Dahab, Mesir: Aladdin Restaurant

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas check out, kami teruskan perjalanan ke sebuah lagi negeri (province) yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong dari Eropah yakni Dahab.

Dahab berasal daripada perkatan Zahab yang bermaksud pergi. tapi disebabkan loghat tempatan, ia berubah jadi Dahab dan kekal sampai sekarang.

lokasi Dahab. terletak di Teluk Arab


Dahab ni tak ubah macam Pantai Cenang, Langkawi. ramai betul 'mat saleh' tinggal dan melancong kat sini sampai suasana persekitaran pun tak rasa macam berada kat Kaherah atau Alexandria. walaupun 'macam' Pantai Cenang tapi Dahab ni lebih luas dan pelbagai.

perjalanan dari hotel di Saint Catherine ke Dahab mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. dan sama seperti sebelum ni, ada beberapa check point harus kami tempuhi.

tiba kat hotel, kami lebih banyak berehat memandangkan sebelah paginya kami dah daki Gunung Sinai. kaki pun masih sakit lagi. jadi masing-masing pilih untuk tidur dan berurut.

lepas maghrib, seperti yang dirancang kami pun bergerak ke restoran. Dahab juga terkenal sebagai 'lubuk' seafood. so kalau korang ke sini, suka atau tak - wajib pekena seafood. alaa... macam korang pergi Kota Kinabalu, kan... tak sah kalau tak makan seafood, kan? 

anies bercerita dengan foto laa ya...


main entrance. separa bangunan restoran ni terletak atas laut. so memang heaven laa sambil makan disapa bayu laut. 

suasana malam di Dahab. kiri kanan terdiri daripada kedai, restoran dan juga hotel-hotel bajet... kenderaan tak sesibuk tempat lain sebab kebanyakan 'mat saleh' dan 'minah saleh' kat sini suka naik basikal...

tepi laut Dahab diterangi pelbagai lampu... kebayakan yang terang-benderang ni adalah lampu daripada restoran-restoran dan pub...

ni laa menu kami...anies tak tahu nak explain nama menu ni. yang anies tahu... yang belah kanan. roti nan kosong... side dish tu terdiri daripada pelbagai sos dan juga salad.

ni nasi apa ntah hahaha...nasi sikit je tapi lauk banyak...dah laa kami ni tekak melayu... mana boleh nasi sikit? 😂😂😂

lepas makan barulah kami dihidangkan dengan teh pudina panas. syok ooo...bayu laut sejuk pekena dengan teh panas... perghh...

suasana belakang restoran...

keadaan dalam restoran... sekali tengok macam restoran mewah...



antara ikan yang ada untuk mereka yang nak order ikan bakar...

kami merayau sampai ke sini sebelum kembali semula ke hotel...

okey tu jelah perkongsian untuk hari ni. korang masih beraya lagi ke tu? atau pun hari ni dah kerja macam biasa?

thanks for reading.
daaaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

46 Words of Lo♥e

  1. Enak ya tempat nya..resto di pinggir laut....sambil makan bisa lihat laut malam hari..semilir"jugak..habis makan mata ngantuk😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak sangka di sini popular dengan seafood. jadi bila tour guide kata, malam nanti kita makan seafood, semua orang jadi teruja!

      Delete
    2. Kalau ukuran nasi segitu cukup di lambung saya, karena makan saya ga bisa banyak...mkanya badannya kurus😀,tapi lauk ya sebanyak itu juga sih

      Delete
    3. so mreneyoo kalau datang ke sini nanti boleh order makanan sama.macam saya order tu nanti ya😀

      Delete
  2. dah kerja dah..walaupun x busy but kena jugak ada someone di office
    wah..sedap menu nya but tu la..nak kena nasi jugaks kan..
    he he ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekak melayu hahaha x bleh kalau nasi sikit2 ni😁

      Delete
  3. restorannya berada di atas laut, kalau di kota aku disebut rumah makan terapung hehehe
    makan di daerah yang dekat dengan laut seperti ini, dominan masakannya adalah ikan, apalagi kita bebas pilih mau ikan apa dan fresh from the sea

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya restoran terapung👍 di sini kita boleh order menu lbh awal. nanti, sampai je di sini makanan pun dihidangkan. tak perlu tunggu lama

      Delete
  4. Sedapnya tengok roti tu. Cicah kari kompem licinnn

    ReplyDelete
  5. makan ikan banyak-banyak bagus...layan dengan sayuran...rasanya mesti best kan

    ReplyDelete
  6. Boa tarde de sexta-feira e bom final de semana.

    Luiz Gomes.
    viagenspelobrasilerio.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Boa tarde de sexta-feira e bom final de semana.

    Luiz Gomes.
    viagenspelobrasilerio.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Hello Anies, how are you? :)
    Looks like it was a good experience. Thanks for sharing. Happy weekends. :)

    ReplyDelete
  9. Parece un genial restaurante . Me dio ganas de probar su comida. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. anies..mtk nasi tambah xleh ke?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x terfikir pun nk minta tambah. tkt nnt tambah duit ada laa😁

      Delete
  11. Kalau makanan laut kat sana dieorg masak cara bakar je ke anies? ke ada menu lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakar ada, masakan (jd lauk) pun ada. tp x de laa siakap stim ke, cencaru sumbat ke or siakap 3 rasa ke or sotong celup tepung ke😁😁masakan tu ikut style sana. tak pedassss😭

      Delete
  12. assalammualaikum anies. sedap nampak makan tu. mcm yaya jnis xmkn nasi suka ni kalau dpt dihidang makanan bnyk lauk ni haha. apa rs teh pudina tu? manis @ kelat @ tawar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam
      sangat2 sedap dan fresh! tak manis tak pahit just smooth je. daun pudina dgn teh tu well blend👍

      Delete
  13. Mendaki guung Sinai? Kapan ya, saya bisa ke sana.

    ReplyDelete
  14. roti nan tu fav saya tauu . alaaa terliurr

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh laa dtg sini try roti nan Dahab😀

      Delete
  15. Dahab.. Rindunya nk pergi ke sana lgi.. Kene snorkeling kalau ada lesen dive kene dive.. Lautan dia cantik sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de lesen dive. sy celup2 kaki je tu pn x tahan sejukkkk

      Delete
  16. Seronok dudik lepak lama sambil makan. Habis tidak makanan yang dipesan?
    Cantik deko dalam dan luar Aladdin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. licin NA! org baru lps panjat gunung sinai. mmg kebuluran😂

      Delete
  17. Seronoknya dapat merasa makanan yang berbeza dengan di negara sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kak. tp ri du juga siakap stim limau kat sini😂

      Delete
  18. Jernihnya air laut, hijau je. Boleh nampak sampai ke dasar.
    Saya pernah rasa teh pudina panas. Lepas minum, rasa lapang dada. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul sgt jernih. sbb tu jg dahab ni terkenal dgn snorkeling

      sedap kan teh pudina? tp kat sini ounya teh kaw giler. pekat serba serbi tp surrrr😁

      Delete
  19. Kalo dah liat ikan macam tuh, langsung lah nak kepengin kak 😄😄 dah tebayang rasanya kalau dibakar kan. Walopun orang sana pasti tak pakai sambal, kita bawa ajalah dari sini 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal ada tapi tak.pedassss rasa macam makan cili benggala😁

      Delete
  20. dekorasinya cantik, kak. makanannya sedap kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sgt. walaupun berbeza selera tp sbb lapar, kami mkn je😁

      Delete
  21. Bestnya menikmati makanan sambil menikmati permandangan laut. Menu-menu pun nampak menyelerakan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya foza tambah pula angin laut yg menderu2 mmg syahdu mkn kat sini😁

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆