My Dearest Part 2: epi 11 unreleased footage
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:
unreleased footage 1:
In-ok; seorang daripada tawanan Joseon yang selamat tiba dari Simyang; telah datang menemui bapanya. In-ok memberitahu yang dia mengandungkan anak suaminya ketika berada di Simyang. namun anaknya meninggal dunia kerana dipanah tentera diraja sewaktu mereka kembali ke Joseon.
dan anak yang ada bersamanya ketika itu merupakan anak jagaan Yang-chun. anak itu dijaga In-ok selepas kematian Yang-chun.
unrelease footage 2:
seorang pegawai istana datang menemui mantan menteri. dia mempersoalkan tentang siasatan yang sedang dilakukan meskipun pihak istana sudah maklum bahawa suspek utama iaitu Lee Jang-hyun telah meninggal dunia. baginya tiada guna pegawai tu bertindak sedemikian kerana mayat Lee Jang-hyun telah dibuang ke laut.
mantan menteri menjawabn, itu merupakan arahan daripada pihak atasan dan dia tak perlu pertikai atau menyoal tentang kes tersebut. tambah pula hal ini ada kaitan dengan tentera penceroboh.
ketika mantan menteri mahu beredar, beliau ditanya lagi mengapa dia terpilih untuk siasat perkara itu? jawab mantan menteri, itu juga arahan daripada seseorang suatu masa dahulu dan dia terpilih kerana sebab-sebab yang dirahsiakan.
di penghujung scene, In-ok sedang tersenyum memerhatikan anak angkatnya membaca buku yang ketika itu berusia sekitar 5-6 tahun.
(jadi anies beranggapan bahawa pegawai istana itu merupakan anak mendiang Yang-chun [telah menjadi dewasa] dan dia diarahkan untuk menyiasat kes Lee Jang-hyun. ini kerana Yang-chun merupakan antara individu paling rapat dengan Lee Jang-hyun sewaktu dia hidup).
unrelease footage 3:
selepas pegawai istana beredar, Ryang-eum termenung sejenak. dia teringatkan kata-kata pegawai istana tersebut yang mengatakan bahawa Lee Jang-hyun telah meninggal dunia. setelah itu Ryang-eum beredar meninggalkan penjara sambil menangis.
unrelease footage 4:
Ryang-eum masuk ke sebuah bilik lalu terpandang hanbok dan kipas tangan di dinding milik Lee Jang-hyun. selang beberapa saat, Gil-chae muncul di muka pintu.
kemudian mereka berbual tentang Lee Jang-hyun sambil minum. Gil-chae berasakan Ryang-eum sangat bertuah kerana banyak habiskan masa bersama suaminya. dia sempat bertanya, siapa sebenarnya Lee Jang-hyun di mata Ryang-eum. jawab lelaki itu, Jang-hyun tak ubah seperti ibu bapanya.
(Jang-hyun pelihara Ryang-eun sejak dia berusia 7 tahun).
ni bukan poster. ni just (foto) pemberitahuan daripada pihak MBC tentang tayangan epi 11 berserta unreleased footage (UF) pada 23 November lepas. credit
notes:
1. dalam entry INI, anies ada maklumkan, kalau dapat tonton UF ni, anies nak buat review. tapi... rasanya tak perlu review kot. cukup sinopsis je sebab durasi setiap UF ni sekitar 50 saat ke 2++ minit je.
2. kat TV, episod 11 + UF ni ditayangkan semula pada 23 November dan menjadikan total durasinya 100++ minit.
3. walaupun pihak MBC dah siarkan UF ni, hmm... macam biasa peminat drama ni tetap tak puas hati sebab ada beberapa perkara yang tak dijelaskan sepenuhnya. sebagai contoh, kenapa rambut Ryang-eum berubah jadi putih? kenapa tak tambah lagi 10 episod? etc.
4. sebenarnya UF ni 'susah' nak dapat (tonton). pihak Kocowa ada share dalam channel mereka tapi ia berbayar dan limited kat US & Europe je. so fans kat benua lain memang kecewa laa bila dapat tahu hal ni.
5. dan macam mana akhirnya anies dapat tonton UF ni? segalanya bermula secara tak sengaja pada Sabtu minggu lepas. anies tengah check schedule kat Astro. bila ternampak 'My Dearest Part 2 epi 11' sedang ditayangkan kat channel One HD, anies terus tonton walaupun ia siaran ulangan dan telah ke udara 20 minit yang lalu.
6. rupanya episod ni bukan sekadar siaran ulangan. ia adalah episod yang ditunggu-tunggu! tak sampai 5 minit, tiba-tiba muncul UF pertama! anies terus terkedu kat depan TV! (sebab tak percaya dengan apa yang ada depan mata)
7. then, selang 5 minit kemudian, muncul UF kedua (total ada 4 UF) dan anies terus tonton sampai habis.
8. keempat-empat UF ni sebenarnya anies dah tengok kat IG tapi tak ada subtitle. kalau korang nak tengok, nah!
- UF 1 (tonton di SINI)
- UF 2 (tonton di SINI)
- UF 3 (tonton di SINI)
- UF 4 (tonton di SINI)
9. then... tanpa berlengah anies terus check kat website dramacool. ternyata kat situ, dalam episod 11... tak ada pun UF. maka dengan itu, melompat-lompatlah anies macam baru menang RM1 juta😂😂😂
hahaha... tu laa dia penangan drama My Dearest ni. dah lama tak berperasaan macam ni bila tengok K-drama.
well... setiap orang ada cara untuk healing... and... this is my healing... gituuuu...😂
that's all. thanks for reading🫰
daa....
29 Words of Lo♥e
ternyata kk anies juga suka drama korea hihi. Aku nonton tapi sampai eps dua saja.
ReplyDeleteKalau senggang coba nonton drama korea trbaru "My Demon" dan "Perfect Marriage Revenge" ini keren sekali
epi 1-2 a little bit boring. but after epi 4 sampai habis... 👍👍👍👍jadi teruskan tonton sampai epi akhir ya😁
Deletesaya tunggu drama park seo joon & han soo hee
Ohh berarti aku harus lanjut nonton hehe
DeleteApa judul drama mendatang mereka kak?
ya teruskan sampai epi akhir👍
DeleteGyeingseong creation. ada di netflix 22 december
CERITA MENARIK RALIT DITONTON
ReplyDeleteya kak! betul tu
DeleteSelamat menonton semua!
ReplyDelete👍💪👍🔥
DeleteThanks for your review:)
ReplyDeleteyou're welcome🫰
Deleteblogwalking jam segini musuhnya ngantuk yang pekat
ReplyDeletefahammmm😁
DeleteUntungnya iseng ya buka jadwal Astro di saluran one HD walaupun itu siaran ulang tapi pengemar K drama pasti tau, ke tak sengaja an yang membawa berkah😁.
ReplyDeletekebetulan mreneyoo... saya pun tak sangka. sebab UF ni bukan semua channel dapat siarkan. kiranya One HD hebat laa dpt sairakan UF ni😁
Deletedrama Korea jika ikuti dari mula akan jadi ketagih plak. Kena la tgok sampai habis...
ReplyDeleteya. better jg start. nnt ssh nk stop🤣
DeleteParece un dorama muy lindo. Te mando un beso.
ReplyDelete¡Este es un drama que debes ver!
Deletelayannn..hihi
ReplyDeleteya mmg lyn sesgt😁
Deletesaya sekarang tengah marathon balik drama mr queen dan saya baru tau yang hanyang tu adalah seoul sekarang. lambat tau haha
ReplyDeletelaa ya ke? sy tau psl hanyang tu since tonton Dae Jang-guem lg...mr queen mmg best
Deletemamaaaaaaaaa!!!!!
Drama betulnya saja belum saya tonton, Ini ada pula UF nya 😂. Masih belum connect kak 🤭. Harus tonton drama dia dulu, baru lihat UF 😁
ReplyDeleteParece un bello dorama. Te mando un beso.
ReplyDeletekangen sama stasiun tv MBC Korea. Dulu waktu tau ada MBC, serial drama yang tayang selalu bagus-bagus
ReplyDeleteDrama ini aku belum nonton kak, aku coba nonton sekilas dulu aja
lamanya mama tak tgk k drama. best ye citer my dearest ni tapi saeguk la pula
ReplyDeletejgn tgk sekaligus
Deletetgk sikit2 utk faham...
epi awal agak slow tp lps tu ssh nk stop
Memang betul-betul rezeki tu..
ReplyDeletetu laa... rs terkejut tu masih terasa smpi hari ni
Deletegituuuu hahahahaa
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆