Saint Catherine, Mesir: mendaki Gunung Sinai (part II)
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
bila tiada siapa beri jawapan untuk berpatah balik ke parking lot, jadi kami pun teruskan pendakian. pada masa sama pendaki lain, ada yang baru sampai dan ada juga yang sama macam kami - terus mendaki dan mendaki dalam keadaan yang sangat sejuk.
cabaran kami pada masa ni adalah mengantuk. ya betul. dah laa tak cukup tidur. kena pula mendaki dalam cuaca sejuk. rasanya sesiapa pun akan alami rasa yang sama. tapi kena lawan juga. sebab kalau tak lawan, memang pening kepala layan rasa mengantuk tu.
cara anies nak hilangkan mengantuk tu, bila berhenti, tarik nafas dalam-dalam. orang kata, biar oksigen masuk ke otak. dua tiga kali tarik nafas, mata kembali okey. tak mengantuk dah.
selain cabaran mengantuk, laluan mendaki dah jadi semakin kecil. bila anies berhenti, anies terpaksa tegakkan badan untuk bagi laluan kepada pendaki lain. kalau duduk, kita dah menghalang laluan orang. tak fasal-fasal kena marah pula nanti.
keadaan ni berterusan sampailah ke check point ketiga. sebelum tu kami ada berhenti juga di check point kedua tapi sekejap je sebab terlalu ramai orang. dan bila tiba kat sini, mama anies terus cakap kat ustaz yang dia surrender.
dia dah tak larat lagi. kata mama, ikutkan hati nak terus mendaki sampai ke check point ketiga tapi dia tak nak ambil risiko. jadi, ustaz pun bersetuju untuk temankan mama manakala ustaz seorang lagi dan juru pandu terus bersama kami menuju ke check point ketiga.
setiba di check point ketiga, kami ambil keputusan untuk solat Subuh. bila kami dah solat kat sini, ni bermakna kami dah GAGAL.
ya, kami gagal untuk solat Subuh di puncak sepertimana pendaki-pendaki Muslim yang lain. memang kecewa. tapi apakan daya. kami tak ada stamina. kami tak fit. kami berhenti banyak kali sepanjang pendakian😔😔.
(FYI, jangka masa pendakian hingga ke puncak adalah sekitar 5-6 jam. jika korang bermula jam 12.00am, maka korang akan sampai di puncak pada jam 5.00 atau 6.00 pagi = waktu Subuh)
tanpa buang masa, kami pun terus solat. wuduk kami dah ambil siap-siap sebelum mendaki. Alhamdulillah sepanjang mendaki wuduk tak terbatal. memang jaga sangat sangat!
oh ya lupa nak beritahu. bila kami tiba di check point ketiga, mana-mana yang menunggang unta atau keldai akan stop kat sini. so korang akan jumpa banyak unta dan keldai di sebelah check point hut. harap tahan hidung laa ya masa ni sebab bukan bau 💩💩 unta dan keldai je, bau hamis haiwan ni pun sama.... menusuk hidung😂😂
anies bercerita dengan gambar laa ya!
lepas solat, kami teruskan pendakian. sedar tak sedar suasana sekeliling dah berubah. cepat betul waktu berlalu masa tu. bila kami toleh belakang, scenery ni laa yang kami nampak... kalau tak silap masa ni kami berada di ketinggian 1000++ meter...
sampai di suatu tempat, laluan pendakian berubah yang mana kami akan melewati celah-celah gunung. jadi kalau yang naik unta / keldai untuk sampai ke puncak, hal ni tak boleh berlaku serentak kerana laluannya sangat sempit.
masa ni tinggal anies seorang je kat belakang. cousin semua dah ke depan. tak larat dah diorang nak tunggu anies yang asyik berhenti je tu. hahaha...
berhenti sekejap nak snap scenery ni... cantik kan? ya betul... Gunung Sinai ni dikelilingi batu-batu... dan tak mustahil ya... kalau batu-batu yang membina Piramid tu, diambil dari Semenanjung Sinai suatu ketika dahulu...
berhenti lagi. tak ingat dah masa ni kat paras ke berapa... nak posing lawa-lawa nan hado...kepala fikir penat je 😂😂
sampai di suatu tempat... laluan semakin sukar untuk menuju ke puncak. banyak batu dan setiap pendaki wajib berhati-hati. masa ni, ramai yang belum tiba ke puncak. so dalam hati anies cakap, nampaknya bukan anies seorang jelah yang tak mampu tiba di puncak pada jam 5.00 pagi😂😂
macam ni laa laluannya. ada yang cakap, batuan macam ni pihak berkuasa dah betulkan. sebelum ni takkan jumpa laluan bertingkat seumpama ni. tapi demi keselamatan dan keselesaan pendaki, mereka baiki laluan ni. anies tak sure sama ada mereka simenkan batu-batu ni atau tidak... sekali tengok macam tak ada sebarang perubahan dibuat ke atas laluan ni...
seram tak tengok laluan ni? masa mendaki ni, satu benda yang anies set dalam kepala. jangan toleh belakang. sebabnya kalau toleh, kita akan rasa ngeri / kecut-perut. snap gambar ni pun masa dah nak turun ke bawah...
anies tetap teruskan pendakian walaupun cousin semua dah tinggalkan anies kat belakang. kelibat ustaz dan juru pandu pun entah ke mana.
sambil mendaki, otak tak berhenti-henti beri semangat. "dah sampai ke tahap ni, jangan mengalah!" "kalau senang sangat, macam mana nak tahu kita ni berjaya ke tak?" dan macam-macam kata-kata motivasi bermain dalam kepala.
sampailah di suatu tempat, 2 cousin anies dah duduk berlunjur atas batu. anies tanya, "tak nak naik ke?" dua-dua menggeleng. dua-dua dah tak larat. ikutkan hati nak ikut macam diorang. tapi, desakan dari dalam suruh anies teruskan pendakian.
korang rasa anies akan sampai ke puncak tak? kalau sampai, agak-agaknya jam berapa anies tiba di puncak? stay tuned...
thanks for reading..
daaa...
62 Words of Lo♥e
oh my god, wishlist aku ke Mesir, lupa kalau di Mesir ada gunung Sinai. Seru juga ya mbak perjalanan mendakinya, lama sekali saya tidak naik gunung
ReplyDeletelepas ni masukkan dalam wishlist mendaki gunung sinai..preparation untuk mendaki tak sesukar mendaki gunung Bromo😀
DeleteAnies sampai ke puncak, saya rasa. :)
ReplyDeletePace doesn't matter, asalkan you reach the finish line. Itu ayat saya, dari dulu, bila masuk event lari.
Tinggi tu, Anies oi, saya tengok gambar tu pun, seram rasa.
tunggu minggu depan ya sy share😀
Deletesbb tu sy menonong je ke depan. seram nk tgk blkg...😁
Oo salah tekaan saya sebelum ni. Nampaknya anies berjaya mendaki sampai ke puncak! Hebat! 👏🏻
ReplyDeletetak pe... nantikan perkongsian sy jumaat depan yaa😉
DeleteWah!! Terbaiklah Anies.. Tetap teruskan pendakian.. Cantik sangan pemandangan tu..
ReplyDeletesbb dah alang2 mendaki kan...kite pulak dtg dari jauh. rs rugi kalu x trs kan
DeleteSo magical places, thanks for your sharing...
ReplyDeleteabsolutely👍
DeleteSemoga Anies sampai ke puncak nya..masih kuat kan ?😁...di tunggu kelanjutannya ...indah bangeet..maha besar ciptaan Allah
ReplyDeletetunggu ya jumaat ni sy sambung cerita😁
DeleteOk lah😀👍
Delete😁👍👍👍🫰
DeleteBello lugar te mando un beso.
ReplyDeletegracias🫰
DeleteMcm dh tekad tu. Ecah rasa sampai! hehe
ReplyDeleteya Alhamdulillah...
Deletebegitu sekali sukarnya pendakian ke puncak Tursina sungguh mengagumkan ketabahan anies n pendaki lain
ReplyDeletebila x fit mcm tu laa kak...🤭
Deletecantiknya pemandangan.. mesti sis anies berjaya juga sampai puncak kan? hehe
ReplyDeletehehehe... tu kena tggu jumaat depan laa ya😀
Deletependakian yang mencabar...saya ambil iktibar di sini bahawa..untuk naik ke atas perlu speed, stamina dan power dalam masa 6 jam...tak boleh kurang ...jika kurang maka sukar untuk sukses
ReplyDeleteya jgn jd mcm kami. main terjah je... janji tiba😁
Deleteanies smpai..tpi tak thu pkl brapa..haha..klu cik nor dah tdo dlu kt celah2 batu tu..haha
ReplyDeletesanggup ke tido celah batu smbl ditemani bau 💩 unta?😂😂
DeleteSubahanAllah! Cantik nya dek.. Terpegun ibu dengan ciptaanNYA.. ;)
ReplyDeleteya scenery kat sini sgt menakjubkan
DeleteWhat a beautiful pictures of the desértical mountains. These images gives Peace and beauty.
ReplyDeleteabsolutely!
DeleteMendaki gunung itu melelahkan, apalagi mengingat memerlukan waktu sampai 5 jam lebih dan udara yang dingin.
ReplyDeleteTapi luar biasa nih Mbak. Walau tidak tercapai shalat subuh di puncak, tapi Mbak menapaki jejak Nabi Musa AS. Saya hanya dapat membayangkan bagaimana kerasnya pendakian melihat strutur gunung yang berbatu seperti saya lihat dari foto-foto yang disertakan pada posting ini.
Salam persahabatan,
apakan daya... kami tak fit. tiada stamina. salah kami juga tu. tapi thats okay. ini bukan competition. sekadar mencari kelainan dan menghayati perjuangan nabi musa..
DeleteRasanya anies sampai jugak ke puncak walaupun agak lambat.. slowly but surely.. aktiviti panjat daki gini mmg perlukan ketahanan mental jugak selain fizikal.. bdn kena fit, mental pn kena tahan xleh nk goyah selalu.. tgk batu-batu tu mmg lain sgt cabarannya jika kita pegi panjat bukit kita kat malaysia ni.. apalagi next entri gambar di puncak pulak anies
ReplyDeletehehe tggu ya esok sy share
Deleteya mmg betul. stamina, mental fizikal semua kena bersedia. jgn jd mcm kami. x prepare apa2 trs je daki mcm x de apa2😂
i love this kind of landscape;)
ReplyDeletethanks kathy
DeleteBaru tau tips hilangkan ngantuk dg tarik napas. Hihi bisa aku coba ini tips simpelnya karena saat nulis aku sering banget ngantuk
ReplyDeleteHihi berharap lihat unta, tapi dapetnya bau2 yang tak sedap juga.
Pemandangannya bagus meski gersang.
Tapi membayangkan harus sampai puncak dg medan seperti itu ya melelahkan. Takut tergelincir tp alhamdulillah kak anies sehat selamat meski masih kurang fit saat pendakian.
ya nanti try laa😀
Deletedari kaki gunung kami dah jumpa unta. nak buat macam mana kan... mereka juga nak cari rezeki dengan cara begitu
Sudah dicoba tapi gak berfungsi untuk aku, kak haha mungkin aku yang memang suka mengantuk hehe
DeleteIyaa betul, bersyukur dan senang bisa bertemu hewan yang langka di indonesia. Eh di indonesia ada nggak ya hihi sepertinya memang gak ada. Jadi membayangkan kak anies jumpa unta cukup membuat saya senang
tak apa. mengantuk itu juga nikmat hidup....barangkali harus dijaga pemakanannya sebelum buat kerja...
Deleteunta ada di mana2 di bumi mesir ini...lebih2 lagi di kawasan berpasir seperti sinai ini
Hehe betul sih, Kak.
DeleteBetul juga sarannya, Kak. Saya biasanya kerja memang setelh sarapan hehe
Di Indonesia sepertinya nggak ada. Aku memang nggak pernah ke kebun binatang sih jadi nggak tahu ehehhehe
kalau di mesir sudah pasti lah banyak
ada rezeki nanti boleh ke mesir jumpa unta😁
DeleteAduhh! seram sangat tengok laluan tu Anies. Tahniah! mesti Anies berjya ke puncak tu kan?
ReplyDeletesbb tu x nak toleh belakang lg serammm
DeleteMasya Allah indah nian, puas hati meski lelah ya kak
ReplyDeletebila berjaya hilang segala lelah
DeleteYa Allah!
ReplyDeleteKagumnya saya...!
Tapi saya tetap rasa seram tengok laluan berbatu tu Anies!
ya kak sbb tu sy x nk toleh belakang. trs je daki. kalau x mmg x bergerak laa jawabnya
Deleteassalammualaikum anis. yaya singgh sini melawat...cuci mte tgok gmbr anies amik hehe =D
ReplyDeletewaalaikumussalam ya sila2 😀
DeleteTrail yang menarik batu-batuan dan menarik celah gunung tu. Alamak, mesti seram kalau toleh belakang tu. kadang jadi gayat pulak.
ReplyDeletejgn toleh. nanti kecut perut😁
Deleteoo aim nak subuh di puncak ye. alahai nk buatmcm mana takde rezeki kan
ReplyDeleteya tu aim pendaki muslim. tp apakan daya...
DeleteKak Anies, ini naik ke puncak butuh 5 jam. Lalu kalo dah sampai puncak, turun ke bawah 5 jam lagi lah yaa 🤣🤣???
ReplyDeleteHaduuuh, ntah sanggub, ntah tak kalo saya 😅😅
Tapi pengen coba, cuma bayangin turunnya bakal lama lagi, itu yg patah semangat hahahahhaa. Kalo naiknya pasti semangat
saya naik 7 jam. turun 2 jam😁
DeleteMasyaAllah cantik pemandangan lepas Subuh tu 😍
ReplyDeleteMemang seram tengok laluan berbatu semua.
Terbaik Anies kuat mental 👏
tu cabaran sebenarnya. mmg kn langkah penuh berhati2 x boleh gopoh nnt tersilap langkah abis laa
Deletealhamdulillah selamat naik dan turun.. Allah maha kuasa juga tu tak ada berlaku apa2 kt atas sana
ReplyDeletealhamdulillah... 1 kelegaan x terungkap
Deletekalau bawak bendera malaysia kan lg lah kebabomm haha. balik sini terus viral nis
ReplyDeletedah blk teringat x bw bendera😁
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆