Hong Kong: menaiki Central-Mid-Levels Escalators
10:40 am
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alhamdulillah, selepas entah berapa puluh tahun, niat nak naik eskalator ini dimakbulkan-Nya...
FYI, pertama kali anies kenal eskalator tertinggi di dunia ni masa zaman sekolah rendah... masa tu terbaca dari majalah Dewan Pelajar. kalau tak silap majalah tu ada muat cerita fasal Hong Kong yang bakal diserahkan semula kepada China. selain tu, ia turut menceritakan tempat2 menarik di sekitar HK dan salah satunya adalah Central-Mid-Levels (C-M-L) eskalator ni lah...
dan dalam masa yang sama Dewan Pelajar juga ada menganjurkan kuiz dan pemenangnya akan dapat hadiah tiket penerbangan ke HK! anies try masuk kuiz tu tapi.... rezeki tak menyebelahi... pemenangnya budak cina dari Melaka. frust betul masa tu sebabnya anies dah siap berangan2 sampai ke HK. hahaaha...
rupa2nya angan2 tu Allah simpankan untuk anies sampailah tarikh 23 September 2017... alhamdulillah...
wahhh panjang dah mukadimahnya! pada hal nak cerita pasal C-M-L je...
dari Stanley Market (SM) (boleh baca kat SINI) kami terus tuju ke Central. ya, kami tak ada arah / destinasi tertentu lepas balik dari SM. bila nampak ramai penumpang turun dari bas, kami pun ikut sama. bak kata orang, agak2 sendiri laa... kalau sesat pergi je balai polis... apa susah kan...
jalan punya jalan (tanpa tujuan) tup tup kami sampai kat Central. bila toleh kiri, nampak eskalator dan automatik teringat yang kami memang ada plan nak ke sini tapi tak berapa nak serius.
so, tanpa banyak soal, kami pun terus naik jejantas untuk seberang jalan dan seterusnya naik eskalator ni sampai ke puncak.
cuma dalam hati merungut, (anies tak de cakap pun hal ni kat Sal, cuma cakap kat abang je. tu pun lepas balik) kenapa eskalator ni tak sama langsung macam anies tengok dalam majalah Dewan Pelajar tu? kenapa tak ada pun padang hijau dan bukit bukau di sekelilingnya?
then anies sedar diri. jarak berpuluh tahun sejak artikel tu diterbitkan hingga 2017, macam2 boleh berlaku kat HK ni. so no wonder laa kalau apa yang anies tengok memang tak sama langsung dengan apa yang anies tatap dalam majalah dulu... apa laa ko ni anies! sengal je😂😂😂
kalau korang nak tau lebih lanjut pasal C-M-L eskalator ni, korang boleh click kat SINI untuk tambahkan ilmu
okey laa panjang dah bebelnya ni... macam biasa, kita bercerita dengan gambar ya!
lepas turun bas, kami terus jalan dan tak belok mana2 pun. rasanya signage pun kami tak refer. kami menonong je macam dah terer sangat. macam dah bertahun bermastautin kat HK ni 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 then, tetiba nampak view ni. otomatik teringat tangga berjalan. otomatik teringat C-M-L!
then toleh kanan, nampak mende alah ni. ni bukan CM kat tengah2 KL tu ya. ni CM kat tengah2 HK. sekali lagi otak teringat masa buat iti. ada keluar nama CM ni... so, anies boleh simpulkan, kalau korang nak naik C-M-L ni, maka kat sinilah 'landmark'nya yek...
sebelum korang terjah, make sure refer operation time ni. kalau tak sia-sia je korang datang tapi C-M-L ni tak beroperasi pun...
here we go! macam biasa...umat manusia memang ramai kat HK ni...oh ya.. eskalator ni bergerak macam biasa. tak laju tak perlahan. then ia tak ada anak tangga...
Sal: anies, kalau kita naik C-M-L ni, boleh sampai Liverpool tak?
anies: boleh... memang boleh sangat! tapi dalam mimpi ko laa...
dialog tak wujud pun... tapi gambar ni memang wujud sebab Sal dah tukar baju lain hehehe. kenapa? korang tanyalah Sal sendiri...
sambil naik, boleh tengok view diceruk2 tersembunyi HK. personally anies kagum and tabik spring sebab kawasannya bersih sangat! jauh dari perspektif yang mana celah2 bandar adalah kawasan yang kotor dan berbau...
dugaannnn... laluan paling panjang C-M-L terpaksa ditutup kerana tengah dibaiki. makanya, terpaksalah kami naik tangga... syukur sangat tangga tak curam dan tinggi... kalau tak memang kong oksigen kami dibuatnya...
FYI, eskalator ni tak bersambung ya... means, ia bukan berada dalam satu laluan. jadi, korang kena melintas jalan then boleh sambung untuk terus ke puncak... faham tak ni?
nampak tak? C-M-L ni (yang berbumbung) terpisah terpisah disebabkan laluan kenderaan...
berhenti sekejap...bukan sebab dah lelah tapi saja nak tengok view dari atas... sambil2 tu cuba ingatkan balik, ada tak kawasan ni termasuk dalam scene drama2 or filem2 HK? 😂😂😂😂😂
kami terus naik sampai ke puncak... masa ni dah tak ramai orang...rasanya kitorang je kot... hahaha... nampak sangat pelancong...
Alhamdulillah... ni laa puncak C-M-L...err ada sesiapa nak beri sijil tak? kalau tak silap anies, kalau kita naik Tembok Besar China, nanti akan diberi sijil. yang ni pulak? tak ada sijil ke? apa? sijil nikah? 😆😆😆
kami pusing2 sekejap kat puncak C-M-L buat seketika dan lepas tu kami turun dengan tangga... kasi exercise itu kaki.... sambil2 tu perhatikan lokasi yang kami nak tuju seterusnya... nak tau kami ke mana lepas tu??
oh ya, kat tengah2 C-M-L ni kami jumpa sesuatu. memang tak sangka! dan memang tak ada dalam plan pun. nak tau apa yang kami jumpa tu?
stay tuned!
thanks 4 reading!
46 Words of Lo♥e
wah...dah sampai sini.pantas. Hahaha..ingat dah sampai liverpool tu yang tukar baju tu
ReplyDeletebiasa laa.. keje ngan klopp mesti sentiasa pantas dan mantap😆😆
Deletetulis cerita HK ni aku malas nak bagi directions sangat sebab tempat dia confirm berubah-ubah
ReplyDeletetu laa... next time g hk lg entah ke mana dah arahnya..eh ehhh
Deletetak gayat ke anies. azah tngok pun dah gayat dah. hahaha
ReplyDeletexgayat sbb dia bkn bersambung... lg satu bukitnya x curam
DeleteBeatnya Anies dah merasa pergi HK.doakan akak juga.teringin juga nak gi HK.org ckp best
ReplyDeleteinsya allah...1 hari nnt pasti akk sekeluarga akn smpi jg
Deleteada..!!! tengok gambar teringat ada scene dalam filem dark knight. masa bruce wayne pi hongkong nk tangkap Lau yang lari dari gotham. dia pegang kamera tngh dok ushar2 area tu sbb malam tu dia jadi batman nk terbang area tu.. hehehe
ReplyDeleteoh ye ke? sy x tgk plak cite tu ;-)
Deletewahhhh
ReplyDeletejumpa apa pula dah
hhahah
tu kena tungguuuuuu
DeleteNice adventure kak Anies!! ^^ btw Hong kong pun Hana tak pernah jejak lagi.. hmmm :( hehe :3
ReplyDeleteinsya allah 1 hari nnt pasti hana akn smpi sini
Deletewahhhh !!!
ReplyDeletekagum jap ;)
yg mn 1? ;-)
Deletememang awesome yer ;)
ReplyDeleteyap😊
Deletepicture memang terbaikkk !!!!
ReplyDeleteyang penting kenangan tue .... tak der juai kat mane mane der .
setuju dgn cik tim 100%😊
DeleteBanyaknya naik tangga hehee.. klu tengok gambar ni nampak curam juga eskalator tu. Jadi lemah semangat juga klu tak berfungsi tu. Adehh.. naik tangga walaupun tak curam tp boleh buat gigil jugak lutut tu :D :)
ReplyDeletenmpk dlm gmbr mmg curam tp sbnr nyer x pun ;-)
DeleteFuh!..
ReplyDeleteHong Kong memang cantik..
biasanya angan angan boleh jadi kenyataan..
macam lagu Raja Emma
angan-angan nak cari pasangan 'baru'
insya allah.. aminnn
Deleteaamiin...terima kasih..
Deletesama2👌
DeleteMenanti story baru kak Anies hehe ^^
ReplyDeletestory HK nnt dulu yek tgh cr idea ;-)
DeleteTercapai jugak cita2 anies nk naik escalator ni yer
ReplyDeleteAkak ni tah bila boleh ke sana
tu laa alhamdulillah....insya allah 1 hari nnt pasti akk sekeluarga akn smpi sn
DeleteNasib baik singgah blog ni. Baru tahu kewujudan eskalator panjang ni.
ReplyDeleteye ke? terima kasih sggh sini
Deleteni eskeleter yang kuar running man tu kan? best lah dpt naik
ReplyDeleteya... tp sy xsempat tgk episod tu ;-)
DeleteAnies jumpa ape ye???
ReplyDeletekn tgguuuu
Deletepanjang jugak cml tu ye. Tak sabar nak tau lepas ni jumpa apa :)
ReplyDeletetgguuuuu ;-)
DeleteJalan2 kat Hong Kong memamg best...dan banyak tempat boleh singgah utk shopping :D.
ReplyDeleteJumpa apa tu Anies?..buat suspen aje.
ada kt next entry
DeleteTinggi nampak gayanya tempat ni Anies... bestnya... teringin nak jalan-jalan HK pula...
ReplyDeleteg laa kak bw bebudk g disneyland😊
Deleteermmm dh boleh masuk dlm list hahaha.. terbayang nanti nk selfie mcm mana tak pun bawa kertas bt jd sijil 😀😀😀😀😀
ReplyDeleteamboiii berangan dah ;-)
DeletePergh!! Gigih Anies naik sampai ke puncak.. Tapi dah datang tak naik, rugi lah pula kan..
ReplyDeletebetul. sbb angan2 dr kecik kan. mesti smpi wpn penat ;-)
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆