Hampir setengah abad berkhidmat... tahniah Cikgu Nor!
10:56 am
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Terbaca kat blog Etuza tadi, tiba-tiba anies teringat berita gembira minggu lepas masa balik kampung.
alkisah... cikgu tadika anies dulu dapat hadiah mengerjakan umrah pada bulan depan atas khidmat dan bakti yang dicurahkannya selama ini.
kami panggil beliau Cikgu Nor. kalau korang nak tahu, dia mula jadi cikgu since pak cik anies kecik lagi. sekarang pak cik dah masuk 40++. bayangkan berapa lama dia berkhidmat sebagai guru tadika?
agaknya kalaulah beliau bekerja sebagai pegawai kerajaan, pasti berderet-deret anugerah khidmat cemerlang diterimanya. pasti bertingkat2 jawatan disandangnya.
tapi apa yang anies nak tekankan di sini bukan pasal anugerah, bukan pasal berapa lama dia berkhidmat, bukan pasal pangkat yang dikejar, tapi pasal dedikasi, komitmen dan kecintaan beliau terhadap tugas dan amanah yang diberi ke atasnya. bukan senaaaaang nak istiqamah dalam satu landasan.
umum pun tahu, gaji seorang guru tadika bukanlah lumayan sangat. lebih2 lagi berkhdmat dengan tadika swasta yang mana sumber pendapatannya bergantung pada yuran bulanan. namun pada anies, Cikgu Nor bukan pandang pada gaji tapi baginya kejayaan anak bangsa hasil didikannya, adalah penyebab utama mengapa beliau kekal sebagai guru tadika melebihi 40 tahun.
melihat anak2 murid boleh / mampu mengenal huruf, membaca, menulis, mengira, menghafal doa-doa, mengaji dan sebagainya adalah kemuncak kepuasan tak terhingga dan tak terucap dengan kata2. pendek kata, semua ini tak mampu dibeli atau ditukar dengan wang ringgit.
jadi, di kesempatan ini anies nak ucapkan terima kasih daun keladi kepada Cikgu Nor yang banyak membimbing, mengajar dan memberi ilmu kepada anies dan lain-lain. anies akui, kerana didikan Cikgu Nor jugalah, anies dah boleh membaca dan menulis seawal usia 5 tahun (anies masuk tadika pada akhir tahun - usia 4 tahun++).
semoga dengan hadiah tajaan umrah ini, bukan sahaja melonjakkan moral tetapi membawa nilai mabrur yang tak terhingga buat Cikgu Nor!
salute!
gambar tak ada kena mengena pun dengan cerita. tapi kalau nak tahu fasal gambar ni, boleh klik kat SINI ya...
thanks 4 reading!
36 Words of Lo♥e
samalah dengan this one cikgu kat kampung sha, dia ngjar dari zaman makcik sha sampai ke zaman sha! tapi dia ckgu smk la :D
ReplyDeletetabik org mcm ni kan?
DeleteAlhamdulillah rezeki cikgu Nor.
ReplyDeleteBaca cerita Anies ni Mrs. A pun kagum dengan semangat dia loyal dengan tugas cikgu tadika tu.
Kalau nak diikutkan budak-budak zaman sekarang lebih suka lompat-lompat kerja nak cari income lebih eh! macam bercakap tentang diri-sendiri jer hahahaa...
apabila cinta pd kerja mengatasi segalanya
Deletetanpa cikgu tak menulis blog la kita..:)
ReplyDeleteheheh betul tu
DeleteAlhamdulillah.. Jasa dan bakti seorang cikgu dibawa sampai ke akhir usia.. Seronok bila dapat cikgu yang komited macam cikgu Nor Anies ini..
ReplyDeletebetul tu... 1 dlm sejuta
DeleteBerkat jaga tugas dan amanah Allah bagi tajaan umrah tuk cikgu Nor. :) Alhamdulillah
ReplyDeleteganjaran utk nya
DeleteGANJARAN PAHALA AMAL SEORANG GURU AMAT BESAR ALHAMDULILLAH
ReplyDeletebetul tu kak
DeleteSekalung tahniah buat Cikgu Nor. Semoga beliau terus bersemangat dan sentiasa berada dalam lindungan yang Maha Esa 😎
ReplyDeleteaminnnn
DeleteInilah satu lagi contoh tauladan hasil dari usaha baik yg disertai minat pasti ada balasan yg baik. Subhanallah walhamdulillah.. tahniah buat Cikgu Nor.
ReplyDeletekan..susah nk dpt org berdedikasi mcm ni
DeleteAlhamdulillahh
ReplyDeletealhamdulillah...
DeleteIlmu yg dikkongsi akan menjadi bekalandan saham di 'sana' kelak.
ReplyDeletemudah2an
Deletekenapa x ada foto cikgu nur tu...nak tgok la. apa2 pun selamat menunaikan umrah kpd dia...
ReplyDeletesy xde simpan gmbr dia
DeleteSalam buat Cikguk Nor ya, kak Anies.
ReplyDeleteSemangatnya mengajarkan kak Anies sedari kecil patut diacungi jempol.
insya allah mas...
DeleteAlhamdulillah..tahniah Cikgu Nor. Mesti dah ramai anak murid cikgu yang berjaya sekarang ni..
ReplyDeletexterkira ramainya
DeleteCikgu itu teacher yah ?
ReplyDeleteya mas
DeleteKagum saya dengan Cikgu Nor. Moga Cikgu Nor dikurniakan ganjaran berlipat ganda atas ilmu-ilmu yang telah dicurahkan.
ReplyDeleteaminnnn
DeleteTahniah Cikgu Nor, maybe kalau dalam kerajaan beliau dah layak jadi ketua pengarah
ReplyDeletemungkin lbh dr tu
DeleteKan... Tetiba teringat Cikgu tadika zumal
Deletedia mesti seorg yg hebat kn?
DeleteTahniah kejayaan yang dikecapi..teruskan usaha
ReplyDeleteaminnn
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆