✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Demi (Bukit) Tursina. (al-Tin: 2)
Daripada Anas Bin Malik RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Aku menunggang Buraq, ditemai Jibril dan terus bergerak. Tiba-tiba Jibril berkata, 'Turunlah wahai Muhammad dan dirikanlah solat.' Aku pun buat dan kemudian Jibril bertanya, 'Adakah kau tahu di mana kau solat tadi? Kau telah bersolat di tempat yang baik. Kelak kau akan berhijrah ke sana.' (Selepas tiba di suatu tempat) Jibril mengarah lagi, 'Apakah kau tahu di mana kau solat tadi? Kau telah mendirikan solat di Gunung Sinai, tempat di mana Nabi Musa berdialog dengan Allah.'" (Hadis riwayat an-Nasa'i)
rasanya ramai dah tahu yang Gunung Sinai ni sangat berkait rapat dengan Nabi Musa AS. dikhabarkan, dalam al-Quran sebanyak sembilan kali nama gunung ini disebut.
dalam Taurat dan Injil juga ada sebut tentang Gunung Sinai. tapi maaflah, anies tak tahu apa yang diceritakan dalam kedua-dua kitab ini.
jom imbas seketika sejarah Nabi Musa AS dengan Gunung Sinai. baginda diperintahkan Allah SWT untuk beribadah (bermunajat) selama 40 hari di puncak gunung.
Nabi Musa AS mendaki gunung ni berseorangan. sewaktu bermunajat baginda sangat teringin untuk melihat Allah SWT. lalu baginda berdoa dan akhirnya Allah SWT pun menunjukkan 'wajah-Nya'.
seperti yang kita tahu sifat Allah SWT sama sekali tidak seperti manusia. dalam hal ini Allah SWT hanya menunjukkan zat-Nya sahaja dan itu sudah cukup untuk membuatkan Nabi Musa AS pengsan.
peristiwa yang dipanggil Nabi Musa AS berdialog dengan Allah SWT ni berlaku di Gunung Sinai dan untuk menunjukkan bahawa hal ini benar-benar berlaku, ketika Isra' Mikraj, salah satu tempat yang Nabi SAW singgah untuk mendirikan solat sunat adalah di gunung ini.
kalau ada kesilapan info, mohon diperbetulkan. wallahu a'alam.
>>::<<
this is the highlight of our travel! ya, kami dah rancang awal tapi persediaan... semuanya ke laut dalam!😂sejujurnya anies dan lain-lain memang tak bersedia pun terutama dari segi fizikal. senang cakap, kami tak ada buat warm up langsung sebelum tiba sini. semuanya reda. semuanya 'macam bagus'. semuanya 'macam fit laa sangat✋🙄' tapi nan hadooo 😂😂
sebelum bercerita lanjut, cerita mendaki Gunung Sinai a.k.a Bukit Tursina a.k.a Jabal Musa a.k.a Mount Sinai (berapa banyak a.k.a daaa😂) anies akan bahagi kepada 3 bahagian. boleh je nak cerita semua dalam 1 entry. but... you know me, right? 😂😂
berbalik kepada title... dan seperti yang dirancang, kami kena bangun tidur sebelum pukul 12.00 tengah malam. ni kerana lazimnya pendakian akan bermula pada tengah malam dan pendaki akan tiba di puncak sebelum waktu Subuh (5.00 pagi) / before sunrise.
gunung yang berketinggian 2285 meter atau 7497 kaki ni sentiasa jadi tumpuan pelancong yang kebanyakannya terdiri daripada Muslim, Kristian dan Yahudi. so no wonder laa... masa kami sampai sini pelancong / pendaki sangat ramai.
dari hotel kami ke kaki gunung dengan van, jaraknya lebih kurang 10 minit je. cuaca pagi tu sangattttt sejuk. al maklumlah, winter. tapi kalau datang sini pada hujung Disember / awal Januari lagi sejuk dan berkemungkinan korang akan jumpa salji kat puncak gunung.
setiba di parking lot, ustaz (our tour guide) terus jumpa juru pandu terlebih dahulu. ada bayaran dikenakan kalau kita nak guna khidmat juru pandu ni. tapi maaflah... anies tak tahu berapa harganya sebab ia dah termasuk dalam pakej.
lepas tu, ustaz beritahu kami seandainya tak mampu nak teruskan pendakian, dia boleh hantar balik ke hotel. tapi dengan syarat, kami dah sampai dalam lingkungan 200 meter dari parking lot.
well... anies bercerita dengan foto laa ya...
parking lot. masa ni belum banyak kenderaan lagi. suasana kat sini terang benderang dan macam anies beritahu tadi... cuaca sangat sejukkk... kalau tak silap suhunya 2°C!
sorry laa ya... blur... ni deretan kedai-kedai menjual souvenir, peralatan mendaki serta makanan ringan. kami tak beli apa-apa pun. bila dah balik, barulah menyesal sebab tak beli souvenir walaupun sekeping fridge magnet. haihh... #mybad
sebelum memulakan pendakian... harus posing dulu... masa ni memang excited dan tak sabar-sabar nak mendaki! kalau korang ada rezeki ke sini, tentu korang akan rasa apa yang anies rasakan sebelum memulakan pendakian. kami dah siap-siap pakai jaket tebal, sweater, glove dan sebagainya. anies pula sengaja bawa topi sebab masa turun gunung nanti, of coz matahari dah terik. selain tu kami bawa juga coklat untuk tambah tenaga. air pun bawa juga tapi tak penuh sebab tak nak beg berat.
'laluan bersimen' sejauh lebih 150 meter sebelum tiba di 'pintu masuk' kaki gunung. kiri dan kanan laluan diterangi lampu-lampu. 'laluan bersimen' ni sedikit mendaki. kalau tak cukup stamina, memang semput Mat! sebaik tiba di 'pintu masuk' kaki gunung, ustaz pun tanya, "ada sesiapa yang tak nak teruskan pendakian?" mak cik anies terus angkat tangan. dia surrender. dia betul-betul tak larat. sepanjang berjalan kat 'laluan bersimen' tadi tu pun dah beberapa kali dia berhenti. anak-anak dia tak kata apa sebab mak diorang tak dapat teruskan pendakian sedangkan sebelum ni mak ciklah yang paling bersemangat nak daki . tak apalah. kalau jadi apa-apa kat mak cik masa tengah mendaki nanti lagi susah. akhirnya both mak cik dan suami berpatah balik ke parking lot dan driver terus hantar balik ke hotel. manakala kami teruskan pendakian. ayuh!
ni bukan puncak Gunung Sinai ya. ni sebahagian bukit-bukit kecil di lereng Gunung Sinai. maafkan anies kalau gambar gelap / blur ya. anies tak gunakan flash sebab sedikit sebanyak ia akan mengganggu pendaki-pendaki yang lain (snap foto dalam gelap. so kita tak tahu hala tuju kamera kita masa tu. kalau guna flash, bimbang ter'flash' ke muka pendaki lain) you got my point?
oh ya... ni adalah deretan hotel-hotel yang ada di kaki Gunung Sinai. korang boleh stay kat sini in case nak try daki Gunung Sinai sehari -3-4 kali. hahaha... harga penginapan? maaflah, anies tak tahu sebab kami tak stay kat sini. kalau nak stay sini tanpa daki gunung, boleh ke, anies? boleh je. tak jadi masalah... yang jadi masalah kalau tak ada $$$😂
kalau tak larat nak daki, korang boleh tunggang unta. selain unta, ada juga keldai. korang boleh buat pilihan sama ada nak tunggang unta/keldai sampai ke puncak atau sampai ke check point terakhir. bayarannya tak sama. tapi kalau nak cuba, sediakan duit AT LEAST EGD1000 seorang bergantung pada jarak dan haiwan yang ditunggang. harga +-EGD1000 tu untuk one way sahaja, tau!
tapi yang tak best nya bila ada unta / keldai ni, laluan pendakian penuh dengan 💩💩 unta / keldai dan berbau. kalau korang tak bernasib baik, korang akan terpijak 💩 basah. kalau 💩 kering tak payah cakaplah. merata-rata. sampai ke puncak pun ada. haihhh sabar jelah...
Alhamdulillah... akhirnya kami dah sampai di check point pertama. lega sangat masa ni. anies tak tengok jam pun berapa lama kami ambil masa untuk tiba kat sini. yang pasti, anies memang banyak berhenti. macam anies cakap tadi. kami tak warm up. malah sebelum mula mendaki tadi pun, kami tak warm up. sudahnya... putus nafas laa...
maaf ya gambar blur... kat check point pertama ni ada jual macam-macam termasuklah air panas. dalam keadaan cuaca yang sejuk mencengkam ni, bila dapat secawan air panas, nikmat beb! selain air panas, ada juga coklat dan roti. harganya? memang mahal! 1 cawan air panas = EGD25! tu baru air... belum lagi yang lain-lain. anies tak sure sama ada kat check point pertama ni ada toilet atau tidak.
well, sepanjang pendakian sebelum tiba check point pertama, laluan pendakian banyak batu-batu kecil dan berpasir. jadi, kami kena langkah berhati-hati untuk elak tergelincir. ada satu silap kami, kami tak bawa touch light. kami cuma guna lampu flash dari handphone. tapi tak guna sepenuhnya. bila tak nampak jalan baru kami guna.
bila melepasi aras 200 meter yang pertama, masa tulah kami mula 'dipotong laluan' oleh pelancong lain. korang jangan risau, laluan pendakian boleh muatkan 2 orang. jadi kita tak perlu berhenti bila ada orang 'memotong'.
semakin tinggi pendakian, cuaca semakin sejuk mencengkam. sekali lagi silap anies tak bawa glove. so dari mula sampai akhir, tangan dalam poket jaket je. kalau ikut cara ni, memang tak betul.
lagi satu, tempat (palang) berpaut sepanjang laluan pendakian = tak banyak. ada certain tempat je yang ada palang terutama kat laluan pendakian yang sangat dekat dengan tebing.
kami berhenti kat check point lebih kurang 10 minit dan lepas tu, kembali meneruskan pendakian. ustaz pula sekali lagi bersuara: "ada sesiapa rasa tak larat dan nak turun?"
korang rasa, anies teruskan pendakian atau berpatah balik ke parking lot?
nantikan sambungannya minggu depan. stay tuned!
thanks for reading.
daaa
Sudah tentu, Anies teruskan pendakian, betul tak? :)
ReplyDeleteTinggi juga Gunung Sinai, 2285 meter.
tungguuuu jumaat nanti😁 ya mmg tinggi sbb tu ada salji time winter
DeleteAwas hati"jangan sampai terinjak jebakan 😂...Anies pastinya sampai ke atas meneruskan pendakian kan?😁...btw lumayan mahal untuk sewa naik onta mencapai puncak..apalgi untuk sekali jalan saja
ReplyDelete'periuk api kering'😂
Deleteya memang mahal. selalu foreigner yang tua selalu guna unta ni.
hehehe tunggu jumaat nanti saya sambung ya😁
Kalau berkisah tentang mendaki, saya nyarah duluan sebab mendaki bukit itu adalah urusan anak muda. He he .... Hebat Anis. Udah sampai ke Bukit Sinai.
ReplyDeletehehe saya faham buk😀
DeleteWah…pengalaman yang menarik ni Anies!
ReplyDeleteTak kisahlah kalau tak dapat teruskan ke puncak pun, sebab tinggi lebih 2000 meter tu..bukan mudah kalau tak biasa mendaki. Lagi pulak dengan cuaca ekstrem sejuk. Dapat daki sikit pun cukuplah buat ambik pengalaman.
tu laa.. dah smpi setengah jln ada jg rs give up
Deletetp sbb nak cuba sy teruskan juga
What a ınteresting places, thanks for your sharing...
ReplyDeleteyou're welcome😀
Deleteantara artikel yang mahal harga untuk ditulis tapi syukur kerana dapat dibaca secara percuma...kalau buat konten YT boleh banyak view juga ...dapat banyak $$ dan boleh jadi modal untuk travel lebih jauh dan lebih lama hehehe...BTW gambar blur sebab tangan dah gigil kesejukan...betul tak ?
ReplyDeletemmg teringin nk biat content YT tp tu laa sy x de peralatan yg bgs utk shoot video
DeleteParece un genial viaje. ten un buen fin de semana.
ReplyDeleteEsta es la primera vez que subo la montaña.
Deletepic malam xnampak jelas tempat bersejarah
ReplyDeleteya kak. nak guna flash pun bimbang
DeleteYes, ada juga cerita pergi Bukit Tursina.
ReplyDeleteHarap Anies dapat naik ke puncak. Hendak tengok gambar pemandangan.
tungguuuu jumaat nanti ya😁
DeleteWaaah kat Mesir rupanya kak anies yaa. Senang lah bisa ke Bukit Tursina yang terdapat dalam Al Quran kita
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga mas jg ada rezeki ke bukit tursina suatu hari nanti
DeleteWaaah kat Mesir rupanya kak anies yaa. Senang lah bisa ke Bukit Tursina yang terdapat dalam Al Quran kita
ReplyDeleteeh tak lah. saya dah balik daa... ni cerita saya ke sana pada november tahun lepas
DeleteI hope you have a great weekend!
ReplyDeleteBjxxx
Ontem é só Memória | Facebook | Instagram | Youtube
thanks dear👍
DeleteBoa tarde e bom início de semana. Obrigado pela visita e carinho.
ReplyDeleteLuiz Gomes
👌👍👌👍 luiz
DeleteKagumnya daki gunung dengan pakai baju tebal2 tu! Tapi nak mendaki gunung kena training dulu anies. Terjah macam tu je memang semput abis! 😅
ReplyDeletememang x dan nak training. plan last min sblm bertolak. bertabah je laa bw myk urut byk2😁
DeleteSemakin asik saja diikuti nih cerita Mbak Anies.
ReplyDeleteItu disana dingin juga ya Mbak, sampai 2 derajat Celcius.
Itu di check point pertama apa saja yang dijual Mbak selain air? Tapi mahal ya harganya.
Ditunggu kelanjutan cerita pendakiannya Mbak.
Salam persahabatan,
ya sangat sejuk sebab masa ni winter season.
Deleteada jual kopi panas, teh panas, air mineral, air karbonat, coklat, roti etc. pisang pun ada
ya harga sangat mahal. almakluk sahajalah atas gunung kan...
Aiseh suspend ni, cepat sambung.
ReplyDeletetungguuuu jumaat sy sambung
DeleteGemerlap juga jalan menuju ke mt Sinai ni. Tenda-tenda pedagang juga sangat membantu, visitors jangan pula sampai dehydration .
ReplyDeletesbb tu mereka saran mendaki waktu mlm utk elak dehydration...
Deletegigihnya anies mendaki dgn suhu 2°C tu audu tak dpt bayang sejuknya tu
ReplyDeletesangat2 sejuk rasa macam dah beku tangan ni menahan sejuk
Deletedh naik separuh alang2 mesti naik terus kan?
ReplyDeleteya betul tu tp nak lawan cabaran mendaki tu fuhhhhhhhhhhhh
Deletetak pakai glove, tak tahu lah. kalau nina memang tak tahan sejuk
ReplyDeletesy pinjam glove sblh kiri de kazen sbb dah x tahan sgt...
Deletealhamdulillah sampai jugak atas gunung tu
Deletealhamdulillah... self reward sbnr nya😁
DeleteKikiki.. Sha baca entry no 2 baru baca entry ini, mestilah tahu Anies teruskan pendakian.. Cayalah Anies.. Semangat..
ReplyDeletex pe faham faham🤭
DeleteSeronoknya! Baca penulisan Anies macam ibu pun sama2 terbawa ke sana.. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah... terima kasih sis🫰👍🫰👍
DeleteAlhamdulillah, saya selalu senang bila kak Anies cerita tentang trip ke negara-negara jauh, berbagi gambar seolah-olah kami ikut dalam perjalanan itu
ReplyDeleteterima kasih naia... nanti kalau ke sini nanti bolehlah refer blog sy yg tak seberapa ni🫰👍
DeleteMasya Allah baru kali ini lihat orang mendaki gunung sinai. Semangat Kak, walau lelah, tapi bisa sambilan istirahat kan??
ReplyDeleteSemoga bisa segera sampai. Maaf baru mampir ke Blog ini hehe
istirahat entah berapa ribu kali disebabkan saya tak fit. tak buat warm up sebelum mendaki... alhamdulillah sampai jua ke puncak
DeleteWow... tidak pernah terpikir oleh saya ke tempat yang disebutkan dalam Al Quran, salam kenal anyway... ☺
ReplyDeletenanti ada rezeki nolehlah dtg ke sini
Deletesalam.kenal