Ais krim potong King's - perisa teh tarik dan bijan hitam

11:00 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bila tak ada idea nak membebel, maka terkeluarlah entry ini 😆😆😆

minggu lepas pergi JJ. tengah cari ais krim tiba2 terpandanglah ais krim potong ni. macam menarik je ni!

ada banyak flavour pilihan ais krim keluaran Kings ni. antaranya kacang merah, durian musang king, kelapa, jagung dan lain2.

tapi mata ni terlebih fokus pada perisa teh tarik dan bijan hitam sebab macam lain daripada yang lain😆😆😆 katanya (tertulis kat kotak pembungkus) taste of Asia...

jadi memandangkan masa tu ada promotion, anies tak fikir sejuta kali dah untuk sambar 2 kotak sekaligus 😆😆😆 meh kita makan ais krim sampai kembung... hahaha...

tazabarrr nak ngap!

kalau dulu ais krim potong dibungkus dengan kertas, kan? zaman dah maju dik. bungkus plastik lagi cun 😆😆😆😆 pastu, batang ais krim bukan bulat tapi sama macam batang ais krim lain...

ais krim perisa teh tarik. di tengah2nya rasa susu krimer F&N. ada macam rasa teh tarik mamak? hahaha... mana ada.. sorry lighting failed...😓😓

walaupun tak ada bijan hitam sebiji2, tapi tetap sedap. warnanya kelabu (tolong maafkan lighting yang tak semenggah ni ya...)

okey tu je nak bebel hari ni... oh ya... harga sekotak masa promo RM6.20, ada 6 batang ais krim setiap kotak. cuma ais krim potong perisa durian musang king je yang mahal. sekotak RM24++ kalau tak silap...

kalau nak makan jangan mintak kat anies... pi lah cari sendiri kat JJ tu 😆😆😆

thanks 4 reading...

daaa...

hadiah2 untuk commentators Julai - September anies belum pos lagi ya... harap bersabar ya... insya allah tak ke mana pun hadiah2 tu... cuma mem besar ni je yang ke laut sekarang hahaha

Kisah Silam Untuk Masa Depan

43 Words of Lo♥e

  1. baru jer nak mtk..awal2 lagi dah bg warning..haha

    ReplyDelete
  2. Acik suka aikrim potong king yang kacang merah dan pulut hitam tu anies

    ReplyDelete
  3. teringin nak rasa aiskrim teh ni. Aduhhh. Kena carik jugak ni nanti. Karang kempunan pulak. Hahahaaha

    ReplyDelete
  4. ala takpernah jumpa lagi! kalau jumpa memang sha beli la

    ReplyDelete
  5. Aiskrim is my feveret.. Yang dua nie tak pernah berjaya jumpa lagi.. Yang musang king tu pun tak ada nampak.. Teringin juga nak rasa..

    ReplyDelete
  6. Woww! Sedap tu. Nak cuba juga lah hihi

    https://safienatidlywinkle.com

    ReplyDelete
  7. Hihii..nak cuba juga tapi tak tercuba lagi..nanti cheq nak pi selongkar peti eskrem kat Giant tu, harap2 ada :P

    ReplyDelete
  8. Enak sekali es potong yang sekarang sudah menggunakan kemasan seperti ice cream tapi rasanya masih khas seperti dulu.

    ReplyDelete
  9. Alahai dear Anies ada ice cream potong taste of Asia.. Menggiurkan, hihihi
    LZ suka makan aiskrim potong dengan roti macam sandwich..

    ReplyDelete
  10. Suka jugak makan ice cream potong. Menarik ada perasa teh tarik dengan black sesame. Haa nak ker terjah jugak pi beli satu

    ReplyDelete
  11. Pernah rasa yang jagung dengan durian je. Sedap! Teringin nak rasa yang musang king tapi harga dia buat saya nak menangis.

    ReplyDelete
  12. Wah syaza lom pernah jumpa lagi ni 😂

    ReplyDelete
  13. Saya baca novel kisah legenda Jepun pasal bijan terus anti dengan nama bijan ni..aish..

    ReplyDelete
  14. Seriuslah ada teh tarik dengan bijan tu..wahh boleh cuba cari nanti. menarik sangat untuk dicuba tu

    ReplyDelete
  15. Terus teringin nak makan aiskrim! Kena pergi carik ni!

    ReplyDelete
  16. Aiskrim ni mmg best.. feveret saya juga. Tak kisah perisa apa, semua boleh sbb tak muak.. mmg best!

    ReplyDelete
  17. Dah lama tak beli ais krim potong

    ReplyDelete
  18. Teman baru je beli ais cream goreng... nanti la, beli ais cream nie pulak...

    ReplyDelete
  19. wah teringin lak nak rasa...kli ni ada aiskrim mochi durian..akk patut try..sebb unik nama dia...namanya mochi..tkthu la aiskrim ke tk..heheh

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆