Taipei, Taiwan: Taipei 101
12:48 pm
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI. (gigih nak sambung cerita walaupun diserang penyakit M)
Bila dah sampai Taiwan, tak lengkap
rasanya aktiviti jalan2 kalau tak singgah bangunan tertinggi di dunia dari 2004 hingga 2010, sebelum gelaran ini beralih kepada Burj Khalifa. sebelum tu, Taipei 101 dikenali sebagai Taipei World Financial Center kerana kawasan sekelilingnya dipenuhi pelbagai hub perkhidmatan kewangan dan pusat membeli belah. boleh baca kat SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang Taipei 101.
Dari The National Dr. Sun Yat-SenMemorial Hall (TNDSYSMH) ke Taipei 101 dekat je (lebih kurang 1KM). Nak naik MRT pun boleh. Cuma
berselang 2 stesen sahaja. tapi bila kami dah sampai kat TNDSYSMH dan
tengok Taipei 101 macam dekat je, so kami decide untuk jalan kaki.
Sesat pun sesatlah. Not a big deal. Sebab Taipei 101 tu kan tinggi.
Jalanlah celah mana pun tetap akan nampak puncaknya.
Ternyata 'redahan' kami kami tak sia2.
Tak sampai setengah jam berjalan, kami dah sampai Taipei 101. so,
tunggu apa lagi, kami terus masuk ke dalam.
Kat tingkat bawah Taipei 101 ni ada pusat membeli-belah. Masa ni kami terasa macam
berada kat KLCC. Siyes! Cuma bagi anies KLCC lagi besar kalau diukur
dari segi saiz. Kat dalam shopping mall ni, hmm tak
payah cakaplah... memang penuh dengan kedai2 branded semata. Pendek
kata, ni shopping hub orang have have hahaha...
lepas pusing2 mall tu, kami terus naik
ke tingkat 5 untuk ke observatory. Kat sini, boleh
beli tiket, menjamu selera atau membeli belah cenderahati Taipei 101.
di sini juga da beberapa info berkaitan Taipei 101, tetamu2 VVIP dan lain2.
namun setelah meneliti beberapa perkara,
kami putuskan untuk TAK NAIK ke atas. Sebab apa? Sebab view tak
berapa nak bagus. Average.
sebelum tu, anies ada cerita kat entry INI, kenapa
kawasan ni nampak berkabus je kan? Memang betul, kawasan Chinjing Farm berkabus (sebab berada di puncak bukit) tapi tak setebal tatkala kami sampai sana.
Pada masa sama, kalau tak silap di
bahagian Barat Taiwan sedang dilanda kebakaran hutan. Maka,
terjadilah jerebu. Oleh kerana Chingjing Farm terletak tidak jauh
dari kawasan terbabit, maka berkabus teballah Chingjing Farm dan
sekitarnya.
Taipei juga mengalami perkara sama.
Walaupun tidak mengalami jerebu tebal tapi sedikit sebanyak
mengganggu view dan scenery tatkala berada di puncak Taipei 101.
sebab itulah kami tak jadi naik. Jadi,
kami just merayau2 kat sini dan sempat sambar seketul souvenir
sebelum beredar dan menuju ke destinasi seterusnya... tak ralat pun
tak dapat naik bila kami tengok queue panjangggg ya amat! Hmm... tak
apalah. Ada rezeki nanti kami datang and naik sampai ke puncak.
dan macam biasa... sebahagian gambar
yang sempat kami snap...
tampak lengang kan? rasanya masa ni orang belum balik kerja kot... dan kami baru je keluar dari TNDSYSMH...
dari depan Taipei City Hall ni cuma straight je untuk ke Taipei 101...
makin menghampiri... macam anies cakap sebelum ni, cuaca agak redup... sebab tu gambar pun kelabu asap je walaupun anies dah touch up sikit gambar ni...
kalau ambil gambar dekat2 jadi macam ni lah... nampak tak semenggah hahaha...
dah sampai! jom kita masuk ke dalam!
view dalam Taipei 101 shopping mall
macam kat KLCC kan?
budak bertuah ni nak posing... so kita layankan jelah... karang dia menangis mengamuk guling2 hentak2 kaki, kita tak kose nak pujuk dah hahahahahaha....
laluan ke MRT dari dalam shopping mall
jumpa teh mahal...
nampak tak jubin membentuk bulat kat tengah2 kawasan mall tu? kat situ ada nama2 ibu negara di seluruh dunia. kitorang sempat main pusing2 kat situ sebelum masuk ke observatory... laluan ke observatory yang ada escalator (sebelah kanan gambar) tu...
main entrance observatory... dari sini dah terasa orang ramai kat dalam tu...
orang ramai tengah beratur nak beli tiket... time ni memang ramai sebab boleh tengok view sebelum waktu siang berakhir dan view bila malam menjelma...
mereka akan memberitahu sekiranya tiket masih available... jadi, kalau rasa malas nak beratur, better beli online...
lobi observatory... suka tengok warna warna ni... nak tahu apa yang ada pada warna2 ni? ada senarai nama2 'negeri' di Taiwan seperti Taichung, Tainan, Koahsiung dan lain2...
nampak tak harga tiket nak naik Taipei 101 tu? kat sini juga memaparkan keadaan cuaca dan pemandangan sekitar Taipei bila berada di puncak. view kalau okey dia akan tulis excellent.
since kami tak naik, maka merayau-rayau di kawasan sekitar adalah cara untuk menghabiskan masa hahaha...
singgah sini sambar seketul souvenir... mahal lor... paling murah NT200 aduh duh duh duh....
salah satu cara 👆👆👆👆👆👆 kalau korang nak naik Taipei 101 dengan harga murah. gabungan pembelian tiket MRT / airport MRT dengan tiket ke Taipei 101 pada harga NT520 / NT600. murah dah tu nina... bila nak pergi sana lagi? 😂😂😂😂
daaaa
34 Words of Lo♥e
Ha a lah.. macam dalam KLCC.. ohsem..
ReplyDeletekannn...
DeleteMy Taiwanese friends kata kalau cuaca cantik pun macam tak berbaloi sangat naik Taipei 101 ni. Tapi, tak tahulah betul ke tak. Dia local, kita ni tourists so mungkin ada pendapat yang berlainan.
ReplyDeletemungkin laa kot...hahaha
DeleteTINGGI BETUL BANGUNAN TU YA..ANIES SEMPAT NAIK TINGKAT PALING ATAS KE
ReplyDeletehehehe...ni mesti x baca entry sy niiii
Deletemaju n bersih Taiwan ni. kalau ada duit pasti nak ke sana..
ReplyDeletemmg bersih x sm mcm mainland
DeleteTaiwan kini semakin maju perekonomiannya ya semoga Indonesia, Malaysia maju juga, terus maju Asia!!
ReplyDeleteya, taiwan banyak copy dr Japan
DeleteWuiiih ... loby observatorynya keren tuh kak, warna-warni kontras.
ReplyDeleteKeren buat foto-foto 📸🙂
Sayang loh, kak ... kak Anies kok ngga sekalian berfoto disana.
tu lah... kalau cuaca baik pasti saya dah naik ke puncak
DeleteEmang sekarang Anies sedang ada di Taiwan ya? Oh iya anies kok tidak pakai profil Google Plus, boleh minta mengikuti kegiatan saya?
Deleteeh tak. saya dah balik😊
DeleteMemang nam sibijik macam KLCC
ReplyDeletekann
DeleteAla macam typo Komen atas. Abaikan haha
ReplyDelete😊😊
Deletetgk the mahal tu, terus teringat teh mahal yang ada kat Pavi tu..
ReplyDeletetgk je bli x😄
Deletehaah la macam klcc plak dalam dia. dari jauh nampak gah taipei 101 ni.
ReplyDeletekannnn...
DeleteKalau berkabus dok kat gunung ganang mesti cantik tapi kalau dok kat dalam bandar rasa macam jerebu la pulak..tapi serius tengok gambar terasa macam masuk KLCC :D
ReplyDeletetapi ms ni ok lg.. cuma rugi laa naik 101 tp view kelam je😊
Deleteiya ya, kalau sudah masuk tampal tidak megah. Biasa-biasa saja.
ReplyDeleteya😊
Deletebanyak muke cine merayau rayau….turis ape local ke?
ReplyDeletetak sempat nak interview😀
Deletecantik tempat ni :)
ReplyDeletebetul tu ;-)
DeleteMmg nampak mcm klcc cuma kurang sibuk je.. menarik juga taiwan ni. Tak taulah bila nak pergi ni huhu
ReplyDeleteklcc sibuk sbb ramai pati😆
DeleteMacam klcc cuma tak sesak jer
ReplyDeletekannn😊
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆