Taipei, Taiwan: Chiang Kai-Shek Memorial Hall

9:34 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

kami tiba di TMS tepat pukul 1.00 PM. memandangkan kami ada masa kira2 2 jam je lagi di Taipei, eloklah kami penuhi masa yang ada ni dengan 'menyinggah' tempat2 famous berdekatan. tapi dengan 1 syarat. tempat tersebut hendaklah senang dituju. means, dengan naik MRT je kami dah boleh sampai ke tempat tu.

dan tempat yang dimaksudkan adalah Chiang Kai-Shek Memorial Hall (CKSMH). salah satu tourist attraction wajib singgah bila dah sampai kat Taipei ni.

nak ke CKSMH ni senang sangat. naik je MRT dan turun di CKSMH Station. jalan kaki 5 minit dah pun sampai. tak sempat peluh nak merembes pun. hahaha...

kenapa CKSMH ni wajib dilawati? hmm... tak adalah sampai tahap wajib pun... cumanya sebab tempat ni popular dan figura yang bernama Chiang Kai-Shek tu sendiri memang dah tersohor, so apa salahnya kita tinjau2 tempat tersebut. tak adalah nanti, kalau orang sebut Chiang Kai-Shek, ko tercangak2 sambil garu kepala sebab tak tahu apa.

kawasan CKSMH ni sangat besar. di kelilingi 3 binaan unik dan penuh ciri-ciri Oriental serta sebuah pintu gerbang. kami tak terjah pun setiap satu binaan. cuma kami berdiri kat tengah2 dataran dan ambil gambar. cukuplah untuk ditayang2kan kat IG hahaahhahaha...

macam anies cakap tadi, kami kan kejar masa. jadi dah sampai, dah dapat tengok dengan mata kepala snediri, dah ambil gambar... so dah puas hati. kalau nak terjah lagi, tunggulah kami dah ada sugar daddy nanti 😂😂😂😂...

kira2 setengah jam kat sini, kami pun beredar ke tempat lain. ada 1 lagi tempat yang kami nak tuju sebelum kami meninggalkan Taipei.

tapi sebelum tu, apa kata korang 'hayati' gambar2 yang kami snap ni... hahaha...

dalam stesen MRT... ikut je signage... insya Allah tak sesat punyalah! kalau sesat tak tahulah nak cakap apa lagi! 😁😁

entrance / exit CKSMH MRT station... 

kalau dah sampai tapi masih blur...

pintu gerbang CKSMH... nampak dari jauh macam kecik je kan? tapi bila dah berdiri dekat2... hah... tingginya menyamai bangunan 3 / 4 tingkat yu ols!!

CKS Memorial Hall... wajib ambil gambar ni sebab kat tempat lain tak ada binaan ni walaupun nama Chiang Kai-Shek ni popular di mana2... apa yang ada kat dalam bangunan ni? sorry, anies tak tahu. kami tak terjah pun. kami cuma ambil gambar dari jauh je... dataran CKSMH ni sangat luas ya... luasnya macam Dataran Merdeka tu... syukur cuaca tak panas... senang kami nak posing macam2 style hari tu haha...

yang ni... National Concert Hall...  so kalau korang ada plan nak buat concert dengan kumpulan F4 pada masa akan datang, boleh laa kot try buat kat sini... hahaha... 

manakala yang ni pula, National Theater. nampak macam sama dengan National Concert Hall  kan tapi sebenarnya tak serupa pun...

berdekatan dengan pintu gerbang... taman bunga... tapi tak boleh pijak rumput... so tengok dari jauh je laa...

macam lavender tapi bukan dia... haha

tak tahulah kenapa tak ambil gambar keseluruhan CKSMH masa ni...

okay, last but not least... mestilah ada gambar mem besar posing macam che ta... gila ko tak ada gambar mem besar? ada yang meroyan tak sudah nanti hahahahahahahaha....


okey, tu je perkongsian hari ni... insya allah kalau rajin anies sambung lagi cerita kami di bumi Taiwan ni... daaaa..... thanks 4 reading & happy weekends everyone!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

8 Your Words of Lo♥e

  1. CKSMH... Seperti kecil tapi bersar bagian dalamnya indah sekali. Terimakasih.

    ReplyDelete
  2. klu cik nor ikut anies..mau anies jln sorg2..cik nor dah surrender pnat..haha

    ReplyDelete
  3. saya akui tempat ni sangat cantik..

    dah kaya raya nanti ..

    in shaa Allah boleh datang berbulan madu ke Chiang Kai Shek

    ReplyDelete
  4. Oh, bukan pokok lavender ye? Ingatkan lavender tadi, macam sama je..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆