.
21 Words of Lo♥e
suka dengar ceramah ustaz fauzi....best sangat...
ReplyDeleteBestnye....
ReplyDeletebestnyer klu dpt join..
ReplyDeletehehe. saya kenal. *angkat tgn*
ReplyDeletesuke ustaz fauzi. hehe.
pesanan yg berguna
ReplyDeletebestkan sekali sekala dengar takzirah dapat juga ilmukan
ReplyDeleteassalam ..dgr tazkirah jumaat kat cni je lah..huhu
ReplyDeletebtw thanx atas perkongsian ini..
selalu klu akk BW mmg singgah cni..anies x de pun..wow lama betul anies menyepi ek..ingatkan kawin lari ke..oppss!!sory..hehehe
kenal sgt:)
ReplyDeleteSuka ustaz Fauzi ni, orang Ganu kita!
ReplyDeleteselalu tengok kat tv....
ReplyDeletedia selalu bagi ceramah kat ofis aku...
ReplyDeletesuka dengar ceramah ustaz fauzi....best
ReplyDeletesuka dengar ceramah ustaz fauzi....best
ReplyDeleteUstaz Fauzi nie...memang best..
ReplyDeletewahh ustaz fauzi. besnye dpt dgr live die bg ceramah :)
ReplyDeleteassalam dear..mama pun suka dengar ceramah ustaz Fauzi ni..dia tak jadi MC utk Al-Kulliyyah lagi..dah tukar org lain..kadang2 dia berceramah kat rancangan tanyalah ustaz TV9..dia pandai selitkan lawak dlm ceramahnya..tak rasa bosan mendengarnya !!.. :)
ReplyDeletebagus sgt !
ReplyDeleteperkongsian yg menarik :)
ReplyDeletemoga rezeki yg kita cr halal sentiasa.
ReplyDeletekita kena selalu mendengar benda2 baik baru boleh jadi baikkan....
ReplyDeletea very gud sharing ni,anies :)
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆