Nantou, Taiwan - Sun Moon Lake: Tan-Hui Modern Hotel

1:04 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Menutup entry kat Sun Moon Lake, (yang ketinggalan kereta api, boleh skodeng kat SINI, SINI, SINI dan SINI) let me share hotel yang kami diami sepanjang berada di sini selama 3D 2N.

jujur cakap, hotel kat sini sangat2 mahal lebih2 lagi kalau ke sini pada cuti umum. dan salah satu 'mangsa'nya adalah kami sebab kami berada kat sini pada weekends plus public holiday yakni Labour Day.

walaupun tahu kena berhadapan dengan hakikat ini, anies tak nak give up. dalam hati cakap, pasti ada masanya laman web macam agoda, booking.com etc akan beri diskaun baekkk punya...

alhamdulillah... kami dapat diskaun yang diharapkan. untuk 3D 2N termasuk breakfast 2 kali, kami kena bayar RM500++ then bahagi 2 orang, jadi seorang kena keluarkan wang saku RM250++. boleh laa harga tu... nama pun trip bajet kan.

dan paling berbaloi dengan harga tu, lokasi hotel ni sangat2 dekat dengan Shuishe Pier, Shuishe Visitor Center, kedai2, restoran2 dan banyak lagi. dengan harga yang diberi, kami memang tak fikir banyak. terus sambar.

masa mula2 sampai, tersesat jugalah kami sekejap nak cari hotel ni. tapi ada yang sudi tunjukkan jalan. thank you uncle!

hotel ni ada 2 pintu masuk. dengan signboard yang kecil, so korang kena bukak mata besau2 bila nak cari hotel ni.

overall, kami puas hati dapat menginap kat sini. insya allah kalau kami kembali ke SML lagi, kami pasti akan pilih hotel ni.

ni hotelnya dari pintu masuk sebelah hadapan...

pintu masuk sebelah belakang...

oleh kerana pintu sebelah belakang ni dekat dengan restoran2, kedai2... maka hotel ni pun tak nak ketinggalan buat konsep yang sama... cuma dia tak sediakan makanan kecuali sarapan pagi untuk pengunjung luar...

entah sapa laa yang snap gambar ni hahaha

nah! ni map dari Shuishe Visitor Center ke hotel. jalan kaki je...

meja dan kerusi untuk bersarapan atau lepak2 ketika petang / malam di pintu belakang hotel...

kaunter kafe... merangkap juga kaunter check in kalau korang masuk dari pintu belakang...

ruang makan kafe hotel...

kaunter check in dari pintu depan hotel...

lobi dari pintu depan hotel...

since hotel ni ada 2 bangunan, 2 pintu masuk maka secara tak langsung hotel ni ada 2 lif. korang jangan jadi macam kami yang pandai2 naik lif lain. sudahnya tak sampai ke bilik pun hahahaha....


bilik kami di tingkat 6 di bangunan 'pintu belakang hotel'... faham tak?

bilik kami ni berbentuk melintang. so di sebelah kanan bilik, terletaknya katil manakala di sebelah kiri pula...

  • pangkin... tempat kitorang solat and letak barang2... bagus betul ada pangkin ni. kitorang suka sangat! dan macam biasa, tv jadi pak pacak je laaa...bukan tengok pun!


bilik air bersih, air paip laju, heater okey dan semua toiletries lengkap! i loikkeee!!

rak kecil berserta kettle, gelas, uncang teh dan kopi serta sudu...

peti ais, meja kecil seta selipar turut disediakan...

tuala, tisu dan toiletries...

dobi layan diri ada kat pintu masuk pintu belakang hotel...

staf hotel tengah sediakan sarapan. orangnya dari Indonesia dan baru bekerja 3 bulan kat hotel ni...

kupon sarapan...

sarapan kami selama 2 hari kat sini. roti tu besar tau! makan sekeping je dah kenyang... walaupun kenyang tapi kami tambah juga hahaha...

kopi susu sedap...

view pada waktu malam dari tingkap bilik kami...

last but not least... antara kedai souvenir murah yang teletak cuma 10 meter je dari hotel... kalau korang datang SML, singgah kedai ni tau!

okey tu je perkongsian hari ni...

thnaks 4 reading!

daaaa...

p/s sebahagian gambar credit blogger nina

p/s kepada Thaqif, selamat menduduki UPSR!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

38 Words of Lo♥e

  1. bahaya hotel ni ada 2 pintu mask..dpn ada blakang ada..haha. tp dalam cantik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy suka sbb xyah pusing keliling bla nk msk😊

      Delete
  2. Tempat ni nampak menarik dan bersih.. pekerja indonesia tu klu sekali tengok pun dah mcm rupa org taiwan je hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tp sy tgk sekali je mmg da tau dia org sbrg😊

      Delete
  3. dekorasi nya pon simple dan tak serabut ... still cantik

    ReplyDelete
  4. roti bakar kalau kat rumah tak nak pon ... tapi kalau kat hotel cam best jer plak kan ;)

    ReplyDelete
  5. yang penting dekat ngan tempat shopping dan tempat makan

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan jugak hotel tu... cantik dan bersih lagi.
    Selamat menduduki UPSR Thaqif ...

    ReplyDelete
  7. Dari luar hotelnya sepintas biasa-biasa saja. Didalamnya sungguh luar biasa lengkapnya.

    ReplyDelete
  8. Kalau saya, part2 gi travel ni kalau boleh senang untuk makan dan shopping...hihi.

    ReplyDelete
  9. Weh cantik ya, kapan bisa kesana :)
    kapan-kapan bila Allah menghendakinya

    ReplyDelete
  10. good info! next time kalau pergi taiwan blh guna tips ni lgi2 yg kedai souvenir

    ReplyDelete
  11. Gua hampir nangis saat baca tulisan china nya ckck

    ReplyDelete
  12. boleh lah aku kena jalan-jalan ke sini... semoga kesampaian... salam kenal dari Indonesia..
    thanks ulasannya Anies :)

    ReplyDelete
  13. Dobi layan diri pun ada, kalau kat kita takde ni..tapi saiz bilik tu memang comel. Hotel pun comel..

    ReplyDelete
  14. Walaupun bangunan hotel tu nampak kecil tapi bila tengok gambar bilik tu selesa dan kemas..

    ReplyDelete
  15. ada la org jemur kain hahahah.. seksi pulak tu. smpai ke sudah rasa menyesal tak minta roti bakar 4 keping

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆