Nantou, Taiwan: Sun Moon Lake - 'membelah samudera'

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI

Keluar dari stesen ropeway, kami menyusuri laluan 'berkayu' di sepanjang tebing tasik. laluan khas ni membolehkan pengunjung menikmati kawasan sekitar yang menghijau serta masih terpelihara keindahannya. kalau nak bergambar memang tak puas. Alhamdulillah cuaca pula sangat2 baik tatkala kami melewati laluan sepanjang Sun Moon Lake (SML) ni.

dari stesen SML ropeway hingga ke Ita Thao Pier (ITP) (FYI Ita Thao adalah salah satu tribe orang asli terbesar yang mendiami SML), jaraknya lebih kurang 1.1km. tapi tak terasa jauh sebab khusyuk menikmati alam semula jadi. so kami kira 'nature trip' kali ni dah tercapai dan pemilihan SML adalah satu pemilihan yang tepat dan berbaloi.

so, korang yang nak ke  Taiwan... please...please... i'm bagging you... datanglah ke sini dan hayatilah alam semula jadi yang masih terpelihara flora dan faunanya...

sebelum sampai di ITP, kami menyelusuri deretan kedai2 dan gerai2 jualan. macam2 ada. dari makanan hinggalah ke souvenir buatan orang asli di sini. sempat juga laa kami sambar dua tiga ketul souvenir kat sini.

lepas membeli, kami terus ke ITP. kelihatan dari jauh agak ramai orang yang sedang menunggu giliran untuk berlepas dan juga mereka yang baru tiba. tanpa buang masa kami terus cari staf bot untuk mengetahui bot mana yang bakal kami naiki.

bila dah dapat kepastian, kami kena tunggu bot kira2 20 minit. sementara menunggu, sempat juga laa buat 1001 posing untuk habiskan kodak...

bila bot sampai, rasa macam tak sabar2 je nak naik. bot yang kami naiki ni tak ramai. saiz dia lebih kecil dari bot ke Langkawi tu.

bila bot berlepas, kami terus ke tepi bot untuk bergambar sambil menikmati keindahan SML. sedikit info, SML ni merupakan tasik air tawar terbesar di Taiwan. sebarang aktiviti berenang tak dibenarkan di tasik ni. khabarnya agak dalam jugalah tasik ni.

tapi saban tahun, pelbagai aktiviti diadakan di sekitar tasik ni. paling terkenal tentulah acara berbasikal yang melibatkan peserta dari seluruh dunia. haaa... kalau korang yang minat berbasikal tu, bolehlah try kot masuk aktiviti cycling ni...

perjalanan menaiki bot ni tak lama mana pun. lebih kurang 15 - 20 minit je. tapi puas hatilah dapat tengok pemandangan sekeliling SML. memang cantik. dan of coz, beratttt hati nak tinggalkan tempat ni...

okeylah, macam biasa...mesti ada gambar kan... kali ni anies boh banyak2 supaya korang muntah hijau tengok gambar2 ni hahahaha

pintu belakang stesen SML Ropeway. turun je dari cable car kami terus keluar dari sini... kalau duduk kat beranda tingkat atas tu dan bergambar, memang cantik...

view belakang stesen SML Ropeway... cuaca agak panas masa ni. almaklum laa dah masuk tengah hari...

ini permulaan laluan kami sebelum tiba di ITP... jom kita mulakan langkah penuh bergaya!

nak tengok air SML ni? tengok laa... jernih ke tak? bersih ke tak?

posing versi Che Ta bersaiz L hahahaha...

kami terus melangkah dan melangkah... bila tiba kat kawasan yang cantik macam dalam gambar ni... apa lagi... moh bergambarlah kite!


sambil berjalan, snap gambar... pada masa sama kami asah bakat fotografi yang dah lama terpendam hahahahahaha




jalan punya jalan sampai tak sedar, kami dah makin menghampiri ITP... 1.1km terasa sangat2 dekat...

sebelum tiba di ITP, kami melewati gerai2 yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah restoran...


akhirnya... nampak dah ITP... jadi meh teruskan langkah...

sekitar ITP ni ada hotel2, rumah2 penduduk, sekolah, kedai2 dan macam2 lagi... dan kira macam pekan kecil...


sampai dah kat ITP.. nampak macam orang tak ramai... tapi sebenarnya ramaiiiiiii.....

dalam bangunan ITP ni, turut menyediakan Ita Thao Visitor Center selain kaunter2 jualan tiket bot penumpang...

kami dengan confident level tahap tertinggi terus je ke jeti untuk mencari staf di mana kami boleh rujuk, bot yang perlu kami naiki. dalam entry sebelum ni anies ada share tentang SML pass. dan untuk menaiki bot, kami perlu tunjukkan kupon kepada staf tersebut. kemudian dia memberitahu kami bot yang mana bakal kami naiki. simple as that walaupun staf tu tak berkomunikasi dalam BI...

kami kena tunggu kira-kira 15 minit (rasanya) sebab bot kami belum sampai. so sementara menanti bot tiba...eloklah kita............................

posing si model pencen dan.................

melompat sampai ke bintang hahahaha...

bukan bot kami hahaha tapi gigih juga nak snap..

dah selamat naik bot... penumpang tak ramai... saiz bot ni kecil je. rasanya boleh memuatkan penumpang sekitar 20 orang...

bila bot dah bergerak, kami cepat2 ke tepi bot... apa lagi kalau bukan nak ambil gambar...


menikmati panorama indah SML... syukur masa ni cuaca redup je...

macam biasa, di pertengahan perjalanan pasti akan bertembung dengan bot2 yang lain...

nah, ni video masa kami atas bot. nak tau cantik ke tak SML ni, silalah tonton ya...

p/s video naik ropeway dalam entry sebelum ni anies baru update. feel free to watch ya 😆

okey laa tu je perkongsian hari ni... ke mana kami lepas ni? tungguuuu next entry...

thanks 4 reading....

selamat bercuti panjang.... 

daaaaaaaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

40 Your Words of Lo♥e

  1. cantk view alam SML n ITP terpesona

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. Memang cantik pemandangan.. Tapi setakat jeti jelah.. Bot tu tak tahulah mampu naik ke tak.. Kikiki...

    ReplyDelete
  3. salam..
    yaya singgh sini melawat =)

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti juga... 1.1km jauh juga tu tapi kalau asyik menikmati pemandangan tu yang tak rasa kan

    ReplyDelete
  5. Gambar-gambar dekat bot dan dari bot tu cantik sangat! :D

    ReplyDelete
  6. tentu tenang berada di tasek yg luas tu...

    ReplyDelete
  7. hahahaha...

    saya cukup terhibur dengan coretan awak Anies..

    cuma belum lagi muntah hijau..

    saya nak tengok gambar Anies close up..

    belum kesampaian..


    p/s : saya minta maaf tak terambil sovernier itu hati dan saya dah bagi alamat baru..

    ReplyDelete
  8. Cantik ya kak pemandangannya disana. Pengen kesana jadinya

    ReplyDelete
  9. Suasana persekitaran tempat ni nampak menyegarkan.. mmg boleh refresh minda kan klu berkunjung kat sini.. tenang dan merehatkan.

    ReplyDelete
  10. kalau kin x boleh ni, mabuk je manjang kalau naik bot. haha

    ReplyDelete
  11. Wahhh tempatnya mewah abis ya mba,, liburan jadi terasa menyenangkan nih apalagi kalau bersama pasangan hhe, sayangnya masih jomlo jadi kalau jalan sendiri aja dlu, sama temen... iya temennya bawa pasangannya sendiri, jadi bertiga deh... jadi obat nyamuk deh+

    ReplyDelete
  12. Tak menahan tengok gambar berlunjur kaki atas jalan tu... :)

    ReplyDelete
  13. cantik. suka juga kalo pergi jalan naik2 bot ke cruise ni ehhee.. rilek2 je enjoy the view. gambar Nina tu boleh edit tambah penyapu terbang Harry Potter. sebijik dah tu ahhaha..

    ReplyDelete
  14. Saya mmg suka klu tengok mana2 suasana kat jeti ada bot2 mcm tu. Kat sini pun nampak permandangannya mmg menarik.. fresh je.

    ReplyDelete
  15. cantik pemandangan tempat ni :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆